Nak sambung belajar, tapi nak tulis / kaji apa ye?
Soalan yang selalu bermain di pemikiran mereka yang mahu sambung belajar di peringkat pasca siswazah sama ada master / PhD. Stuck bila tak tahu nak tulis atau kaji mengenai apa.
Ini kerana peringkat pasca siswazah ialah melatih pelajar untuk menerokai bidang ilmu dengan lebih mendalam menerusi kajian yang dibuat. Peringkat pasca siswazah bukan lagi tahap memahami dan menghafal tetapi lebih kepada menguasai bidang ilmu menerusi penyelidikan yang dibuat.
Dari sini, pelajar akan dinilai dari sudut :
1. Penguasaan ilmu asas menerusi bahan bacaan.
2. Kemahiran memahami isu dalam mengenal pasti masalah kajian
3. Kemampuan mengkaji menerusi analisis yang dilakukan.
4. Kreatif dalam menyediakan atau membangunkan pelan solusi bagi masalah yang dikaji.
Disebabkan itu, penulisan tesis bukan sekadar penulisan atau pelaporan tetapi ia penterjemahan dari idea dari minda dan kefahaman dalam dada ke atas kertas yang dinamakan tesis bagi dizahirkan menerusi material penulisan penyelidikan.
Untuk mereka yang tak tahu nak tulis atau kaji apa, cuba amalkan ini :
1. Buat pembacaan sebanyak 20 kajian lepas secara minima. Pastikan bidang dan pengkhususan yang sama. Contohnya anda nak kaji berkenaan bidang muamalat pengkhususan instrumen waqaf.
2. Pastikan pembacaan tersebut adalah tidak lebih dari 10 tahun. Kalau boleh adanya tahun terkini lebih. Jika anda cadang buat kajian tahun 2022, pastikan wujud pembacaan pada tahun 2021.
3. Fahami apa yang dibaca. Cuba buat analisis. Setiap artikel /jurnal /tesis yang dibaca tersebut senaraikan :
i. Isu yang dibangkitkan
ii. Metodologi yang digunakan
iii. Penemua dan perbincangan yang dilakukan
iv. Cadangan yang diberikan
4. Susun hasil no 3 mengikut subtajuk dari umum kepada spesifik. Di situ, anda cuba analisis apa sudut dalam bidang dan pengkhususan itu yang belum dikaji.
5. Cari pernyataan masalah berdasarkan sudut kelompongan yang dijumpai pada no 4, kemudiaan buat carian isu / masalah yang berhubung sama ada menerusi pembacaan atau temu ramah pihak yang terlibat langsung.
Ni antara salah satu kaedah yang boleh membantu. Yang penting tajuk yang hendak dikaji bukan hadir secara "ilham" dengan duduk termenung tetapi hasil pembacaan, analisis dan rangkum kesemua artikel berkaitan yang dilakukan.
.
Muhamad Zuhaili bin Saiman
Casino Roll - Casino Roll
ReplyDeleteA popular casino table game and the best slot machines to play, the casino roll is 벳 365 코리아 a fun 미스터 플레이 and 스핀토토 simple way to try and get a free spin. Players play 포커 페이스 for fun with the 파워 볼 검증 사이트