Bagaimana nak buat kajian PhD yang highly recommended?



Bagaimana nak buat kajian PhD highly recommended


Perkongsian kali ini ialah bagaimana pelajar yang sambung pengajian khususnya di peringkat PhD. Menjadi persoalan utama ialah apa tajuk nak dibuat? Kadang kala memikirkan tajuk sahaja dah makan masa 1 semestar. Dan tak pelik ya, untuk 2 semestar pertama sahaja nak selesaikan research proposal, itu pun ada yang masih ditolak, tapi ramai yang diterima. Cuma jangan pula kita termasuk yang tertolak.

Bila buat PhD makna kata kita buat kajian. Tulisan yang menunjukkan kajian. Buat sekadar perkongsian atau pelaporan. Makna kata bila tulisan itu bersifat kajian, maka pelajar perlu tonjolkan :

1. Tajuk yang working title not the learning topic. Kita bukan mengajar, tetapi mengkaji.

Oleh kerana itu, struktur ayat tajuk kajian tidak perlukan pun kepada perkataan "kajian ..... " terus kepada tajuk sahaja. Ini kerana ini memang kajian. Contoh : "Kajian terhadap Aplikasi Rebat dalam Pembayaran Awal Pembiayaan Perumahan berdasarkan Pengamalan di Perbankan Islam."

Teruskan sahaja kepada "Aplikasi Rebat dalam Pembayaran Awal Pembiayaan Perumahan berdasarkan Pengamalan di Perbankan Islam."

Walaupun menulis kembali ayat "kajian" tidaklah menyebabkan kajian tertolak tetapi ia "agak mengganggu" sebab tulisan ini / tesis itu memanglah kajian. so, seumpama kita sebut : kajian saya ini ialah kajian ke atas bla..bla..bla... Why not sebut sahaja : Kajian saya ini ialajh ke atas bla..bla..bla..

2. Dalam menetapkan dan menyusun objektif, pastikan skema yang digunakan menunjukkan tahap penyelidikan yang menemui sesuatu atau membawakan pembaharuan.

Susunan objektif bermula dengan hasil menjawab persoalan WHAT - WHY - HOW.

Pelajar mesti menjelaskan secara singkat dan padat pada item Objektif Kajian, tanpa panjang lebar dengan ayat-ayat karangan. Objektif Kajian mesti jelas dan menunjukkan ke mana halatuju kajian yang dilakukan pengakhirannya yang menunjukkan hasil kajian.

Elakkan objektif pertama menulis untuk mengetahui. Ia tidak sesuai dan menunjukkan lemah tahap pengetahuan. Biasa objektif yang pertama ialah sama ada :

i. Untuk mengenalpasti
ii. Untuk menjelaskan
iii. Untuk mengukur dll

dan objektif terakhir itu adalah hasil kesinambungan dari objektif-objektif sebelumnya dan itulah hasil yang kita nak kemukakan sama ada pembentukan model, modul, membina garis panduan, parameter dan sebagainya. Di sinilah, yang akan mempengaruhi tanggapan penilai nanti bahawa kajian ini berbaloi dan layak diteruskan.

Perlu ingat, objektif kajian antara tahap bachelor, master dan PhD adalah berbeza. Justeru, jika di peringkat PhD, ia perlu membuktikan kajiannya tahap PhD bukan sama dengan master. Walaupun Objektif Kajian ini dilihat simple, namun di sebaliknya ia dilihat sebagai halatuju pelajar selaku penyelidik bagaimana dalam merancang halatuju kajian yang dijalankan.

3. Kajian tidak semestinya ikut "trend" tetapi berlaku isu semasa.

Kajian yang menuruti trend sememangnya lebih menarik perhatian tetapi ia juga satu cabaran kepada pelajar kerana terlalu ramai akan mengkaji topik tersebut dan dibimbangi wujud persamaan yang akhirnya membawa kajian yang dilakukan sudah tidak relevan dan hilang nilai "pembaharuan" jika lebih 50% kandungan kajian sama atau hampir sama.

Mencari sesuatu yang "baharu" dalam kajian bukan semestinya isu yang trending tetapi "baharu" dalam kajian ialah :

i. Belum ada yang mengkaji.
ii. Masih relevan solusi yang hendak dicadangkan.
iii. Sesuatu yang patut dalam bidang kajian untuk penambah baik kan.

Malah, "baharu" juga boleh diterima dengan penambah baikan kajian kita yang lepas. Seperti hasil kajian master dikembangkan kepada PhD. Maka boleh diwujudkan "sesuatu yang baharu" dalam penambah baikan dan perkembangan penyelidikan yang dibuat.

4. Hubungkan kajian dengan lapangan atau industri dalam bidang kajian kita bagi memastikan idea penyelidikan bukan hanya cetusan idea tetapi bersifat praktis.

Malah tidak mustahil, hasil PhD tadi jika benar-benar berkualiti ia boleh diangkat sebagai sesuatu yang bernilai sehingga perlu di pattern kan dan dibuat copyright.

Ini disebabkan realiti di peringkat Malaysia, bidang akademik lebih kepada soal praktis dan pembinaan. Disebabkan itu, pelajar PhD di awal kajian hendak dilakukan, terus fikirkan sesuatu yang hendak dikaji tersebut mestilah ada hubungan atau berhubung terus dengan sesuatu industri dan lapangan yang ada. Ini akan menjadikan kajian itu lebih ada nilai. Kerana ia bukan bersifat pengetahuan semata-mata tetapi bersifat planned solutions.

Ia mungkin berbeza dengan tajuk-tajuk di Universiti di Timur Tengah yang lebih menekankan soal penguasaan dan pengukuhan ilmu yang mendalam dalam kajian PhD dilakukan. Maka sesuaikan dengan keberadaan kita dalam kajian yang dilakukan. Itu lebih baik.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments