ISLAM DAN MASA LAPANG

ISLAM DAN MASA LAPANG





▪️Masa Amat Bernilai Dalam Islam

Terdapat beberapa tempat dalam al-Quran yang Allah menyebut berkenaan masa malah bersumpah akan masa itu. Apabila Allah bersumpah menerusi kalam-Nya akan sesuatu ciptaan-Nya maka ini menunjukkan betapa besar hikmah dan kepentingan sesuatu itu.

Malah beberapa surah di dalam al-Quran yang dimulai dengan sumpah ke atas masa seperti :

1. Surah al-Fajr
2. Surah al-Lail
3. Surah al-Duha
4. Surah al-'Asr

Firman Allah SWT :

وَٱلۡفَجۡرِ * وَلَیَالٍ عَشۡرࣲ * وَٱلشَّفۡعِ وَٱلۡوَتۡرِ * وَٱلَّیۡلِ إِذَا یَسۡرِ

Maksudnya :
"Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; Dan malam, apabila ia berlalu." - [Surah Al-Fajr 1 - 4]

Firman Allah SWT :

وَٱلَّیۡلِ إِذَا یَغۡشَىٰ * وَٱلنَّهَارِ إِذَا تَجَلَّىٰ

Maksudnya :
"Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), Dan siang apabila ia lahir terang-benderang." - [Surah Al-Lail 1 - 2]

Firman Allah SWT :

وَٱلضُّحَىٰ * وَٱلَّیۡلِ إِذَا سَجَىٰ

Maksudnya :
"Demi waktu dhuha, Dan malam apabila ia sunyi-sepi." - [Surah Ad-Dhuhaa 1 - 2]

Firman Allah SWT :

وَٱلۡعَصۡرِ * إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِی خُسۡرٍ

Maksudnya :
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian." - Surah al-'Asr : 1-2

Serta terdapat juga Allah bersumpah ke atas masa dalam beberapa surah lain di pertengahan surah dalam ayat-ayat tertentu. Ini jelas betapa besar hikmah dan nilainya di sisi Islam sehingga Allah berkali-kali bersumpah ke atasnya.

Beberapa tempat di pertengahan surah yang mempunyai sumpah ke atas masa, antaranya seperti berikut :

1. Surah al-Takwir ayat 17-18 :

وَٱلَّیۡلِ إِذَا عَسۡعَسَ * وَٱلصُّبۡحِ إِذَا تَنَفَّسَ

Maksudnya :
"Dan malam, apabila ia hampir habis, Dan siang, apabila ia mulai terang."

2. Surah al-Insyiqaq ayat 17 :

وَٱلَّیۡلِ وَمَا وَسَقَ

Maksudnya :
"Dan malam serta segala yang dihimpunkannya."

3. Surah al-Syams ayat 3-4 :

وَٱلنَّهَارِ إِذَا جَلَّىٰهَا * وَٱلَّیۡلِ إِذَا یَغۡشَىٰهَا

Maksudnya :
"Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata; Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita)"

Kesemua ini jelas menunjukkan betapa besarnya nilai masa di sisi Islam. Maka umat Islam tidak seharusnya menganggap masa dan waktu yang diberikan oleh Allah sebagai satu perkara kecil dan remeh. Malah masa adalah kehidupan. Justeru, umat Islam sewajarnya menjadikan setiap masa dan detik yang berlalu diisi dengan perkara faedah agar membolehkan beroleh pahala di sisi Allah bagi bekalan ke akhirat.

▪️Manusia Akan Disoal Berkenaan Masa

Masa merupakan salah satu nikmat dari Allah yang akan diperhitungkan secara awal di akhirat kelak. Kehidupan di dunia merupakan tempoh masa yang diberikan oleh Allah untuk berbakti dan melakukan kebaikan serta kebajikan.

Rasulullah SAW menyebutkan 4 nikmat yang akan disoal oleh Allah bahawa bagaimana penggunaan manusia terhadapnya iaitu masa, ilmu, harta dan anggota tubuhnya. Mereka yang menggunakan ke arah kebaikan akan mendapat redha Allah dan ganjaran syurga. Namun jika di sia-siakan apatah lagi menggunakan ke arah maksiat maka dosa yang beroleh diancam dengan seksaan hukuman dari Allah SWT.

Abu Barzah Al-Aslami, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَا فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَا أَبْلاَهُ

“Kedua kaki seorang hamba tidaklah beranjak pada hari kiamat hingga ia ditanya mengenai: umurnya di manakah ia habiskan, ilmunya di manakah ia amalkan, hartanya bagaimana ia peroleh serta di mana ia infakkan dan mengenai tubuhnya pada apa digunakan.” - riwayat al-Tirmidzi

Tanda syukur dengan pemberian masa yang ada ialah memanfaatkan masa dengan baik. Setiap manusia diberikan tempoh masa yang sama namun yang membezakan ialah cara pengurusan yang dipengaruhi dengan keyakinan soal kebangkitan akhirat. Sebab itu Allah merakamkan beberapa penyesalan orang kafir khususnya kerana sewaktu di dunia mereka tidak beriman kerana menolak kebenaran yang dibawa oleh para utusan Allah.

Antara bentuk penyesalan ialah :

1. Penyesalan memohon lanjutan dilewatkan sedikit ajal untuk melakukan sedekah atau ibadah.

Firman Allah SWT :

وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقۡنَـٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن یَأۡتِیَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ فَیَقُولَ رَبِّ لَوۡلَاۤ أَخَّرۡتَنِیۤ إِلَىٰۤ أَجَلࣲ قَرِیبࣲ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّـٰلِحِینَ

Maksudnya :
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". - [Surah Al-Munafiqun 10]

2. Penyesalan untuk dihidupkan semula bagi melakukan amal soleh.

Firman Allah SWT :

وَلَوۡ تَرَىٰۤ إِذِ ٱلۡمُجۡرِمُونَ نَاكِسُوا۟ رُءُوسِهِمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ رَبَّنَاۤ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

Maksudnya :
"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". - [Surah As-Sajdah 12]

3. Penyesalan agar dikembalikan menjadi tanah iaitu tidak dihidupkan sebagai mnausia supaya tidak diperhitung amalan.

Firman Allah SWT :

إِنَّاۤ أَنذَرۡنَـٰكُمۡ عَذَابࣰا قَرِیبࣰا یَوۡمَ یَنظُرُ ٱلۡمَرۡءُ مَا قَدَّمَتۡ یَدَاهُ وَیَقُولُ ٱلۡكَافِرُ یَـٰلَیۡتَنِی كُنتُ تُرَ ٰ⁠بَۢا

Maksudnya :
"Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)". - [Surah al-Naba' 40]

▪️Elakkan Masa Dari Perkara Yang Sia-sia

Islam amat menitik beratkan soal masa. Masa merupakan nikmat yang akan dipertanggungjawabkan ke atas manusia di akhirat kelak. Manusia yang berjaya ialah mereka yang pandai menguruskan masa dengan perkara yang bermanfaat dan mengelakkan diri dari perkara yang sia-sia.

Antara sifat bagi mukmin yang berjaya ialah mereka yang berpaling dari perkara sia-sia. Ia diletakkan pada turutan yang kedua selepas sifat solat dalam keadaan yang khusyuk.

Firman Allah SWT :

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ * ٱلَّذِینَ هُمۡ فِی صَلَاتِهِمۡ خَـٰشِعُونَ * وَٱلَّذِینَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ

Maksudnya :
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia." - [Surah Al-Mu'minun 1 - 3]

Masa yang telah disia-sia dengan perkara yang tidak bermanfaat tidak dapat diulang kembali. Masa berlalu pergi dan tidak pernah kembali. Jika manusia berdegil maka mereka akab terus rugi. Mereka yang menyesal masa silam peelu bangkit perbaiki dengan baki masa yang ada.

Kesilapan kebanyakkan manusia tidak menekankan keseriusan dalam memanfaatkan masa lapang yang ada. Akhirya manusia kalah dengan masa iaitu mensia-siakan masa. Inilah peringatan yang diberikan oleh Rasulullah SAWa mengenai 2 nikmat yang disia-sia oleh manusia iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang.

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

Maksudnya:
“Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” - riwayat al-Bukhari

▪️Manfaat Masa, Kamu Yang Mengurusnya

Masa yang ada mesti diuruskan. Manusia itu pengurus kepada masa yang diberikan oleh Allah kepada mereka. Masa adalah sama dan statik tempohnya. Pengurusan masa yang bijak menjadikan seseorang beroleh kejayaan di dunia mahu pun di akhirat.

Sebagai umat Islam, pengurusan masa secara langsung telah ditarbiyah oleh Allah menerusi ibadah solat fardhu. Ini kerana solat fardhu disyariatkan mengikut waktu tunai tertentu yang ditetapkan. Jika umat Islam berdisplin dengan waktu solat fadhu khususnya maka pengurusan masa dalam kehidupan keseluruhan akan dipengaruhi dengan hasil yang baik.

Firman Allah SWT :

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِینَ كِتَـٰبࣰا مَّوۡقُوتࣰا

Maksudnya :
"Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." - [Surah An-Nisa' 103]

Gesaan Rasulullah SAW agar bersegera dalam melakukan ibadah dalam 5 waktu sebelum datang 5 waktu yang susah. Ini dapat dilihat menerusi hadith dari Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda :

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ, شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ, وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ, وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ, وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغُلُكَ, وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

Maksudnya :
“Manfaatkanlah lima waktu sebelum datang lima waktu yang lain. Waktu sehatmu sebelum sakit, waktu kayamu sebelum fakir, waktu luangmu sebelum sibuk, dan waktu hidupmu sebelum mati.” riwayat al-Hakim

Dalam menguruskan masa dengan baik, umat Islam mestilah lakukan beberapa perkara tersebut :

1. Bersegeralah dalam beramal. Jangan sehingga luputnya masa dengan sia-sia.

Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﺗُﻮﺑُﻮﺍ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻗَﺒْﻞَ ﺃَﻥْ ﺗَﻤُﻮﺗُﻮﺍ ﻭَﺑَﺎﺩِﺭُﻭﺍ ﺑِﺎﻷﻋْﻤَﺎﻝِ ﺍﻟﺼَّﺎﻟِﺤَﺔِ ﻗَﺒْﻞَ ﺃَﻥْ ﺗُﺸْﻐَﻠُﻮﺍ ﻭَﺻِﻠُﻮﺍ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﺑَﻴْﻨَﻜُﻢْ ﻭَﺑَﻴْﻦَ ﺭَﺑِّﻜُﻢْ ﺑِﻜَﺜْﺮَﺓِ ﺫِﻛْﺮِﻛُﻢْ ﻟَﻪُ ﻭَﻛَﺜْﺮَﺓِ ﺍﻟﺼَّﺪَﻗَﺔِ ﻓِﻲ ﺍﻟﺴِّﺮِّ ﻭَﺍﻟْﻌَﻼﻧِﻴَﺔِ ﺗُﺮْﺯَﻗُﻮﺍ ﻭَﺗُﻨْﺼَﺮُﻭﺍ ﻭَﺗُﺠْﺒَﺮُﻭﺍ.

Maksudnya :
"Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kalian mati, bersegeralah beramal shalih sebelum kalian sibuk, dan sambunglah antara kalian dengan Rabb kalian dengan memperbanyak dzikir kepada-Nya, banyak bersedekah dengan sembunyi-sembunyi maupun terang-terangan. Niscaya kalian akan diberi rizki, ditolong dan dicukupi." - riwayat Ibn Majah

2. Susun dan penuhi jadual dengan perkara berfaedah. Jangan berlaunya masa tanpa senaramg jadual yang dirancang.

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah di dalam kitabnya قيمة الزمان عند العلماء (Nilai Masa Di Sisi Para Ulama) menukilkan nasihat Imam al-Syafi'i seperti berikut :

نفسك إن لم تشغلها بالطاعة شغلتك بالباطل

Maksudnya :
"Jiwa kamu jika kamu tidak sibukkan dengan ketaatn nescaya ia akan sibukkan kamu dengan kebatilan"

3. Jangan bertangguh sesuatu urusan jika ia mampu diselesaikan segera. Penangguhan kerana kemalasan hanya menambahkan bebanan.

Ibn Umar berkata :

إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ

Maksudnya :
"Jika kamu berada di petang hari jangan tunggu pagi hari, dan jika kamu berada di pagi hari jangan tunggu petang hari, gunakanlah kesihatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu." riwayat al-Bukhari

Kata-kata hukamak :

لا تؤجل إلى الغد ما يمكنك أن تعمله اليوم

Maksudnya :
“Janganlah kamu menunda/menangguh sampai besok apa yang dapat engkau kerjakan hari ini”.

4. Jangan tunggu ada waktu lapang untuk buat ibadah tetapi lapangkan masa untuk beribadah.

Kalam hikmah dari Syeikh Ibn 'Ataillah al-Sakandari :

إحالتك الأعمال على وجود الفراغ من رعونات النفس

Maksudnya :
“Menunda/menangguh amal perbuatan(kebaikan) kerana menantikan kesempatan yang lebih baik merupakan suatu tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa”.

Disediakan oleh :
Ustaz Dr Muhamad Zuhaili bin Dr Hj Saiman

Pautan Page FB Muhamad Zuhaili bin Saiman : https://bit.ly/3aoUeRr

Comments