HINA NABI : KENAPA PERLU BOIKOT PRODUK KELUARAN PERANCIS

HINA NABI : KENAPA PERLU BOIKOT PRODUK KELUARAN PERANCIS




▪️Boikot Tanda Protes Dan Bantahan

Tindakan biadab Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang menyifatkan tindakan seorang guru yang menyiarkan karikatur menghina Rasulullah SAW adalah sebagai kebebasan adalah tidak dapat diterima oleh umat Islam seluruh dunia. Malah beliau turut memberikan anugerah dan mengganggap tindakan tersebut sebagai hero. Ditambah pula, beliau mengalih isu dengan memainkan polemik Islam Radikal bagi memainkan sentimen Islamphobia.

Jelas, beliau berpegang dengan pendirian yang diambil itu tidak salah dan sama sekali tidak akan ditarik semula sebagaima yang dinyatakan sendiri sekalipun umat Islam menekan dengan tindakan boikot produk keluaran Perancis.

Kempen tindakan boikot di serata dunia oleh umat Islam ialah sebagai tanda proses dan bantahan kerana beliau sebagai seorang figura pemimpin sebuah negara yang besar namun sikap yang jelas menghina dan tidak biadab dalam merobek sensitiviti umat Islam.

Umat Islam diajar untuk bertindak balas dan mempertahankan apa yang sewajarnya dipertahankan. Apabila musuh memulakan serangan maka keharusan diberikan bertindak balas mempertahankan. Bukan umat Islam memulakan. Bukan juga tindak balas tersebut yang melampaui dengan tindakan ekstremis tetapi boikot adalah bersesuaian dan setimpal bagi pengajaran bagi Presiden sebuah negara yang angkuh dengan pendiriannya tanpa menghormati perasaan dan sensitiviti umat Islam.

Apa sahaja kehormatan dalam Islam perlu dipertahankan. Jika ia dirobek dan diserang musuh maka tidak menjadi kesalahan kepada umat Islam bangkit mempertahankan. Apatah lagi jika melibatkan kehormatan maruah Rasulullah SAW yang mulia ditambah lagi terjadi dalam bulan Rabiul Awwal yang memperingatkan kepada kelahiran Baginda SAW.

Firman Allah SWT :

(ٱلشَّهۡرُ ٱلۡحَرَامُ بِٱلشَّهۡرِ ٱلۡحَرَامِ وَٱلۡحُرُمَـٰتُ قِصَاصࣱۚ فَمَنِ ٱعۡتَدَىٰ عَلَیۡكُمۡ فَٱعۡتَدُوا۟ عَلَیۡهِ بِمِثۡلِ مَا ٱعۡتَدَىٰ عَلَیۡكُمۡۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِینَ)

Maksudnya :
(Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. - [Surah Al-Baqarah 194]

▪️Boikot Salah Satu Mekanisme Jihad Semasa Yang Bersesuaian

Perintah jihad berhadapan dengan musuh yang memerangi Islam apabila musuh memulakan serangan. Ia bertujuan kewajipan mempertahankan diri dan hak umat Islam dengan kekuatan serta kemampuan yang ada serta bersesuaian.

Firman Allah SWT :

(وَقَـٰتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِینَ یُقَـٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوۤا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِینَ)

Maksudnya :
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. - [Surah Al-Baqarah 190]

Dari sudut bentuk jihad pada peralatan, teknikal dan mekanisme maka ia terserah kepada kesesuaian dan kemampuan semasa. Objektif ialah mempertahankan diri dan hak. Sehubungan itu, termasuk pengajaran secara umum apa-apa sahaja teknikal, peralatan dan mekanisme yang mampu menggerunkan musuh termasuklah boikot jika dengan pelaksanaan boikot ekonomi akan memberikan pengajaran dan kegerunan terhadap musuh yang memulakan serangan.

Firman Allah SWT :

(وَأَعِدُّوا۟ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةࣲ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَیۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمۡ وَءَاخَرِینَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ یَعۡلَمُهُمۡۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ یُوَفَّ إِلَیۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ)

Maksudnya :
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. - [Surah Al-Anfal 60]

Berkata Imam al-Syaukani :

وقد أمر الله بقتل المشركين ولم يعيّن لنا الصفة التي يكون عليها ولا أخذ علينا ألا نفعل إلا كذا دون كذا .

Maksudnya :
Dan sesungguhnya Allah memerintahkan untuk membunuh kaum musyrikin (yang memerangi) dan tidaklah pula ditentukan sifat / jenis terperinci apa yang kita gunakan atau lakukan dan tidak perintah ke atas kita untuk tidak melakukan sesuatu kecuali itu dan itu.

Ia bertepatan sebagaimana pengajaran umum mengenai tindakan dalam bentuk jihad yang pelbagai sebagaimana firman Allah SWT :

... وَخُذُوهُمۡ وَٱحۡصُرُوهُمۡ وَٱقۡعُدُوا۟ لَهُمۡ كُلَّ مَرۡصَدࣲۚ

Maksudnya :
... dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. - [Surah At-Tawbah 5]

▪️Boikot Untuk Beri Tekanan Mengalahkan Musuh

Boikot ekonomi yang dilancarkan adalah untuk memberikan tekanan dan melumpuhkan kekuatan musuh. Ia adalah serangan yang memberikan tamparan yang cukup mendalam kesannya.

Dalam hal demikian, perkara sebegini dengan objektif yang sama juga pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW antaranya ialah :

1. Rasulullah SAW menghantar kumpulan (sariya) untuk menyekat kumpulan perdagangan musyrikin menuju ke utara, Syam dan selatan, Yaman bagi tujuan memberikan tekanan ekonomi dengan terhalangnya kumpulan perdagangan musyrikin.

Serta menyekat dari kumpulan perdagangan musyrik yang jahat menjual barangan hak milik umat Islam yang berhijrah meninggalkan harta benda di Mekah.

2. Kepungan ke atas Yahudi Bani Nadhir dengan memutuskan segala punca ekonomi dan kemasukan bekalan bagi melemahkan Bani Nadhir sehingga mereka mengaku kalah, ditawan dan diusir. Ini disebabkan mereka mengkhinati perjanjian.

Malah Baginda SAW juga membakar kebun-kebun kurma mereka yang menjadi punca ekonomi dan bekalan mereka sehingga lumpuhnya ekonomi mereka dan kalah.

▪️Boikot Dikenakan Kepada Orang Kafir Yang Memusuhi

Tindakan memboikot adalah bersesuaian dengan keadaannya bagi objektif yang dinyatakan di atas. Dalam berhadapan dengan orang kafir perlu dibezakan kepasa 2 keadaan :

1. Kafir yang memusuhi dan memerangi
2. Kafir yang tidak memusuhi dan memerangi

Kafir yang tidak memusuhi dan memerangi, tindakan kita adalah dakwah menyeru ke jalan kebenaran dengan hujah-hujah. Sebagaimana firman Allah SWT :

(ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِیلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِیلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِینَ)

Maksudnya :
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. - [Surah An-Nahl 125]

Adapun bagi orang kafir yang memusuhi dan memerangi, maka tindakan kita ialah pertahankan diri dan hak serta serang dengan kemampuan yang ada bagi menghilangkan ancaman dan terus perteguh pertahan dasar dan maruah Islam.

Firman Allah SWT :

مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ وَٱلَّذِینَ مَعَهُۥۤ أَشِدَّاۤءُ عَلَى ٱلۡكُفَّارِ رُحَمَاۤءُ بَیۡنَهُمۡۖ

Maksudnya :
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). - [Surah Al-Fath 29]

Berdasarkan kepada isu penghinaan Rasulullah SAW oleh Presiden Perancis ini, maka tindakan boikot adalah bagi memberikan tekanan, protes dan menyatakan bantahan agar memberitahu dunia bahawa Islam bukan agama yang boleh dijadikan bahan buli atau mangsa dalam soal kononnya atas nama kebebasan yang diperjuangkan oleh Barat sehingga mengizinkan menghina agama.

.
Disediakan oleh :
Ustaz Dr Muhamad Zuhaili bin Dr Hj Saiman

Pautan Page FB Muhamad Zuhaili bin Saiman : http://bit.ly/3kzZUgx

Comments