IBRAH DARI PERISTIWA PERTUKARAN KIBLAT

IBRAH DARI PERISTIWA PERTUKARAN KIBLAT




▪️Berlaku Dalam Bulan Syaaban

Peristiwa pertukaran kiblat (تحويل القبلة) dari menghadap ke arah Masjid al-Aqsa ke Kaabah berlaku dalam pertengahan bulan Syaaban, pada tahun ke-2 Hijrah. Ia berlaku setelah 16 bulan Rasulullah SAW dan para sahabat solat menghadap ke Masjid al-Aqsa dan kemudiannya Allah memerintahkan untuk Baginda SAW berpaling menghadap ke Kaabah, kiblat yang disukai oleh Baginda SAW sendiri.

Peristiwa ini dirakamkan menerusi ayat 142 - 152 dalam Surah al-Baqarah pada awal juzuk yang ke-2. Dalam ayat-ayat tersebut Allah SWT menjelaskan :

1. Kalangan ahli Kitab yang sengaja menimbulkan provokasi bagi meragukan umat Islam.

Firman Allah SAW :

۞ سَیَقُولُ ٱلسُّفَهَاۤءُ مِنَ ٱلنَّاسِ مَا وَلَّىٰهُمۡ عَن قِبۡلَتِهِمُ ٱلَّتِی كَانُوا۟ عَلَیۡهَاۚ

Maksudnya :
"Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?"
[Surat Al-Baqarah 142]

2. Kalangan ahli Kitab yang menyembunyikan kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW walhal mereka amat mengenali sifat kerasulan Baginda SAW sebagaimana mereka kenal akan anak mereka.

Firman Allah SWT :

ٱلَّذِینَ ءَاتَیۡنَـٰهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ یَعۡرِفُونَهُۥ كَمَا یَعۡرِفُونَ أَبۡنَاۤءَهُمۡۖ وَإِنَّ فَرِیقࣰا مِّنۡهُمۡ لَیَكۡتُمُونَ ٱلۡحَقَّ وَهُمۡ یَعۡلَمُونَ

Maksudnya :
"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian)." - [Surat Al-Baqarah 146]

3. Persoalan para sahabat berkenaan penerimaan ibadah solat bagi mereka yang meninggal dunia sebelum berlakunya pertukaran kiblat.

Firman Allah SWT :

.. وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِیُضِیعَ إِیمَـٰنَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ بِٱلنَّاسِ لَرَءُوفࣱ رَّحِیمࣱ

Maksudnya :
".. dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman)." - [Surah Al-Baqarah 143]

4. Keadaan Rasulullah SAW sendiri lebih cenderung untuk kiblat menghadap Kaabah walau ketika itu sepanjang ibadah menghadap kiblat pertama iaitu Masjid al-Aqsa.

Firman Allah SWT :

قَدۡ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجۡهِكَ فِی ٱلسَّمَاۤءِۖ

Maksudnya :
"Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit".
[Surah Al-Baqarah 144]

5. Setiap umat ada kiblat mereka yang ditentukan oleh Allah, ketaatan umat ialah dengan menuruti apa yang dibawa oleh utusan Allah bagi setiap zaman mereka.

Firman Allah SWT :

ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُمۡتَرِینَ * وَلِكُلࣲّ وِجۡهَةٌ هُوَ مُوَلِّیهَاۖ فَٱسۡتَبِقُوا۟ ٱلۡخَیۡرَ ٰ⁠تِۚ أَیۡنَ مَا تَكُونُوا۟ یَأۡتِ بِكُمُ ٱللَّهُ جَمِیعًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَیۡءࣲ قَدِیرࣱ

Maksudnya :
"Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." - [Surah Al-Baqarah 147 - 148]

▪️Proses Peristiwa Pertukaran Kiblat

Setibanya Rasulullah SAW di Madinah, maka kiblat untuk ibadah solat ialah menghadap masjid al-Aqsa walaupun sewaktu di Mekah adalah masih menghadap Kaabah menurut satu riwayat. Menurut riwayat lain, di Mekah, Baginda SAW menjadikan antara Kaabah dan Masjid al-Aqsa tempat untuk Baginda SAW solat.

Dalam tempoh 16 bulan menghadap ke Masjid al-Aqsa, hati Baginda SAW tetap cenderung agar dijadikan Kaabah sebagai kiblat kerana faktornya lebih mesra dengan kiblat bagi Nabi Ibrahim yang merupakan nenek moyangnya dalam mentauhidkan Allah dan menghidupkan agama.

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa :

كان أول ما نسخ فى القرأن القبلة, وذلك أن رسول الله صلى الله عليه وسلّم لما هجر إلى المدينة وكان أكثر أهلها اليهود فأمر الله تعالى أن يستقبلها بيت المقدس ففرحت اليهود فاستقبله رسول الله صلى الله عليه وسلّم بضعة عشر شهراً, وكان يحب القبلة أبيه إبراهيم,

Maksudnya :
"Ayat nasakh pertama dalam al-Qur’an adalah tentang kiblat”. Hal ini kerana Rasulullah SAW ketika berhijrah ke Madinah, penduduk di Madinah kebanyakan orang-orang Yahudi, maka Allah memerintahkan kepada Baginda SAW untuk menghadap ke Bait al-Maqdis (Masjid al-Aqsa) , sehingga gembiralah orang-orang Yahudi. Maka Baginda SAW menghadap ke Bait al-Maqdis selama sepuluh bulan lebih, namun Baginda SAW lebih menyukai kiblat moyangnya iaitu Nabi Ibrahim." - rujuk tafsir Ibn Kathir

Menurut satu riwayat, peristiwa pertukaran bermula apabila Rasulullah SAW keluar menziarah ibu kepada Basyir al-Barra' bin Ma'mur. Apabila masuknya waktu Zuhur, Baginda SAW mendirikan solat di sebuah masjid dan menjadi imam kepada jemaah solat. Masjid itu ialah Masjid Bani Salamah. Apabila keadaan solat pada rukuk yang ke-2, datangnya perintah Allah untuk tukar kiblat ke Kaabah. Lantas Baginda SAW dan lara sahabat jemaah solat berpaling menghadap ke Kaabah dalam solat itu. Kemudian masjid itu dinamakan dengan Masjid Qiblatain (2 kiblat) kerana peristiwa itu dalam satu solat dihimpunkan dua kiblat.

Al-Barra' meriwayatkan bahawa :

صَلَّيْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَ بَيْتِ الْمَقْدِسِ سِتَّةَ عَشَرَ أَوْ سَبْعَةَ عَشَرَ شَهْرًا ثُمَّ صَرَفَهُ نَحْوَ الْقِبْلَةِ

Maksudnya :
"Kami solat bersama Rasulullah SAW dengan menghadap ke Baitul Maqdis selama enam belas atau tujuh belas bulan. Lalu Baginda SAW merubahnya dengan menghadap kiblat.” - riwayat al-Bukhari

Dalam satu riwayat yang lain bahawa pertukaran kiblat berlaku semasa Rasulullah SAW bersama para sahabat sedang mendirikan solat Asar.

Juga dari Al-Barra' meriwayatkan bahawa :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى إِلَى بَيْتِ الْمَقْدِسِ سِتَّةَ عَشَرَ شَهْرًا أَوْ سَبْعَةَ عَشَرَ شَهْرًا وَكَانَ يُعْجِبُهُ أَنْ تَكُونَ قِبْلَتُهُ قِبَلَ الْبَيْتِ وَأَنَّهُ صَلَّى أَوْ صَلَّاهَا صَلَاةَ الْعَصْرِ وَصَلَّى مَعَهُ قَوْمٌ فَخَرَجَ رَجُلٌ مِمَّنْ كَانَ صَلَّى مَعَهُ فَمَرَّ عَلَى أَهْلِ الْمَسْجِدِ وَهُمْ رَاكِعُونَ قَالَ أَشْهَدُ بِاللَّهِ لَقَدْ صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِبَلَ مَكَّةَ فَدَارُوا كَمَا هُمْ قِبَلَ الْبَيْتِ

Maksudnya :
"Rasulullah SAW solat dengan menghadap ke baitul Maqdis selama enam belas atau tujuh belas bulan. Dan beliau menyukai jika kiblatnya menghadap ke arah Kaabah. Kemudian Baginda SAW pun solat Asar bersama sekelompok para sahabat dengan menghadap ke arab kiblat. Setelah itu salah seorang dari sahabat tersebut keluar dan melewati kaum muslimin di sebuah masjid yang pada waktu itu mereka sedang rukuk. Sahabat tadi berkata; AKu bersaksi kepada Allah, sungguh aku telah shalat bersama Baginda SAW dengan menghadap kiblat. Mereka pun segera berputar dalam keadaan solat menghadap ke arah Kaabah." - riwayat al-Bukhari

Adapun, sebahagian sahabat yang berada di Quba' belum lagi sampai akan perintah pertukaran kiblat itu. Mereka masih menghadap Masjid al-Aqsa sehinggalah keesokkan Subuhnya, tatkala mereka sedang solat subuh, datang orang dan sampaikan seruan bahawa telah bertukar kiblat, lantas mereka pun berpaling menghadap kiblat ke arah Kaabah.

Ibn Umar meriwayatkan bahawa :

بَيْنَا النَّاسُ بِقُبَاءٍ فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ إِذْ جَاءَهُمْ آتٍ فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أُنْزِلَ عَلَيْهِ اللَّيْلَةَ قُرْآنٌ وَقَدْ أُمِرَ أَنْ يَسْتَقْبِلَ الْكَعْبَةَ فَاسْتَقْبِلُوهَا وَكَانَتْ وُجُوهُهُمْ إِلَى الشَّأْمِ فَاسْتَدَارُوا إِلَى الْكَعْبَةِ

Maksudnya :
“Ketika manusia berada di Quba' sedang melaksanakan solat Subuh tiba-tiba ada yang datang sambil berseru : ”Sesungguhnya telah turun kepada Rasulullah SAW al Quran(wahyu) malam tadi (semalam). Dan Baginda SAW diperintahkan untuk menghadap Kaabah, maka hendaklah kalian menghadap ke Kaabah. Ketika itu wajah-wajah mereka sedang menghadap ke arah Syam. Lalu mereka berputar ke arah Kaabah” - riwayat al-Bukhari dan Muslim

▪️Sabar Dan Patuh Kepada Perintah Walau Ada Kecenderungan Sendiri

Dalam peristiwa ini, Kaabah lebih disukai oleh Rasulullah untuk dijadikan kiblat kerana beberapa perkara berdasarkan perbahasan ulama iaitu :

1. Kaabah merupakan kiblat bagi moyang Baginda SAW iaitu Nabi Ibrahim.
2. Untuk lebih mendekatkan orang Arab khususnya ke seruan Islam.
3. Tidak menyamai dengan Yahudi pada kepercayaan iktiqad Yahudi.
4. Ia juga kiblat bagi para Nabi yang lain seperti Nabi Soleh dan Nabi Musa

Dalam hal ini, walaupun Rasulullah SAW mempunyai kecenderungan sendiri namun Baginda SAW tetap patuh perintah Allah menghadap ke Masjid al-Aqsa dan dalam masa yang sama teladan Baginda SAW bersabar dalam berdoa memohon kepada Allah SWT. Teladan dua sifat ini sangat penting bagi seorang hamba iaitu :

1. Patuh perintah Allah walau ada kecenderungan sendiri.
2. Tetap sabar dalam berdoa memohon kepada Allah.

Firman Allah SWT :

قَدۡ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجۡهِكَ فِی ٱلسَّمَاۤءِۖ فَلَنُوَلِّیَنَّكَ قِبۡلَةࣰ تَرۡضَىٰهَاۚ فَوَلِّ وَجۡهَكَ شَطۡرَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِۚ وَحَیۡثُ مَا كُنتُمۡ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمۡ شَطۡرَهُۥۗ وَإِنَّ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡكِتَـٰبَ لَیَعۡلَمُونَ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّهِمۡۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا یَعۡمَلُونَ

Maksudnya :
"Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan." - [Surah Al-Baqarah 144]

Sangat penting sifat sabar dalam berdoa kerana orang yang tidak sabar dalam berdoa boleh jadi nanti akhirnya seseorang itu :

1. Berhenti berdoa kerana putus asa.
2. Bersangka buruk pada Allah.
3. Berdoa dengan tujuan mendesak bukan merintih menundukkan diri.

Rasulullah SAW yang merupakan kekasih Allah dan semulia-mulia makhluk turut bersabar berdoa sekian tempoh maka apatah lagi kita manusia biasa yang ada salah dan terdedah dosa maka lebih lebih lagi la perlu lebih kuat bersabar menerusi teladan dari Baginda SAW.

▪️Pengajaran Peristiwa Pertukaran Kiblat

Pengajaran dari peristiwa pertukaran kiblat yang berlaku :

1. Jangan layan momokan musuh Islam. Sebab mereka sentiasa buat isu dengan momokan jahat. Bila kiblat ke Baitul Maqdis, orang Yahudi kata Islam nak tiru mereka. Bila tukar kiblat ke Kaabah, orang Yahudi kata Islam tiada prinsip. Sebab itu Allah sebut mereka golongan bodoh. Yang penting tegas pada prinsip iaitu bersama kebenaran di sisi Allah.

Firman Allah SWT :

۞ سَیَقُولُ ٱلسُّفَهَاۤءُ مِنَ ٱلنَّاسِ مَا وَلَّىٰهُمۡ عَن قِبۡلَتِهِمُ ٱلَّتِی كَانُوا۟ عَلَیۡهَاۚ قُل لِّلَّهِ ٱلۡمَشۡرِقُ وَٱلۡمَغۡرِبُۚ یَهۡدِی مَن یَشَاۤءُ إِلَىٰ صِرَ ٰ⁠طࣲ مُّسۡتَقِیمࣲ

Maksudnya :
"Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".
[Surah Al-Baqarah 142]

2. Bukan mudah nak terima sesuatu perintah yang melibatkan perubahan. Pertukaran kiblat ini berat ujiannya ke atas sebahagian sahabat. Sebab itu, ia menjadi ujian untuk melihat kalangan yang boleh istiqamah. Sesiapa yang patuh dan bersegera menyahut setiap perintah dan arahan adalah kekuatan dari hidayah Allah.

Firman Allah SWT :

وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنْتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّنْ يَنْقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ ۚ وَإِنْ كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ ۗ

Maksudnya :
"..(Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah.."
[Surah Al-Baqarah 143]

3. Ilmu dan kefahaman adalah asas utama agar tegas dengan prinsip dan tidak terpengaruh dengan permainan musuh. Perjuangan Islam ialah seruan dakwah agar manusia menuruti Islam bukan umat Islam terikut dan termasuk perangkap musuh. Dakwah mempengaruhi bukan dipengaruhi.

Firman Allah SWT :

وَلَىِٕنۡ أَتَیۡتَ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡكِتَـٰبَ بِكُلِّ ءَایَةࣲ مَّا تَبِعُوا۟ قِبۡلَتَكَۚ وَمَاۤ أَنتَ بِتَابِعࣲ قِبۡلَتَهُمۡۚ وَمَا بَعۡضُهُم بِتَابِعࣲ قِبۡلَةَ بَعۡضࣲۚ وَلَىِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَاۤءَهُم مِّنۢ بَعۡدِ مَا جَاۤءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ إِنَّكَ إِذࣰا لَّمِنَ ٱلظَّـٰلِمِینَ

Maksudnya :
"Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim." - [Surah Al-Baqarah 145]

4. Kebenaran adalah hak milik Allah. Walaupun musuh kalangan orang yang "lebih lama" dari pengalaman dan pengetahuannya namun mereka menyeleweng dan cuba menutupi kebenaran. Tidak boleh ragu-ragu dengan kebenaran petunjuk dari Allah.

Firman Allah SWT :

ٱلَّذِینَ ءَاتَیۡنَـٰهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ یَعۡرِفُونَهُۥ كَمَا یَعۡرِفُونَ أَبۡنَاۤءَهُمۡۖ وَإِنَّ فَرِیقࣰا مِّنۡهُمۡ لَیَكۡتُمُونَ ٱلۡحَقَّ وَهُمۡ یَعۡلَمُونَ * ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُمۡتَرِینَ

Maksudnya :
"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu."
[Surah Al-Baqarah 146 - 147]

.
Disediakan oleh :
Ustaz Dr Muhamad Zuhaili bin Dr Hj Saiman

**gambar semasa AGM PCTSS pada 16.2.2020

Pautan Page FB Muhamad Zuhaili bin Saiman : https://bit.ly/3as0sjI

Comments