KEPADA USTAZ PAN, DENGAR SINI

KEPADA USTAZ PAN, DENGAR SINI




Penyatuan ummah ini bukanlah kerana kebencian atau tidak puas hati. Yang tidak puas hati atau kebencian lagi kekecewaan ialah penubuhan PAN yang kerana pimpinan PAN yang dahulunya dalam barisan pimpinan PAS kalah pada pemilihan sewaktu Muktamar tahun 2015 di Kuala Selangor.

Penyatuan ummah ini adalah menepati tuntutan agama :

1. Kesatuan yang ditekankan ialah kedua-dua pihak mesti berpegang teguh dengan (tali) agama Allah.

Firman Allah SWT :

وَٱعۡتَصِمُوا۟ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِیعࣰا وَلَا تَفَرَّقُوا۟ۚ

Maksudnya :
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai."
[Surah Ali Imran 103]

2. Persaudaran antara muslimin yang diperelokkan hubungan antara keduanya.

Firman Allah SWT :

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةࣱ فَأَصۡلِحُوا۟ بَیۡنَ أَخَوَیۡكُمۡۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ

Maksudnya :
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
[Surah Al-Hujurat 10]

Dari mana pula datangnya kebencian ini membawa perpecahan sedangkan faedah asas penyatuan ini boleh dilihat seperti berikut malah boleh jangkaui lebih dari itu iaitu :

1. Dari sudut sokongan melayu beragama Islam pada undi sahaja telah mencecah 65 - 73%. Jika tiada penyatuan, 50% pun tidak cecah.

2. Dari sudut sokongan pelbagai kaum secara menyeluruh pada undi mencecah 6 juta lebih berbanding 5 juta lebih undi yang diperolehi oleh komponen dalam PH. Maksudnya penyatuan ini lebih terkehadapan dalam menyatukan.

Apa yang cuba nak disampaikan apabila ustaz PAN mendakwa bahawa “Penyatuan ummah bukan ajaran Nabi Muhammad SAW. Malah apa yang baik diamalkan ialah perpaduan ummah atau menguruskan ummah sahaja,”?

Sedangkan :

1. Sememamgnya ajaran Nabi SAW menyatu padukan ummah. Bermula dengan kaum Arab yang beragama Islam kalangam Muhajirin dan Ansar kemudian kepada keluasan muslimin yang umum atas keterikatan aqidah Islam.

2. Dari konteks umum isi difahami bahawa penyatuan dan perpaduan membawa kehendak yang sama dan boleh disepakati. Hanya jika diperincikan perbincangan beza hanya pada proses. Namun asas kehendaknya kembali kepada "kesatuan yang teguh". Jadi usah bermain polemik bahasa luaran pada istilah kerana yang lebih utama maksud kehendak isinya.

Ustaz PAN perlu ada maruah diri. Jangan diheret hidung ke sana sini dalam membina persepsi kebencian kalangan orang ramai pada perkara yang baik.

Kena ingat, kesedaran orang ramai menjadikan penyatuan ummah ini terus mendapat tempat dan sokongan ramai kerana sikap PH itu sendiri dengan :

1. Mungkiri janji.
2. Isu yang melibatkan institusi agama dan diraja yang pelbagai.
3. Perangai Menteri dalam Kerajaan PH yang kebudak-budakan hanya mentaliti pembangkang
4. Sikap yang tidak konsisten semasa sebelum PRU dan selepas PRU mencerminkan watak politikus yang tidak jujur.

Posisi ustaz PAN di mana dalam menegur dan menasihati hal kepincangan ini? Jangan kerana mabuk kuasa, maka amanah dan tanggungjawab ilmu dikaburi malah dibutakan.

Sementara ada ruang dan peluang kembalilah semula kepada landasan yang sebenarnya menepati ajaran dan kehendak Islam. Kita cukup bimbang, para ustaz PAN yang tidak amanah dengan ilmunya ini tergolong dalam kalangan yang disebutkan oleh Sayiduna Umar al-Khattab iaitu :

عالم باللسان، جاهل بالقلب

"alim lisan (petah berbicara) namun jahil pada hati"

.

Disediakan oleh :
Ustaz Dr Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments