MELURUSKAN KEFAHAMAN PERBAHASAN RAHMATAN LIL 'ALAMIN

MELURUSKAN KEFAHAMAN PERBAHASAN RAHMATAN LIL 'ALAMIN




▪️Pendahuluan

Slogan Rahmatan Lil' Alamin (RLA) adalah diceduk dari ayat al al-Quran dari Surah al-Anbiya' pada ayat ke 107. Namun begitu ayat lengkapnya adalah sebagaimana berikut :

وَمَاۤ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةࣰ لِّلۡعَـٰلَمِینَ

Maksudnya : "Tidaklah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan menjadi rahmat bagi sekalian alam." - Surah al-Anbiya' : 107

Slogan RLA hanya mengambil sebahagian ayat dari ayat tersebut. Sehubungan itu, dalam perbahasan yang melibatkan RLA adalah wajar diperbahaskan pada satu ayat yang lengkap agar jelas perincian perbahasan yang dibawakan.

▪️Perbahasan Mengenai Maksud Perkataan "العالمين"

Para Ulamak berselisih pandangan pada konteks ayat yang dimaksudkan rahmat sekalian alam, adakah ia termasuk sekali ke atas orang kafir atau hanya kepad orang mukmin sahaja.

Pandangan yang kuat ialah pandangan yang menyatakan konteks rahmat tersebut adalah secara umum termasuk mukmin dan kafir. Antara hujah ialah :

فعن ابن عباس قال : من آمن بالله واليوم الآخر كُتب له الرحمة في الدنيا والآخرة ، ومن لم يؤمن بالله ورسوله عوفي مما أصاب الأمم من الخسف والقذف

Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas berkata : Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat ditulis baginya rahmat di dunia dan di akhirat. Dan sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan dan Rasulnya, dimaafkan dari apa yang menimpa umat-umat terdahulu dari penghinaan dan fitnah.

Walaupun demikian konteks rahmat mestilah merujuk kepada nas dan perbahasan para ulamak. Ini dibimbangi perlu salah faham sehingga apabila ingin menunjukkan rahmat kepada golongan kafir menyebabkan seolah Islam hilang prinsip dan umat Islam tunduk patuh pada kehendak golongan kafir. Sedangkan hakikatnya bukanlah sedemikian.

▪️Maksud Rahmat Ke Atas Orang Kafir

Disebutkan dari kitab-kitab tafsir secara ringkasnya bahawa konteks rahmat dalam ayat tersebut yang meliputi ke atas golongan kafir dimaksudkan ialah :

1. Tidak disegerakan azab ke atas mereka di muka bumi sebagaimana umat terdahulu yang mendustakan para rasul di zaman mereka. Ia bsrdasarkan teks tersebut sebagai hujah :

رُوي عن ابن عباس ، وهو أن الله أرسل نبيه محمدا صلى الله عليه وسلم رحمة لجميع العالم ، مؤمنهم وكافرهم . فأما مؤمنهم فإن الله هداه به ، وأدخله بالإيمان به ، وبالعمل بما جاء من عند الله الجنة . وأما كافرهم فإنه دفع به عنه عاجل البلاء الذي كان ينزل بالأمم المكذّبة رسلها من قبله ".انتهى باختصارمن
"تفسير الطبري" (18 / 551-552) ، وينظر : "تفسير ابن كثير" (5 / 385) ، "تفسير السعدي" (ص 532) .

Begitu juga teks yang dinukilkan dari Ibn Hajar al-Haytami seperti berikut :

وقال ابن حجر الهيتمي رحمه الله :
" ففي إرساله صلى الله عليه وسلم رحمة حتى على أعدائه من حيث عدم معاجلتهم بالعقوبة ". انتهى من "فتاوى الحديثية" (ص 34) .

Ia juga bersandar kepada firman Allah SWT :

(وَإِذۡ قَالُوا۟ ٱللَّهُمَّ إِن كَانَ هَـٰذَا هُوَ ٱلۡحَقَّ مِنۡ عِندِكَ فَأَمۡطِرۡ عَلَیۡنَا حِجَارَةࣰ مِّنَ ٱلسَّمَاۤءِ أَوِ ٱئۡتِنَا بِعَذَابٍ أَلِیمࣲ * وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِیُعَذِّبَهُمۡ وَأَنتَ فِیهِمۡۚ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُمۡ وَهُمۡ یَسۡتَغۡفِرُونَ

Maksudnya : "Dan (ingatlah) ketika mereka (kaum musyrik Makkah) berkata: "Wahai tuhan kami! Jika betul (Al-Quran) itu ialah yang benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)." - Surah al-Anfal : 32-33

2. Hanya seorang sahaja yang dibunuh oleh Nabi SAW sendiri sepanjang peperangan yang berlaku iaitu Ubay bin Khalaf iaitu di dalam peperangan Uhud. Tiada yang selain itu sebelum dan selepasnya. Ia berdasarkan teks hujah berikut :

قال شيخ الإسلام رحمه الله :
" والنبي صلى الله عليه وسلم كان أكمل الناس في هذه الشجاعة التي هي المقصودة في أئمة الحرب ، ولم يقتل بيده إلا أبي بن خلف ، قتله يوم أحد ، ولم يقتل بيده أحدا لا قبلها ولا بعدها".انتهى من "منهاج السنة النبوية" (8 / 57) .

Ini kerana orang yang mendapat kemurkaan yang bersangatan dari Allah ialah mereka yang dibunuh oleh Para Nabi ekoran permusuhan mereka menentang Para Nabi sebagaimama hadith berikut :

فقد روى البخاري (4076) عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنه قَالَ : ( اشْتَدَّ غَضَبُ اللَّهِ عَلَى مَنْ قَتَلَهُ نَبِيٌّ ، وَاشْتَدَّ غَضَبُ اللَّهِ عَلَى مَنْ دَمَّى وَجْهَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ) .

3. Rahmat ke atas orang kafir tidak menafikan pensyariatan jihad ke atas golongan kafir dan munafik. Ini kerana rahmatnya dari jihad tersebut ialah mengeluarkan mereka dari kegelapan kekufuran kepada cahaya kebenaran Islam.

Berdasarkan teks hujah berikut :

وفي تفسير قول الله تعالى : ( كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ ) ، قَالَ أبو هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : ( خَيْرَ النَّاسِ لِلنَّاسِ ؛ تَأْتُونَ بِهِمْ فِي السَّلَاسِلِ فِي أَعْنَاقِهِمْ حَتَّى يَدْخُلُوا فِي الْإِسْلَامِ ) .
رواه البخاري (4557) .

▪️Larangan Tunduk Kepada Golongan Kafir

Berdasarkan penjelaskan di atas mengenai maksud konteks rahmat ke atas golongan kafir maka bukanlah dengan berlembut kepada mereka sehingga mengabaikan prinsip dan melanggar batasan syariat dengan tunduk dan menurut kehendak orang kafir.

Ini kerana terdapat beberapa perintah Allah mengenai ketegasan ke atas mereka dengan berprinsip. Antaranya ialah :

1. Ketegasan menjaga prinsip. Firman Allah SWT :

مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ وَٱلَّذِینَ مَعَهُۥۤ أَشِدَّاۤءُ عَلَى ٱلۡكُفَّارِ رُحَمَاۤءُ بَیۡنَهُمۡۖ

Maksudnya : "Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)." - Surah al-Fath : 29

2. Larangan menjadi teman rapat kepada golongan kafir yang memerangi dan zalim. Firman Allah SWT :

إِنَّمَا یَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِینَ قَـٰتَلُوكُمۡ فِی ٱلدِّینِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِیَـٰرِكُمۡ وَظَـٰهَرُوا۟ عَلَىٰۤ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن یَتَوَلَّهُمۡ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." - Surah al Mumtahanah : 9

3. Larangan menjadikan orang kafir yang menghina dan mempermainkan agama Islam sebagai penolong. Firman Allah SWT :

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ ٱلَّذِینَ ٱتَّخَذُوا۟ دِینَكُمۡ هُزُوࣰا وَلَعِبࣰا مِّنَ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ وَٱلۡكُفَّارَ أَوۡلِیَاۤءَۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِینَ

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman." - Surah al-Maidah : 57

▪️ Merealisasikan Konteks Rahmat Sekalian Alam

1. Pertahan akidah dan mengajak manusia kepada Islam.

Pengutusan Rasulullah SAW adalah untuk menyampaikan wahyu Allah ke atas semua manusia. Rahmat ini ialah menyelamat manusia dari kekufuran menuju kebenaran Islam.

Firman Allah SWT :

الۤرۚ كِتَـٰبٌ أَنزَلۡنَـٰهُ إِلَیۡكَ لِتُخۡرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِ رَبِّهِمۡ إِلَىٰ صِرَ ٰ⁠طِ ٱلۡعَزِیزِ ٱلۡحَمِیدِ

Maksudnya : "Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji." - Surah Ibrahim : 1

2. Melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh bukan hanya sebahagian. Ini kerana pensyariatan yang ditegakkan juga merupakan rahmat ke atas setiap manusia. Dengan melaksanakan syariat Islam seluruh manusia akan dapat merasai keadilan dan maslahat.

Secara umumnya matlamat Syariat Islam itu seperti mana yang dinyatakan oleh Ibn al-Qayyim:

فإن الشريعة مبناها وأساسها على الحكم ومصالح العباد في المعاش والمعاد، وهي عدل كلها، ورحمة كلها، ومصالح كلها، وحكمة كلها، فكل مسألة خرجت عن العدل إلى الجور، وعن الرحمة إلى ضدها، وعن المصلحة إلى المفسدة وعن الحكمة إلى العبث، فليست من الشريعة وإن أدخلت فيها بالتأويل، فالشريعة عدل الله بين عباده ورحمته بين خلقه وظله في أرضه..

Maksudnya: “Syariah (Islamiyyah) itu terbina dan terasas di atas hukum dan maslahah para hamba dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ia keseluruhannya adil, keseluruhannya rahmat, keseluruhannya maslahah, keseluruhannya hikmah. Maka setiap masalah yang terkeluar daripada keadilan kepada kezaliman, daripada rahmat kepada sebaliknya, daripada maslahah kepada mafsadah (kerosakan), daripada hikmah kepada sia-sia, maka ia bukan daripada syariah walaupun dimasukkan ke dalamnya secara takwilan. Maka syariat Allah itu adil buat semua hamba-Nya, rahmat buat semua makhluk-Nya dan lembayung-Nya di muka bumi..” (Lihat I’lam al-Muwaqqi’in, 3/14-15)

3. Negara sebagai medium dakwah dan hidayah membimbing manusia ke jalan kebenaran. Bukan menjadi medium yang membuka kerosakan kepada umum.

والدولة الإسلامية التي قامت في المدينة، قامت على الدين، فهو أساسها، وعلى حفظه والدعوة إليه منهجًا لحياتها ورسالتها، وكان ذلك مصدر فخر واعتزاز للأمة الإسلامية كلها ودافعًا لها على التمسك بعقيدتها وشريعتها ومنهاج حياتها، وهو ما كان يميزها عن أمم الأرض التي نشأت دولها بالقهر.

Maksudnya : Adalah negara Islam (di zaman Rasulullah
SAW) yang dibina di Madinah, tertegak di atas agama, itulah asasnya, menjadi kemestian menjaganya dan menyeru kepada Islam sebagai manhaj kehidupan dan risalah. Adalah asas agama Islam itu rujukan kebanggaan dan kemuliaan bagi umat Islam serta mempertahankannya dengan berpegang teguh pada akidah dan syariatnya serta manhaj kehidupan. Inilah yang membezakan negara Islam dengan negara yang dibina oleh umat / bangsa di atas muka bumi ini yang didirikan dengan kekerasan." - lihat مسؤولية الدول الإسلامية عن الدعوة ونموذج المملكة العربية السعودية oleh Dr Abdullah bin Abdul Muhassan at-Turki

▪️Penutup

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, maka jelas bahawa rahmat kepada golongan kafir adalah bukan dengan tunduk dan menurut nafsu mereka.

Rahmat bukanlah kata yang menyebabkan umat Islam lemah dan dilihat lembik oleh musuh sehingga mereka berjaya merobek ummah dengan agenda terancang mereka.

Cabaran dalam konteks negara Malaysia hari ini menjadikan peranan besar dalam merealisasikan konteks rahmatan lil 'alamin secara tepat menurut perbahasan para ulamak.

Ketegasan pada prinsip adalah karektar penting untuk menjaga dan memelihara dari penyebaran agenda yang merosakkan ummah.

Semoga slogan RLA ini tidak menjadi slogan yang merugikan ummah tetapi mesti dibuktikan perlaksanaannya yang menepati kehendak tektual nas dan menguntungkan ummah.

.

Disediakan oleh :
Ustaz Dr Muhamad Zuhaili bin Dr Hj Saiman

Pautan Page FB Muhamad Zuhaili bin Saiman : https://bit.ly/2UnsjvC

Comments