Mengapa Proposal Kajian Ditolak?


Mengapa Proposal Kajian anda ditolak?


Kegagalan dari sudut Pernyataan Masalah / Permasalahan Kajian :


1. Jika penyelidik tidak berjaya membuktikan wujudnya masalah, maka penilai beranggapan tiada isu yang perlu dikaji. Maka tiada perlunya diluluskan proposal.


2. Penyelidik membentangkan masalah dan isu namun tidak berjaya menjelaskan secara jelas dan tepat "gap" (kelompongan) kajian yang akhirnya penilai menilai ia masalah lepas yang telah pun diselesaikan dalam kajian terdahulu, maka tiada keperluan diulang kajian benda yang telah selesai.


3. Penyelidik membentangkan masalah namun tersasar dari fokus kajian. Seperti fokus kajian mengenai "Keberkesanan Falsasah Budi dalam Sistem Pengajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan" namun permasalahan kajian yang dibentang ialah kajian-kajian yang menyentuh masalah sikap dan moral oleh En Budi (orang bernama Budi).


4. Kegagalan menyusun fokus permasalahan kajian yang tidak "landing" di "landasan" yang sebenar. Seperti tajuk "Kajian Sikap Penerimaan Masyarakat Kaum Cina terhadap Penetapan Silibus Tulis Khat Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina di negeri Selangor...". Penyelidik hanya merujuk isu yang berlegar di peringkat nasional berkaitan reaksi pemimpin kalangan parti politik dan NGO, tidak berjaya membumikan fokus permasalahan ke tahap masyarakat pada skop kajian yang difokuskan iaitu SJK Cina di negeri Selangor.


Semoga membantu dan bermanfaat kepada sahabat² yang sedang bertungkus lumus menyiapkan proposal tesis.


- Ustaz Dr Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments