MENGAPA SAMBUNG PENGAJIAN PHD



Perjalanan menyambung pengajian ke peringkat PhD bukanlah sesuatu yang mudah, namun ia juga bukanlah sesuatu yang mustahil untuk menamatkannya. Bersungguh ke tahap ini bukanlah untuk mendabik dada kesombongan dengan sehelai sijil yang tertulis "PhD". Niat kena betul agar apa yang diusahakan beroleh pahala di sisi Allah dan membuahkan manfaat untuk ummah.

Yang berjaya mencapai tahap ini, bukanlah bermakna tahu belaka dan boleh komen kesemuanya. Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Untuk menjadi
terbaik
, bukan dengan merendahkan orang lain.
Terbaik
di sisi Allah, mereka yang zuhud sesama manusia.

Di sini saya berikan beberapa manfaat bagi mereka yang berminat untuk sambung pengajian tahap akademik ini :

1. Untuk tambah ilmu secara pengajian formal.

Kerana bertambah usia dan ada komitmen kerja dan keluarga, menjadikan kita tiada masa untuk belajar. Dengan sambung PhD sebagai satu usaha untuk terus belajar. Secara tidak langsung, wujud rasa tanggungjawab untuk belajar secara terikat dengan sistem yang formal.

Waktu zaman Bachelor atau Sarjana Muda agak mudah beri tumpuan fokus kerana masa hak milik kita, dan komitmen kos sara hidup bukan kita sepenuhnya tanggung. Berbeza di masa usia zaman pasca siswazah apatah lagi telah berumah tangga. So, tanpa ada yang "menekan" maka kita kurang atau tidak akan bertindak.

2. Mencapai "tanda aras" syaksiah berthaqafah.

Ada sebahagian mereka yang melanjutkan pengajian semata-mata untuk raih kerja dan meningkatkan tahap gaji. Terpulang. Tapi saya lebih suka sikap bukan sekadar untuk itu tetapi membina masyarakat / rakyat yang mempunyai tahap pengajian tinggi. Ia tidak lagi sekadar "tiket" kerja tetapi menjadi "penanda aras" thaqafah masyarakat.

Jika niat semata-mata kerja, maka tidaklah semua orang relevan sambung pengajian kerana bergantung pada kemahiran dan kebolehpasaran sesuatu bidang tertentu.

Namun jika ia adalah sebagai "tanda aras" membina masyarakat thaqafah maka semuanya wajar ke arah tersebut.

3. Melatih dan menekuni sistem pengkaji dan manhaj berfikir.

Tidak semua lontaran idea itu adalah bersifat "kajian" kadang kala boleh jadi omongan atau bebelan. Kadang kala ada yang hanya baca, hafal dan lontarkan semula dengan olahan, maka ia masih belum berstatus "kajian".

Sebab itu, terutama jika menyambung pengajian PhD di Universiti yang berstatus Universiti Penyelidikan, ia bukan hanya mahukan jawapan "tak boleh" atau "tidak patuh syariah" dalam sesuatu sampel, tetapi apa solusi yang kamu nak kemukakan? Dont just say cannot, but how? (cewah, speaking London)

4. Membuahkan inspirasi kepada generasi akan datang.

Sebagai ibu bapa, pastinya kehidupan kita mempengaruhi angan-angan, impian dan cita-cita genarasi pelapis kita iaitu anak-anak. Saya sendiri terinspirasi dengan arwah Abah Saiman yang juga dikurniakan Allah berjaya mencapai PhD.

Jadi kita boleh usaha dan rancang agar keluarga kita ada motivasi. Jika seorang ayah pangkat akademiknya Dr, maka generasi selepasnya iaitu anaknya, paling tidak usahakan Prof Madya dan begitulah seterusnya.

Namun ingat, ia bukan matlamat, ia inspirasi dan motivasi. Kerana yang paling utama, ilmu bermanfaat yang mendekatkan kita kepada Allah.

Apa pun, terserah pada bidang masing-masing dan kemampuan.
Berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan urusan dan diberikan rezeki yang luas.
😊

Dr Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments