POLITIK PH SANGAT MEMUALKAN SEPANJANG COVID-19
▪️Meroyan Dengan Perkataan "Kerajaan Pintu Belakang"
Dalam kesibukan pihak kerajaan, agensi, para petugas, pertubuhan dan rakyat memberikan fokus menghadapi wabak COVID-19 bagi menangani dengan berkesan bagi memutuskan rantaian penularan ini, pimpinan PH masih lagi tidak berkesudahan meroyan dalam isu "kerajaan pintu belakang". Sedangkan isu perlantikan Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin sebagai YAB Perdana Menteri ke-8 dan pembentukan kerajaan adalah secara sah dan rasmi dengan perkenan SPB YDP Agong.
Meroyan pimpinan PH dalam lantang mewujudkan naratif fitnah "kerajaan pibtu belakang" secara tidak langsung adalah menfitnah ke atas SPB YDP Agong serta Intitusi Beraja kerana pimpinan PH tidak menerima kepatuhan terhadap punca kuasa yang diberikan kepada SPB YDP Agong dalam Perlembagaan.
Sudahlah tidak boleh terima cara yang sah dilakukan oleh SPB YDP Agong, maka ia juga menunjukkan sikap pimpinan PH yang tidak menghormati terhadap keluhuran Perlembagaan. Justeru, pimpinan PH jika jadi kerajaan mahu memerintah berdasarkan apa?
Sebab itu tidak pelik, sepanjang PH menjadi kerajaan terlalu banyak tindakan yang mencabar keluhuran Perlembagaan dan seakan merobek Kontrak Sosial 1948. Ini sangat jelas apabila tindakan biadap PH sewaktu memerintah seperti :
1. Perjuangan doktrin komunisme muncul kembali dan seakan tidak bersalah.
2. Kenyataan media menteri khususnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam tulisan bukan Bahaya Melayu.
3. Usaha mahu meratifikasi ICERD yang boleh merosakkan sistem Perlembagaan Persekutuan di mana Malaysia ada memperuntukkan salah satu istimewaan dalam Ketertinggian Perlembagaan ialah Raja Berperlembagaan.
Dan macam-macam lagi jika mahu disenaraikan. Rakyat juga jelas dan mual dengan tindakan PH dan ini dibuktikan menerusi penolakan rakyat dalam 5 siri PRK yang berlaku iaitu :
1. Cameron Highland
2. Semenyih
3. Rantau
4. Tanjung Piai
5. Kimanis
Malahan dalam pembukaan sidang DUN Selangor, titah DYMM Sultan Selangor agar berhentikan tohmahan "kerajaan pintu belakang" kerana kerajaan Persekutuan sekarang adalah sah. Maka, pimpinan PH meroyan yang tidak berkesudahan malah menunjukkan teladan biadap yang boleh merosakkan rakyat terutama kalangan pengundi mereka yang taksub.
▪️PH Cuba Alih Kesalahan Mereka Yang Lambat Tangani COVID-19 Kepada Kerajaan PN (Perikatan Nasional)
PH tidak sedar diri apabila gelombang pertama COVID-19 berlaku adalah pada zaman PH memerintah. Malah, kesan sikap PH yang meremehkan wabak COVID-19 dan berterusan membenarkan pelancong dari China masuk ke negara sedangkan telah disahkan wabak berpunca dari China terutama wilayah Wuhan.
TPM ketika itu seakan angkuh dengan menganggap mempunyai pengalaman berhadapan wabak seumpama COVID-19. Malah Menteri Kesihatan ketika itu juga meremehkan pengumuman dari WHO yang kononnya ia boleh buat panik. Begitu juga, sikap ADN Seri Serdang yang sinis menyindir kebimbangan rakyat terhadap wabak COVID-19 dengan menunjukkan kononnya keseriusan terhadap penyakit denggi adalah lebih wajar, bukannya COVID-19.
Lihat sahaja kenyataan-kenyataan dangkal pemimpin PH yang tidak serius malah ada yang menyindir dalam hal ini antaranya :
1. Kerajaan lambat dalam menyekat kedatangan pelancong dari China secara bertegas, itu pun setelah didesak dan diasak oleh semua pihak termasuk pembangkang, NGO serta rakyat umum. Pada 21 Feb, TPM ketika itu Dato Seri Wan Azizah menjelaskan Kerajaan sekali lagi menyatakan tidak akan menghalang kemasukan pelancong dari China kecuali dari bandar-bandar yang ditutup oleh kerajaan China.
2. Kenyataan Dr Dzulkely pada 12 Feb 2020 menyatakan KKM khuatir kenyataan Pengarah WHO cetus kebimbangan rakyat. Sedangkan WHO telah mengistiharkan Covid-19 sebagai Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) pada 30 Januari 2020. Namun keseriusan dalam tangani dan mengurangkan pelancong China masih tiada.
3. Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng yang memandang rendah terhadap kedan risiko covid-19 dengan menyatakan Malaysia tidak berdepan risiko kemelesetan, pada kenyataanya bertarikh 6 Feb 2020.
4. Siaran media sosial Dr Mariah, ADUN Seri Kembangan yang membuat perbandingan kes covid-19 dengan denggi pada tarikh 29 Jan 2020 yang menyindir kenapa rakyat perlu nak panik terhadap covid-19.
Kesemua ini menunjukkan bagaimana sikap pemimpin PH yang ketika itu memerintah namun tidak serius dan tidak bertegas dari awal kerana memandang enteng kesan dari covid-19 ini. Kesannya apabila sudah ada pembawa wabak ini maka ia menjadi penularan yang sukar dikesan.
Apa yang dilakukan PN selaku kerajaan Persekutuan sekarang ini adalah amat baik dan cepat mengikut tempoh garis masa :
1. Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 kemudian dilanjutkan 14 April 2020.
2. Pengumuman Pelan Pakej Rangsangan Ekonomi (Prihatin) Rakyat bagi membantu rakyat khususnya yang terkesan dari sudut ekonomi.
3. Mewujudkan kluster sebagai fokus penting terhadap sesuatu kes yang disyaki bagi fokus dan tangani pantas seperti Kluster Tabligh ekoran perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Feb - 1 Mac.
4. Menteri Pertahanan mengumumkan bantuan Angkatan Tentera Malaysia membantu pihak polis bagi menjayakan PKP bermula 22 Mac 2020 supaya lebih serius memastikan rakyat tidak berada di luar rumah melainkan hal yang mustahak.
5. Pengumuman penolakan gaji Perana Menteri, Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri bagi 2 bulan dan disumbangkan untuk bantuan krisis COVID-19 ini.
▪️PH Semua Hendak Dibangkang, Sehingga Kebajikan Rakyat Pun Hendak Dipertikai
Setelah "tergamam" seketika pimpinan PH dan cybertroopers mereka berikutan pengumuman Pelan Pakej Rangsangan (Prihatin) Rakyat sebanyak 250 billion maka PH cuba bermain polemik seperti :
1. Dari mana kerajaan PN memperolehi dana sebesar itu?
2. Bagaimana sistem agihan, jangan sampai ada yang "rompak" di tengah jalan. - naratif supaya nampak negatif pada kerajaan PN
3. Kerana jasa PH sebelum ini berjimat maka sebab itu kerajaan PN hari ini dapat guna peruntukkan besar. - naratif supaya kononnya PH yang hero
Dan beberapa lagi dengan memanipulasi analogi kisah Mak Cik Kiah dalam pengiraan penerimaan sumbangan kebajikan yang bakal rakyat terima. Kononnya "jangan tertipu" mejadi naratif jahat agar tidak percaya pada kerajaan Persekutuan yang diperintah oleh PN pada hari ini.
Sewajarnya dalam isu sekarang ini, sepatutnya kematangan pembangkang ditunjukkan kerana sekaranf ini isu :
1. Nyawa menjadi fokus utama dalam langkah PKP dan keselamatan.
2. Ekonomi yang melibatkan ramai rakyat khususnya sektor swasta, perniagaan sendiri, sektor pelancongan dan perhotelan, peniaga kecil dan lain-lain.
Ucapkanlah terima kasih atas keprihatinan kerajaan Persekutuan dengan angka yang cukup besar iaitu RM 250 billion sedangkan zaman PH hanya tahu "memotong" dan "mencantas" seperti cadangan menghapuskan elaun Insentif Khidmat Kritikal (BIPK) yang akhirnya menimbulkan kemarahan kalangan doktor dan perubatan.
Pimpinan PH wajar utamakan isu nyawa dan kebajikan ini dari sibuk bermain sentimen politik, lakukan hal sebegini :
1. Ucapan terima kasih.
2. Sama-sama membantu ekonomi rakyat.
3. Tunjukkan teladan potong gaji untuk sama-sama bantu rakyat khususnya di bawah Parlimen mereka.
Ini tidak, diajaknya bahas dalam Parlimen pula peruntukan tersebut dan mendesak untuk sidang Parlimen diadakan segera. Cukuplah dipulang semula kata-kata Mazlee Malik sebelum ini iaitu :
"Terima kasih bagi pandangan, tetapi anda bukan kerajaan!"
▪️Terbukti PH Hanya Layak Sebagai Pembangkang, Bukan Kerajaan Lagi
Sejak PH kembali menjadi pembangkang dilihat pimpinannya "rajin membuat kerja" seperti provokasi, membangkang melulu semua perkara, kenyataan media yang kerap dengan idea-idea "solusi masalah" kononnya dan macam macam lain. Namun sewaktu berada di tampuk pemerintahan, banyak sekali idea-idea dan manifesto yang gagal dilaksanakan.
Rakyat sudah kenal dan tidak mahu lagi tertipu dengan PH yang merupakan parti politik yang hanya "membebel idealisme" sehingga terawang-awangan yang sendiri pun tidak terlaksana seperti mana manifesto mereka seperti PRU 14 yang lalu.
Cukuplah dengan teori-teori bombastik dalam mengaburi pemikiran rakyat sebelum ini walhal gagal melaksanakannya bila memerintah. Malah apabila gagal melaksanakannya, PH hanya tahu menyalahkan kerajaan lama sebelum ini. Itu sahaja. Waktu memerintah, PH menyalahkan kerajaan lama. Sewaktu menjadi pembangkang hanya menyalahkan kerajaan semasa.
Justeru, memang sesuailah PH ini dengan jiwa pembangkang. Eloklah menjadi pembangkang kerana walau 22 bulan memerintah telah terbukti gagal. Krisis dalaman tidak berkesudahan menyebabkan negara menghadapi kemelut politik negara.
Jadi pembangkang elok dah, cuma amalkanlah politik matang dan sejahtera, jadi pembangkang yang bijak dan rasional agar dalam sistem demokrasi ini wujud suasana semak dan imbang (check and balance) yang baik. Bukannya jadi pembangkan yang meroyan berterusan tanpa kesudahan yang rakyat pun jemu, muak dan memualkan.
.
Disediakan oleh :
Ustaz Dr Muhamad Zuhaili bin Dr Hj Saiman
Pautan Page FB Muhamad Zuhaili bin Saiman :
Comments
Post a Comment