Yang Sedang Menjalankan Pengajian PhD

YANG SEDANG MENJALANKAN PENGAJIAN PHD




Pengajian di peringkat PhD bukanlah mempunyai masa yang lapang sebagaimana sewaktu belajar di zaman pra siswazah. Di kala menyambung PhD kebiasaan umur sudah melepasi 24 tahun atau 25 tahun dan ke atas. Pastinya di umur sebegini kehidupan sedang bergelut dengan bekerja dan menjana kewangan sendiri, lebih-lebih lagi jika sudah berumah tangga, takkan la masih mengharapkan duit dari ibu bapa.

Pastinya komitmen yang pelbagai cabang menjadi cabaran untuk fokus melakukan kajian tesis PhD. Mengurus kerjaya, mengurus rumah tangga, pengaruh suasana sekeliling (bukan semua kawan-kawan kita yang sambung belajar) dan fokus lain.

Bagaimana untuk mengekalkan momentum menyiapkan kajian tesis PhD atau menamatkan perjalanan PhD ini?

Berikut beberapa tips pengalaman untuk dikongsikan semoga bermanfaat :

1. Niat yang Jelas dan Perancangan yang Tersusun.

Kembali kepada apa tujuan kita sambung PhD sedangkan boleh sahaja untuk kita tidak sambung belajat tetapi terus berkecimpung dengan pekerjaan sepenuh masa.

Dalam masa yang sama, niat yang jelas mesti dipelihara dengan melakukan perancangan yang tersusun. Letakkan :

- Berapa lama nak habis? dulu memang sasarkan GOT (alhamdulillah dapat GOT).

- Berapa kali dalam sebulan jumpa SV dengan bahan yang telah disediakan untuk perbincangan (bukan datang jumpa dengan otak yang "blur" dan tangan kosong tanpa drat penulisan sesuatu bab).

- Peruntukan masa berapa jam sehari? bergantung pada kelapangan masa dan kesesuaian individu. Namun kena pastikan setiap hari ada tempoh menghadap laptop sekalipun tidak menulis, ambil modd.

- Waktu bila nak menaip? ini penting kerana jangan sampai kita abaikan masa dengan keluarga dan anak-anak (jika telah bekeluarga). jangan sampai kita tidak dapat "merasai" tempoh masa anak-anak membesar dengan alasan kesibukan kita. setiap masa ada haknya.

2. Cari Insiprasi dan Motivasi untuk Bertindak

Kenali tokoh yang pakar dalam pengajian dan penyelidikan kita tersebut. kena ingat, kita tidak mampu kuasai semua bidang ilmu dan fokus. apa yang penting ialah :

- pengukuhan asas.
- fokus pengkhususan.
- fahami limitasi kita.

Boleh ikuti apa sahaja media sosial tokoh tersebut untuk dapatkan inspirasi kata-kata, gerak kerja dan lontaran idea. tidak semestinya seorang, boleh beberapa individu.

Dan dalam masa yang sama boleh juga cari seminar, bengkel, kuliah bagi menyemarakkan semangat motivasi diri kita. Namun bagi saya, jangan banyak sangat, cukuplah sekadar kerana yang paling utama ialah kesedaran diri dan tindakan kita. kalau masuk 1001 motivasi tapi tiada tindakan tetap tidak berguna.

3. Jangan Lari dari Kerja-kerja yang Membuahkan Keberkatan

Kadang-kadang pelik juga, ada segelintir yang beralasan sehingga sanggup menjauhkan diri atau "hilangkan diri" dari dunia. Duduk terperap di bilik bacaan sahaja, tidak bermasyarakat sehingga tidak kenal ahli kariah setempat.

Malah lebih malang lagi, apabila "kesibukan" itu menjadi kita tidak punyai masa "menjenguk" ibu ayah di kampung, jika kita berada di luar negara menjadikan kita tidak sempat menalifon atau video call.

Ada pula yang minta "berhenti seketika (tak pasti seketika atau selamanya)" dari terlibat kerja-kerja Islam. Sedangkan bukan 24 jam sehari tu membaca, menulis. Ada je masa untuk makan, tidur, berehat dan sebagainya. Susun masa, tidak dapat banyak, ada sedikit.

Akhirnya bila kita jauh dari kerja-kerja di atas, maka bagaimana nak beroleh barakah dalam pengajian dan pengkajian kita? Kejayaan kita bukan semata-mata usaha diri kita tetapi kerana keberkatan yang dianugerahkan oleh Allah.

4. Mulakan Berhubung Tanya Khabar dengan SV

Kesilapan pelajar PhD ialah SV yang memulakan tanya khabar. Jika begini keadaan bermaksud pada pengamatan SV ialah pelajar tadi tiada progress / perkembangan dalam penulisan tesis.

Apa yang perlu ialah pelajar perlu agresif (tetapi jangan mendesak) dengan memulakan tanya khabar penyelia dengan :

- bila boleh jumpa?
- idea penulisan saya bab ini ok tak?
- saya dapati info baru dalam kajian saya, sesuai ke tidak?
- bagi saya, bab ini ialah berkaitan sekian..sekian.. DR (SV) ada komen tak?

dan banyak lagi...

5. Jangan Tinggal Doa dan Mohon Orang Lain Doakan

Ini asas, selain kita berdoa kita minta orang sekeliling doakan. Suami / isteri, ibu ayah, SV, guru-guru, rakan-rakan dan sebagainya.

Jangan tinggal doa sekalipun kita dah "laju" dalam penulisan tesis. Doa tetap perlu berdoa. Kerana apa? Kerana kita orang Islam. Kita ada aqidah. Kita ada Allah.

Selamat meneruskan penulisan PhD sehingga siap kerana mereka yang sedang bertungkus lumus menyiapkan. Semoga beroleh kejayaan.

.
Dr Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments