Kerajaan PN : Naik Secara Terhormat, Berundur Secara Bermaruah

 



Kerajaan PN : Naik Secara Terhormat, Berundur Secara Bermaruah


▪️Pembenci Hanya Sebar Kebencian

For me, PN government has given the best services for the people and country in their period. Whatever the haters want to say its up to them, because memang kerja cybertroopers mereka dibayar untuk momekkan imej negatif.

Dari awal dengan naratif "kerajaan tebuk atap". Dan waktu kerajaan PN berundur dengan peletakkan jawatan PM dan Kabinet dengan naratif "kerajaan gagal" dan sebagainya.

Tapi rakyat yang neutral dan atas pagar mampu menilai antara kelemahan kerajaan PN dan juga usaha kuat yang telah diberikan. Rakyat lebih cerdik, tidak semudah itu rakyat akan bermudah-mudah membenci kerajaan PN sekalipun ada perkara yang tidak disukai ekoran kelemahan PN. Namun usaha keras yang diberikan oleh kerajaan PN tetap secara faktanya adalah banyak dan cuba memenuhi semua lapisan.

Berbanding PH sekalipun lebih lama dari PN dalam memerintah namun keperitan dirasai rakyat sehingga kini. Terutama ditambah dengan liabiliti pada PH dengan adanya DAP di dalam komponennya. Dan belum lagi dengan imej liberal yang ada, pastinya memang akan ditolak oleh umat Islam yang berfikiran secara rasional.

▪️Naik Dan Berundur Tetap Memelihara Demokrasi

Kerajaan PN naik dengan pengesahan SD yang diterima oleh YDP Agong yang menunjukkan kelayakan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri atas majoriti dari ahli Parlimen PAS, UMNO dan PBBM secara asasnya serta dari parti parti lain.

Bukan dengan membelakangi demokrasi kerana jelas Perlembagaan memperuntukkan lantikan oleh YDP Agong atas hemat Baginda seorang calon yang dapat sokong majoriti. Ini ditegaskan menerusi prosedur yang diambil oleh YDP Agong setelah peletakkan jawatan PM ke-7 iaitu Tun Mahathir.

Dan peletakkan jawatan PM bersama kabinet pada semalam, 16 Ogos 2021 diperkenan oleh YDP Agong setelah PM tidak lagi dapat sokongan majoriti sebagaimana dakwaan ahli pembangkang dan ucapan dari PM sendiri sewaktu menyampaikan perutusan dalam mengajak kerjasama bipartisan kepada semua parti politik.

Jelas peletakkan jawatan itu sekalipun belum berlaku undian keabsahan di Parlimen yang dirancang awal pada September, membukti kerajaan PN bertindak secara bermaruah dengan mengambil kira prinsip demokrasi.

Berbeza dengan kerajaan PH terdahulu, jatuhnya PN kerana peletakkan jawatan PM ketika itu, Tun M yang dirasakan tidak mendapat kepercayaan ekoran desakan komponen PH ke atas beliau mengenai serahan kuasa kepada DSAI. PM sahaja yang mahu letak jawatan, adapun kabinet tidak menyatakan dan sedari mereka juga kehilangan jawatan menteri kerana terbubarnya kabinet.

▪️Sokongan Majoriti Kini Ke Arah Mana?

Pastinya yang
terbaik
bukan lagi mengembalikan kerajaan PH atau apa sahaja nama baru kerajaan nanti yang ada di dalamnya DAP terutamanya selain dari ahli Parlimen yang jelas pemikiran liberal.

Ini perlu diusahakan oleh asas kepada PN ini dari sudut kerjasama yang dijalinkan oleh PAS, UMNO dan PBBM. Sememangnya ada krisis kepercayaan dan bantahan antara satu sama lain, tetapi pastinya boleh berfikir satu kerjasama bersyarat dan bertempoh antara mereka bagi menghabiskan sesi pasca PRU 14 ini yang berbaki lebih kurang 21 bulan sahaja jika genap 5 tahun penuh.

Tidak kisah lah dijenamakan semula PN atau diubah kepada nama lain, tapi asasnya ialah :

1. Permuafakatan Melayu Islam
2. Sokongan bukan melayu dan non muslim yang tidak ekstrim
3. No DAP
4. Jangan menerima pemikiran yang jelas liberal

Siapa pun PM boleh dibincang secara muafakat sama ada nak pilih kalangan parti yang memiliki undi terbesar, atau calon yang bersih lagi berwatak baik atau sebagainya.

Mood rakyat terhadap kredebiliti kepimpinan kerajaan PN sebelum ni sebenarnya dah ok, hanya perlu ditambah baik dan dibaiki oleh kerajaan akan datang ialah pada :

1. Memperkasakan lagi fokus isu COVID-19 terutama dalam polemik isu kilang tidak tutup, polemik penguatkuasaan yang berlaku double standard dalam SOP dan beberapa lagi.

2. Dibersihkan dari imej ahli Parlimen yang lompat parti, kes mahkamah dan tidak dilihat aktif dalam pencapaian kerja sebelum ini.

3. Efektifkan lantikan jawatan posisi menteri tanpa perlu "kapasiti" yang terlalu besar tetapi kurang efektif atau dilihat "membazir".

▪️Nasi Sudah Jadi Bubur, Tapi Jangan Pilih Nasi Basi

Ya nasi sudah menjadi bubur. Namun jangan dibuang bubur itu, dimasak beras yang lain. Manfaatkan sahaja bubur itu, jika kurang rasa tambah perasa dan tambah apa sahaja yang boleh menaikkan selera. Walau struktur dah tidak sama tapi tetapi dari asal yang sama.

Itulah yang boleh diharapkan masa kini dari membuat jajaran baharu yang mengundang liabiliti DAP serta ahli Parlimen yang jelas pemikiran liberal ke dalam kerajaan baru. Cukup cukuplah 22 bulan terdahulu dengan isu yang begitu ketara dari sudut kesuciaan institusi Beraja, Perlembagaan, dan macam macam lagi.

Jika ada perubahan ketara pun, biarlah gelanggang PRU 15 nanti. Adapun sekarang ditambah suasana getir pandemik, bubur pun buburlah. Jangan pula ditanak nasi baru yang dah basi.

.

Disediakan oleh :
Ustaz Dr Muhamad Zuhaili bin Hj Saiman

Comments