e Book CORETAN NURANI SURAH AL-JUMUAH


 



e Book CORETAN NURANI SURAH AL-JUMUAH


eBook bersaiz A5 setebal 86 halaman keseluruhannya ini mengenai Surah al-Jumuah merupakan surah ke-62 daripada 114 surah yang terdapat di dalam al-Quran. Surah ini mengandungi sebanyak 11 ayat keseluruhannya. Surah al-Jumuah termasuk dalam kategori Surah Madaniyyah iaitu wahyu yang diturunkan selepas peristiwa Hijrah Rasul yang memberikan penekanan skop dan fokus kepada pensyariatan hukum hakam fiqh dan perundangan dalam Islam.

 

Dinamakan surah ini dengan al-Jumuah kerana peristiwa ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan khutbah, dan ada kehadiran rombongan jauh yang datang berdagang berdekatan. Akhirnya para sahabat keluar menuju ke rombongan tersebut dan hanya tinggal beberapa sahabat sahaja, lantas turun ayat 11 menegur tindakan tersebut.

 

Selain itu, surah ini mengajar berkenaan menyahut seruan solat Jumaat menjadi keutamaan berbanding dengan perniagaan yang sedang dijalankan. Mendidik manusia bagaimana memberikan penekanan soal akhirat adalah lebih utama.

 

Surah ini juga Allah merakamkan tempelak Allah ke atas golongan ahli Kitab yang mengetahui kebenaran di sisi Allah dan apa yang dibawakan oleh Rasulullah SAW namun mereka tidak mengikutinya malah menentang Baginda SAW.

 

Allah memberikan perumpaan ahli Kitab sedemikian seumpama keldai yang memikul timbunan kitab-kitab di atas badan. Walaupun bertimbun kitab-kitab namun tiada makna dan manfaat malah sia-sia kerana tidak mengikuti kebenaran yang diturunkan oleh Allah SWT menerusi wahyu yang diberikan kepada Rasulullah SAW.

 

Walaupun hanya 11 ayat, namun pengajaran sangat besar dan banyak untuk diterokai agar kita menjadi hamba Allah yang memperolehi kejayaan dunia dan akhirat.





Penulis : Dr Muhamad Zuhaili bin Saiman

no eISBN : 978-967-25684-9-0


Harga Asal : 12

Harga Promosi : 8



1. Preview buku dan lihat ISI KANDUNGAN di link berikut : https://drive.google.com/uc?export=download&id=1KlUDzwkzA7VVNbJOGtpzgYoAX6IuwPhc


2. Tempahan pembelian, boleh terus melalui link berikut : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd6u1i26zLKEDwVbFlPPe_dMju148vGcmwnmxzFZYqfHdHIDA/viewform?usp=sf_link


3. Setelah selesai tempahan atau sebarang persoalan, terus whatsapp di 0167200697 (Muhamad Zuhaili) atau tekan link berikut : http://www.wasap.my/60167200697/beliebook

Comments