Hasilkan Penyelidikan Yang Potensi Untuk Disiapkan



 Hasilkan Penyelidikan Yang Potensi Untuk Disiapkan


Teringat ketika bertemu dengan SV kedua, antara pesanan beliau ialah pastikan kajian kita ini potensi untuk disiapkan.

Saya tanya apa maksud potensi disiapkan itu?

Kata beliau yang saya ringkaskan seperti point di bawah :

1. Kajian sesuai dengan tahap PhD. Kajian kita bukan untuk ubah dasar dan polisi negara serta merta atau hendak dibentangkan di Dewan Rakyat untuk dibahaskan.
2. Jangan terlalu sulit untuk dapatkan maklumat kajian seperti ingin kaji sesuatu akta rahsia di sesebuh organisasi atau institusi. Memang tak dapatlah, sebab namanya akta yang rahsia.
3. Tajuk PhD bukan seperti geran projek penyelidikan yang dibiayai. Sesuaikan kemampuan kewangan ketika menjalankan PhD. Bagi geran projek penyelidikan ada dana yang dibiayai, lagi besar dana lagi besar output yang dimahukan beserta kemampuan itu dan ini boleh dijalankan berdasarkan dana pembiayaan yang ada.
4. Pastikan penyelidikan untuk siap bersesuaian tempoh keseluruhan 3 tahun. Sudah pasti ia tak sama kalau kita buat kajian seperti "National Geography" yang makan masa bertahun dalam sesuatu projek yang "rare".

Kata beliau lagi, ada pelajar bawah seliaannya sebelum ini yang "sangkut" kerana salah satu isi yang disebutkan tadi.

Ingat, PhD bukan segala-galanya dan juga kemuncak tertinggi. Ia hanya proses pembelajaran dalam tempoh tertentu dan juga objektif tertentu.

Saya kongsikan di sini, mana tahu anda yang mahu sambung belajar atau sedang sambung belajar boleh juga dapatkan manfaat bersama.

Kesimpulan :
1. Dapatkan nasihat dan bimbingan SV.
2. Sesuaikan sasaran dengan keupayaan.

Comments