Sambung PhD Mesti Jadi Pensyarah Ke?


Sambung PhD Mesti Jadi Pensyarah Ke?
Jika 20 tahun yang lalu, kebiasaannya begitu. Namun sekarang, pada saya mentaliti mesti diubah bersesuaian dengan cabaran dan bidang kerjaya yang semakin meluas.

Ditambah lagi dengan isu lambakan pengangguran graduasi universiti sekarang ini. Tidak terkecuali juga kalangan graduasi sijil falsafah kedoktoran.

Walaupun "mentaliti lama" iaitu sambung PhD untuk jadi pensyarah di IPTA / IPTS tapi sangat mencabar dan berlumba-lumba.

Saya lebih suka, pengiktirafan seseorang memperolehi sijil kedoktoran / PhD sebagai usaha berterusan negara meramaikan pakar dan meng "upgrade" kemahiran masyarakat secara menyeluruh.

Makna kata usah terlalu sempit hanya fokus kepada "bidang pekerjaan pensyarah" atau sekadar laluan melompat gred bagi kenaikan tingkatan gaji.

Selain fokus pekerjaan pensyarah, pemegang PhD mesti terus menerus berkhidmat dalam dunia perbincangan ilmu dan akademik sama ada menerusi ceramah, penulisan, hasil-hasil penemuan terbaru dan idea-idea yang bernas.

Pemegang PhD mesti terus bergelumang dalam dunia ini. Jika tidak, nilai pembelajaran skill dan pemikiran sistematik akan pudar.

Sebab itu PhD adalah tangga pertama untuk memasuki dunia penerokaan dan penyelidikan sekalipun ia sijil tertinggi dalam silibus akademik.

Dengan bidang kerjaya yang semakin meluas, ia boleh dimanfaatkan sama ada di institusi penyelidikan tertentu atau di industri-industri, tenaga pengajar yang pakar di mana-mana institusi akademik baik persendirian atau kerajaan, serta dalam kumpulan penulis-penulis yang menghasilkan karya bermutu tinggi.

Semua ini ruang yang boleh dimanfaatkan. Adapun bidang pekerjaan bergantung kepada minat, peluang dan rezeki yang ditentukan oleh Allah.

Sekarang pun, pensyarah bukan sekadar mengajar, menulis, menyelidik, menerbitkan artikel, menyelia pelajar malah para pensyarah juga berhempas pulas dalam bidang pengkeranian dan kepejabatan. Ia bukan semudah yang difikirkan.

Justeru, saya lebih suka mentaliti ia sebagai "benchmark" tahap intelek masyarakat bukan "sekadar" sijil untuk memohon pekerjaan tertentu semata-mata.

Bayangkan perbincangan di kedai kopi tarafnya bukan seperti perbincangan biasa-biasa tetapi ada idea yang bernas. Pengulas di media sosial juga bukan sekadar "troll" dan entah apa-apa, tapi setiap ayat mempunyai isi penting lagi bernas.

So, budayakan perbincangan ilmu. Dan mentaliti lama iaitu "sambung PhD mesti jadi pensyarah" mesti diubah. Banyak ruang lagi boleh diterokai jika memang kemahuan untuk menjadi pensyarah belum tercapai.

Jika tidak, maka budaya "viral", "trol" akan menguasai medan dalam kehidupan. Lihat sahaja, sikit-sikit masalah nak lakukan pembulian siber, troll bagi mahu mengejek dan menghina, buku yang terhasil pula himpunan kata-kata yang kurang mutu nilai thaqafahnya namun laris kerana ia dari seseorang artis berpengaruh semata-mata.

So, ambil peluang. Tidak kira sama ada anda terus menerus dari pengajian bachelor kemudian sarjana kemudian PhD atau mungkin juga anda setelah bekerja dan berkhidmat kemudian merancang cuti belajar atau sebagainya. Ikut keselesaan dan kemampuan semasa.


Comments

  1. Why casinos are rigged - Hertzaman - The Herald
    In septcasino.com the UK, casino goyangfc games are rigged and there is evidence 출장안마 of fraud, crime or disorder or 출장마사지 an individual's involvement. There are also many 바카라 사이트

    ReplyDelete

Post a Comment