Tiada idea atau tiada dapatan data?

TIADA IDEA ATAU TIADA DAPATAN DATA?

Biasa juga la dengar kan, bila ditanya kenapa tak mulakan lagi menulis, jawapan yang diberikan : "tiada idea".

Kalau penulisan novel atau bersifat penceritaan gaya bebas, mungkin boleh diterima.

Tapi kalau penulisan bersifat hasil analisis data, maka ia "kurang sesuai dijadikan alasan".

Ia lebih tepat, jawapannya ialah tiada dapatan data. Sebab tu susah hendak memulakan penulisan.

Bagi reka bentuk kajian kualitatif maka memerlukan dapatan data dari bahan-bahan bacaan, dokumen dan rekod temuramah atau apa sahaja yang berkaitan.

Jika reka bentuk kajian kuantitatif maka memerlukan dapatan data dari soal selidik, tinjauan atau apa sahaja berkaitan.

Isu penulisan tesis bukan kerana ada idea tetapi :

1. Dapatan data yang memadai
2. Mempunyai kerangka konseptual yang jelas.

Jika dua perkara di atas tiada, memang tidak akan dapat menulis.

Lebih-lebih lagi jika kita fokus kepada isu kontemporari maka bahan rujukan mesti berlegar semasa kurang dari 5 tahun, jika terlalu lama boleh jadi pertikaian.

So, dapatan data itu perkara, baru boleh menulis. Nak tulis sebulan ke, dua bulan ke, 3 bulan ke.. Tu semua kena ada dahulu dapatan data.

Jadi, ubah minda kita "bukan tiada idea" tapi kerana tiada dapatan data. Macam mana nak ada dapatan data?

Jawapannya : baca, baca dan baca seterusnya baca lagi.

Comments