Bila Tulis Tesis, Apa Yang Kita Perolehi?

 



Bila Tulis Tesis, Apa Yang Kita Perolehi?


Bila kita menulis tesis di peringkat PhD, ada kalanya semangat yang berkobar-kobar kita merasakan kita sedang menulis sesuatu yang mahu "mengubah polisi negara" secara mengejut.

Atau kita sedang melakukan sesuatu "pembaharuan yang sempurna" secara besar-besaran.

Semangat berkobar itu mesti namun jangan terheret dengan imaginasi yang tidak bertapak di atas realiti semasa.

Memang sewajarnya kita memastikan diri kita siap menulis tesis PhD dan dalam masa yang sama mendalami displin pembelajaran kaedah metodologi penyelidikan.

Namun tidak kurang juga ada yang selesaikan tesis PhD namun masih lagi bertapak sedikit demi sedikit untuk terus memahami kaedah metolodogi penyelidikan secara mendalam.

Sebab itu, jika ada yang mendakwa, "eleh buat tajuk A tapi komen pasal tajuk B" secara general sebenarnya pengkomen pun tidak faham apa tujuan penyediaan tesis bagi mendapatkan ijazah kedoktoran tersebut.

Memang tajuk A tetapi tajuk A itu adalah sampel pembuktian yang menunjukkan progres penyelidik tadi mengaplikasikan kaedah metodologi penyelidikan ke atas permasalahan kajian yang dipilih.

Mudah cerita macam orang kata mengenai ilmu alat laa.. Bila dapat ilmu alat ni, maka bila baca beberapa kitab lain pun insha Allah boleh kuasa kerana ilmu alat menjadi penghubung kepada perbahasan sesuatu.

Justeru biasanya ada dua kategori :

1. Selesai tesis PhD dengan menguasai topik perbincangan penyelidikan dan sama yang sama mampu mendalami kemahiran metodologi penyelidikan. Maka tajuk itu hanya sampel dalam pembuktian penguasaannya dalam kemahiran metolodgi penyelidikan.

2. Selesai PhD tesis dan lebih menumpukan pengisian perbincangan tajuk sahaja namun masih kurang dalam penguasaannya dalam kemahiran metolodogi penyelidikan.

Maka kita boleh nilai diri kita sendiri ketika proses PhD tersebut kekerapan perbincangan tesis kita ke arah yang mana? Sama ada kategori 1 atau 2?

.

Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments

  1. How to Get a NJ Casino Bonus - BBSJeon
    The online gambling industry has reached 룰렛 전략 a point in 모바일 바카라 recent 로투스바카라작업 times where NJ casinos 1xbet online have 벳 365 가상 축구 come in and out of bankruptcy. While the state saw a number of

    ReplyDelete

Post a Comment