Jangan tension² bila tulis PhD


 

Jangan tension² bila tulis PhD


Bila kita membaca perjalanan atau pengalaman seseorang yang sambung pengajian di peringkat PhD, kita akan dapat pelbagai cerita, memotivasikan, nasihat dan pengajaran.

Masakan tidak, di waktu kita mengambil PhD ialah kita bukan berada pada usia yang duit poket dari PaMa (papa dan mama) tetapi kita mencari sendiri / bekerja. Ditambah lagi, jika sudah bekeluarga maka komitmen dengan pasangan dan anak-anak.

Semuanya cabaran. Masa sangat padat. Kerja, pasangan, anak-anak dan urus rumah. Tu belum masuk lagi jika ada ujian yang di luar jangkaan seperti sakit, kematian ahli keluarga, apa yang ditulis terpadam sebab terlupa simpan dan macam-macam lagi.

Tapi ujian-ujian tersebut jangan pula melemahkan kita untuk sambung pengajian di peringkat PhD. Anggap ia hanya sebahagian proses dalam kehidupan. Nak tak nak, perjalanan mesti diteruskan. Kalau bukan ujian semasa sambung pengajian PhD, tetap akan ada ujian yang lain. Hidup itu kan ujian.

Jangan tension² menyiapkan PhD, kekal tenang dan yang paling penting terus gerak kehadapan. Bagaikan air yang tetap terus mengalir, cewwaaaah...

Bagaimana tak nak tension, saya kongsikan tips :

1. Aktif berhubung dengan Penyelia Utama dan Penyelia kedua untuk bertanya pandangan serta minta tunjuk ajar.

2. Dalam 7 hari, peruntukan 1 atau 2 hari untuk aktiviti selain PhD. Hidup ni bukan hanya PhD ya, so enjoy your life.

3. Tumpu dan fokus pada peruntukan tempoh masanya sahaja, jangan terlalu dan berlebihan. Contoh ambil waktu bekerja jam 8 pagi - 5 petang. Selepas tu, tutup laptop dan buku buat kerja lain.

4. Setiap kali selesai dan sempurna satu bab, bagi reward ke diri sendiri. Makan luar ke (itu pun kalau ada duit ler.. Hehe). Fuh..kalau 7 bab, 7 kali reward diri sendiri.. Haha...

5. Jangan skip program jemaah dan aktiviti masyarakat. Ini penting. Barakah akan hadir menerusi ini antara asbabnya. Hadir usrah dan join program jemaah. Ni tak, bila sambung belajar minta "cuti". Nanti dah 3-4 tahun "cuti belajar" jadi liat dan berkarat. So, jangan amalkan ini.

6. Satu lagi, kena selalu update isu berkaitan kita tulis sama ada menerusi seminar, persidangan, internet dan bahan bacaan. Supaya kita tidak dikejutkan dalam sidang viva yang boleh menyebabkan hampir-hampir sakit jantung.. Hehe..

Apa pun, setiap perkara pasti ada ujiannya tersendiri. Yang pasti Allah berikan ujian sesuai dengan kemampuan seseorang.

So, enjoy your PhD journey. Jangan tension² ya.

Comments