Fungsi dan Peranan Law & Policy Maker semasa Musibah



Fungsi dan Peranan Law & Policy Maker semasa Musibah


Fungsi dan peranan "Law & Policy Maker" saat ini paling penting ialah bagaimana untuk optimumkan bantuan dan mengkehadapankan penyelesaian yang tuntas yang tidak mampu dibuat oleh pihak NGO dan masyarakat ramai seperti :

1. Rundingan dengan syarikat² Takaful bagi kenderaan yang total loss.
2. Berhentikan kutipan tol di sepanjang laluan ke arah tempat banjir.
3. Panggilan syarikat-syarikat koperat untuk maksimakan bantuan dari cukai sebagai agihan semasa banjir dan pasca banjir dalam bentuk pampasan bencana.
4. Arahan kepada penyiaran media tv dan radio bagi diadakan munajat, istighathah dan doa.
5. Arahan ke semua atau kebanyakkan agensi kementerian dengan diberikan cuti bencana bergaji bagi yang terlibat sukarelawan.
6. Potongan gaji menteri-menteri dalam bentuk arahan bukan sukarela.

Dan lain-lain lagi. Tak salah law & policy maker turun padang untuk milleage politik dan teladan. Tetapi jangan sampai hilang fungsi tugasan sebagai law & policy maker. Perkara ini tidak boleh dibuat oleh NGO dan masyarakat umum melainkan hanya law & policy maker.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments