Bagaimana nak jangka untuk lulus Defense Research Proposal?

 


Bagaimana nak jangka untuk lulus Defense Research Proposal?


Defense Research Proposal (DRP) adalah satu penentuan bagi seseorang calon layak meneruskan cadangan penyelidikan yang dibuat atau tidak. Keputusan bagi DRP ni 4 sahaja :

1. Lulus tanpa sebarang pembetulan.
2. Lulus dengan minor correction.
3. Lulus dengan major correction.
4. Gagal (perlu buat proposal baru untuk bentang semula dalam DRP yang lain).

Jika dapat lulus minor correction pun sebenarnya dah begitu syukur dan lega apatah lagi jika lulus tanpa sebarang pembetulan.

Sebaliknya jika lulus dengan major correction ni ada tiga situasi sama ada :

1. Calon jadi lemah semangat sikit, dan perlu dimotivasikan oleh Penyelia (SV).
2. Calon bersikap positif dan gunakan tempoh pembetulan 3 - 6 bulan untuk belajar lagi research methodology bagi penambahbaikan.
3. Calon mula-mula positif namun lambat laun jadi hanyut semula. Ni juga masalah, SV kena pantau progress pembetulan dengan lebih cepat dan menepati masa.

Biasanya bagi melatih calon ke arah DRP, calon perlu melalui kolokium terlebih dahulu. Komen dan cadangan dari penilai itulah yang akan menjadi proposal lebih baik dan jangkaan boleh lulus. Namun yang penting ialah :

1. Progress calon mestilah on track dengan tarikh-tarikh kolokium atau DRP.
2. Minda yang positif untuk terus usahakan yang
terbaik
.
3. Kenalpasti apa yang perlu diperbaiki dari komen yang diterima.

Calon dalam mengemukakan proposal asasnya mestilah menunjukkan :

1. Proposal tersebut jelas apa yang hendak dikaji.
2. Hasil penyelidikan mempunyai nilai yang baik dan fungsi pada apa yang dikaji.
3. Berpotensi untuk ditamatkan sesuai dengan tahap penyelidikan.

Jika calon berjaya "memperlihatkan" proposalnya ini 3 perkara di atas, asasnya keputusan "lulus" boleh dijangkan, hanya beza sama ada tanpa pembetulan, minor correction atau major correction.

Kejayaan dalam menyambung pengajian ini adalah secara bertahap. Kejayaan paling asas ialah :

1. Dapat siapkan proposal.
2. Lulus dalam Defense Research Proposal.
3. Dapatkan siapkan bab per bab dalam tesis.
4. Dapatkan pengesahan SV untuk penghantaran tesis bagi tujuan viva.
5. Dapat tarikh viva.
6. Selesai viva.
7. Berjaya menyiapkan pembetulan (jika ada pembetulan) dan penghantaran tesis kulit keras.

Jadi, kita sudah mencapai kejayaan asas di tahap no berapa? Ok, susun perjalanan dalam menyambung penyelidikan.
.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments