Sambung Belajar, Nak Dapat Tajaan Mana?



Sambung Belajar, Nak Dapat Tajaan Mana?

Antara cabaran untuk sambung belajar ialah bebanan kewangan. Fasa pasca siswazah kita asasnya menanggung perbelanjaan sendiri apatah lagi yang telah bekeluarga dan memiliki anak.

Himpitan masa komitmen kerja dan tanggungjawab bersama komuniti sosial menjadikan bertambah cabaran untuk sambung belajar. Maka setiap diri perlu merancang sebelum sambung pengajian. Setiap orang tak sama kekuatan dan kelemahannya. So kita boleh dapatkan pandangan dan juga nasihat namun akhirnya kita yang perlu tentukan.

Kalau saya dulu, sewaktu master mendapat tajaan My Brain. Manakala sewaktu PhD pula mendapat tajaan Skim Zamalah Yayasan Canselor. Alhamdulillah, sangat membantu dari sudut kewangan dan boleh fokus pada pembelajaran dan penyelidikan.

Bagi kenalan yang nak sambung namun mencari peluang bantuan kewangan, elok lah dibuat tinjaun dulu :

1. Tajaan-tajaan mana-mana pihak atau institusi yang ada.

2. Bagi yang telah bekerja contohnya guru, boleh tengok jika ada peluang cuti bergaji penuh atau apa-apa skim yang ditawarkan. seperti di laman web e-Penawaran: https://epenawaran.moe.gov.my/

3. Cari alumni yang telah bekerja sebagai pensyarah (better yang dah 5 tahun dan ke atas) atau masuk group-group berkaitan pensyarah (jika dibuka umum), di dalamnya pasti ada iklan atau boleh bertanya mengenai GRA (Grant Research Asistant) atau RA, so boleh cuba usaha.

4. Ada juga cadangan, buat resume dan hantarkan ke emel pensyarah-pensyarah yang dalam bidang sama, mohon jika ada kekosongan tawaran bagi RA.

5. Jika yang telah memiliki Ijazah Sarjana, boleh usahakan mohon kerja pensyarah dulu, dan rancang pelan sambung ketika telah bekerja dengan keizinan Dekan atau pihak yang bertanggungjawab di Fakulti. Sampai masa ada permohonan pembiayaan dibuka untuk pensyarah yang sambung PhD.

6. Cari seseorang yang kaya mahu infaq harta mereka bagi tujuan fi sabilillah. Ini umum.

Ini antara cadangan umum, boleh juga riki cadangan-cadangan lain terutama cari betul tajaan dari mana-mana pihak kemudian usahakannya.
.
Muhamad Zuhaili bin Saiman.

 

Comments