Amalan-amalan Yang Berkait di Hari Raya Aidil Fitri


 

Amalan-amalan Yang Berkait di Hari Raya Aidil Fitri


A. Takbir Raya.

1. Bermula maghrib malam raya sehingga sebelum mendirikan solat sunat Aidil Fitri. Takbir raya terdapat dua kategori :

i. Takbir muqayyad iaitu selepas solat khususnya solat fardhu.
ii. Takbir mursal iaitu pada sepanjang masa ia disyariatkan. Sepanjang malam raya sehingga sebelum solat sunat raya didirikan.

2. Takbir raya menjadi zikir yang afdhal kerana ia terhad. Jadi biasanya jika selepas solat dahulukan bertakbir kemudian baru zikir yang lain serta doa.

3. Amalan bertakbir yang dilakukan oleh orang soleh terdahulu sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Rajab dalam kitabnya Lataif Ma'arif ialah di pasar-pasar, jalanan-jalanan dan di masa sahaja.

4. Di zaman kini, pengamalan takbir raya ke rumah-rumah adalah bagi menghidupkan malam raya dengan takbir. Begitu juga menerusi platform televisyen dan radio.

B. Ibadah Malam / Qiyamullail

1. Antara tanda istiqamah ialah seseorang tersebut mampu meneruskan amalan yang dilakukan sepanjang Ramadan antaranya qiyamullail.

2. Memelihara solat Isyak dan Subuh berjemaah. Kerana fadhilatnya jelas seumpama pahala mendirikan ibadah sepanjang malam

3. Bangkit berqiyamullail adalah tanda hati seseorang terus "hidup" di saat manusia lain ada yang "lalai" dengan keseronokan malah "mati" disebabkan keasyikan untuk sambut Raya dari sudut duniawi semata-mata.

C. Mandi Sunat

1. Disunatkan mandi sunat Aidil Fitri. Malah ia bagi memastikan wangian terutama apabila berhimpun secara ramai bagi mendirikan solat sunat secara berjemaah.

2. Bermula sunat mandi pada tengah malam, namun yang paling terbaik waktu paling hampir sebelum keluar ke himpunan solat Raya.

D. Memulakan pagi Raya dengan memakan terlebih dahulu sebelum keluar solat Raya.

1. Antaranya hikmahnya bagi membezakan hari Raya dengan hari puasa sebelumnya.

2. Memadai dengan makanan ringan bagi tujuan menandakan ia bukan hari berpuasa.

E. Solat Sunat Aidil Fitri

1. Disunatkan secara berjemaah. Sebanyak 2 rakaat kemudian disusuli dengan 2 khutbah.

2. Solat sunat Aidil Fitri tetap sah sekalipun tidak mendengar khutbah selepas dari itu. Namun afdhalnya ialah turut serta mendengar dengan khusyuk sebagaimana sunnah yang ditunjukkan.

3. Kaifiyat solat sunat Raya ialah dengan 7 kali takbir pada rakaat pertama dan 5 takbir pada rakaat kedua. Setiap takbir diselangi sekadar tasbih.

4. Selepas solat Aidil Fitri tiada lagi takbir raya. Berbeza dengan Aidil Adha kerana waktu takbir Aidil Adha lebih panjang sehingga sebelum maghrib hari ke 3 tasyriq iaitu 13 Zulhijjah.

5. Para wanita yang tidak solat kerana uzur juga digalakkan hadir sama namun mesti menjaga adab seperti :

i. Tidak menetapkan di dalam dewan solat masjid jika solat didirikan di masjid.
ii. Tidak mengganggu fokus orang yang solat dengan bersembang dengan mereka.

F. Bersedekah

1. Antara hikmah kenapa perjalanan pergi dan balik yang berbeza dari tempat himpunan solat Raya ialah berjumpa dengan orang yang berbeza dan membantu orang miskin.

2. Utamanya di hari Raya ialah memberi keutamaan menggembirakan kalangan faqir miskin. Asasnya dengan zakat fitrah. Bagi yang telah melunaskan zakat fitrah menerusi amil, tambah lagi menerusi sedekah secara terus ke faqir muskin.

3. Selain itu, boleh juga dengan pemberian yang dinamakan "duit raya" bagi menzahirkan :

i. Kegembiraan menyambut raya.
ii. Latih diri konsisten ibadah sedekah yang dilakukan sepanjang Ramadan.

D. Ziarah Kubur

1. Tiada masalah ziarah kubur kerana ukum asal ziarah kubur ialah digalakkan bagi memperingati kematian dan membawa keinsafan.

2. Menziarahi kubur pagi raya juga asasnya tiada larangan. Malah biasanya ziarah kubur ahli keluarga pagi raya kerana beberapa faktor :

i. Waktu berhimpun ahli keluarga yang ramai.
ii. Memperingati kenangan bersama ahli keluarga yang telah meninggal dunia di saat yang masih hidup bergembira dengan raya.
iii. Peluang cuti dan pulang ke kampung.

3. Namun, ada juga saranan seperti dari Dar Ifta Mesir agar ziarah kubur di pagi Raya dengan syarat pastikan tidak menyebabkan kesedihan yang menghilangkan suasana asal beraya iaitu bergembira.

4. Sedih secara fitrah adalah biasa, selagi mana tidak menghilangkan kegiatan berhari raya, maka tidaklah dihalang.

E. Ziarah Menziarahi Dan Hubung Silaturrahim

1. Disunatkan pada hari Raya ialah ziarah dan menhubungkan silaturrahim sama ada kaum kerabat, kejiranan, jiran dan umat Islam umumnya.

2. Namun dalam berziarah jagalah adab seperti :

i. Minta izin dan beri salam sebelum datang dan masuk ke rumah.
ii. Tidak menyusahkan tuan rumah.
iii. Tidak "skodeng" bahagian dalam rumah yang tidak diizinkan.
iv. Berpakaian yang menutupi aurat dan bersesuaian.
v. Elakkan bercakap perkara yang tidak elok seperti membanding-banding itu dan ini, mengutuk fizikal dan lain-lain.

F. Ucapan Tahniah dan Doa

1. Bermula dengan masuknya raya, dianjurkan mengucapkan tahniah sebagai tanda gembira.

2. Selain itu, antara teladan orang soleh jika berjumpa sesama mereka, saling mendoakan agar amalan sepanjang Ramadan diterima oleh Allah. Antara lafaznya :

تقبل الله منا ومنكم

G. Bergambar dan Jaga Batasan Mahram

1. Di zaman ini, bergambar sebagai salah satu bentuk menzahirkan kegembiraan dalam merakamkan kenangan.

2. Pastikan bergambar dengan :
i. Pemakaian tutup aurat dengan sempurna.
ii. Jaga kedudukan agar tidak berlaku percampuran yang tidak syar'i.
iii. Jaga syaksiah dari sudut mimik muka yang sesuai dengan syakhsiah muslim dan muslimah.

3. Antara perlu diberikan perhatian juga ialah elakkan bersalaman yang bukan mahram. Antara yang perlu diperbaiki dengan tidak bersalaman kerana mereka bukan mahram kita ialah :

i. Sepupu.
ii. Pakcik / makcik yang bukan adik beradik ibu / ayah
iii. Kenalan rapat berbeza jantina yang bukan mahram.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments