Bersalaman di Hari Raya


Bersalaman di Hari Raya


1. Bersalaman secara umumnya ialah perkara yang baik kerana mengeratkan hubungan dan menghilangkan sifat negatif sesama ummah.

2. Namun ada batasnya di mana bersalaman berlainan jantina adalah tertakluk kepada siapa mahram kita dan siapa yang bukan.

3. Mahram ialah mereka yang kita haram kahwini mereka oleh syarak. Maka tidak mengapa bersalaman selagi tidak wujud syahwat rangsangan.

4. Bukan mahram pula ialah mereka yang boleh dikahwini, maka mereka ini elakkan bersalaman.

5. Tidak bersalaman dengan mereka yang bukan mahram bukan bermakna sombong tetapi untuk menjaga batasan dan elak fitnah. Malah kita mengikut teladan Rasulullah SAW di mana Baginda SAW tidak bersalaman dengan wanita sewaktu baiah.

6. Jika tidak bersalaman, tetap boleh menghormati dengan kaedah yang tidak bersentuhan mengikut isyarat adat yang difahami seperti sekadar senyuman dan sedikit angguk. Atau meletakkan tangan di dada tanda hormati menghormati.

7. Biasa yang terkeliru adalah kalangan sepupu serta pakcik / makcik yang bukan adik beradik ibu / ayah kita. Ingat mereka bukan mahram kita.

8. Apatah lagi jika kenalan (berbeza jantina). Jangan sampai bertepuk, bergelak sakan dan apa-apa berlebihan dari batasan sosial. Jagalah penampilan dan syaksiah sebagai muslim dan muslimah.

9. Semaikan jalinan dan hubungan kemesraan di hari raya dengan panduan syarak dan suluhan ilmu. Kita raya dengan ketaqwaan.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments