Dakwah di Kelab Malam?


 

Dakwah di Kelab Malam?


1. Dakwah merupakan satu usaha yang mulia kerana mengajak manusia ke jalan Allah. Dakwah tidak hanya terhad di masjid atau surau sahaja, malah di mana sahaja yang ada kelompok manusia ynag perlu di dakwah sama ada secara fizikal dan juga dalam talian (online).

2. Namun jangan pula berlapikkan atas nama dakwah, menjadikan segala-galanya halal. Matlmat tidak menghalalkam cara. Yang akhirnya displin dalam dakwah dilanggar.

3. Kelab malam sedia maklum merupakan tempat yang lalai bahkan salah di sisi syarak dengan penyediaan hiburan melampau di samping perkara haram yang lain seperti minuman keras, pergaulan lelaki perempuan tanpa batas serta beberapa maksiat yang lain. Sama ada ia dijalankan atas permit atau tidak.

4. Kelab malam adalah lebih khusus berbanding dengan perkataan tempat hiburan. Ini kerana kelab malam adalah sesuatu yang sememangnya menawarkan aktiviti yang tetap diharamkan di sisi agama. Manakala tempat hiburan adalah lebih umum, dan merujuk kepada jenis aktiviti hiburan bagi ditentukan hukumnya.

5. Berdakwah kepada pelaku maksiat adalah berbeza dengan berada di dalam tempat maksiat yang jelas mendapat kemurkaan Allah. Malah terdapat tegahan dari Rasulullah SAW untuk bersuka-suka berada di tempat yang diturunkan kemurkaan Allah. Abdullah bin Umar ra yang telah berkata: “Rasulullah SAW ketika berada di Hijr (daerah kaum Thamud), maka baginda pernah bersabda:

لا تدخلوا على هؤلاء القوم المعذبين إلا أن تكونوا باكين فإن لم تكونوا باكين فلا تدخلوا عليهم أن يصيبكم مثل ما أصابهم

Maksudnya :
“Janganlah kalian masuk ke tempat orang-orang yang diseksa itu kecuali jika kalian dalam keadaan menangis. Jika tidak dapat menangis, maka janganlah kalian memasukinya, dikhuwatirkan kalian tertimpa seperti apa yang telah menimpa mereka.” - riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad

6. Amat malang lagi, jika "beralasan dakwah" seseorang pendakwah masuk dengan imej yang dipengaruhi bukan mempengaruhi. Malah lebih teruk lagi, menyertai perkara demikian. Ini termasuk dalam perkara menyerupai yang diharamkan oleh syarak.

Ibn Umar radiallahu anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” - riiwayat Abu Daud dan Ahmad

7. Berkenaan video yang tular, saya tidak mahu respon suspek individu terbabit. Kesahihan perlu diteliti dan diperhalusi. Perkara boleh dibuat penjelasan, tidak perlu kepada polemik berpanjangan.

8. Jangan pula sikit-sikit jadi isu "mewahabikan" pihak lawan. Boring!

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments