Duit Raya
1. Pemberian duit raya ini hukum asalnya ialah harus. Pemberi niatkan sedekah supaya dapat pahala.
2. Membudayakan pemberian duit raya ini pada satu sudut hikmahnya ialah :
i. Menggembirakan kanak-kanak khususnya.
ii. Memaknai kegembiraan Syawal dengan menggembirakan penerima duit raya.
iii. Konsisten latih diri bersedekah selepas rutin dalam Ramadan.
iv. Juga ada kala kerana ingin membantu mereka yang belum bekerja.
3. Namun jangan jadikan pemberian duit raya sebagai bebanan ekonomi apatah lagi membebankan orang lain seperti tidak bayar hutang. Sedangkan bayar hutang adalah wajib. Melainkan hutang komitmen yang ada masa jadual pembayaran.
4. Jangan pula beri duit raya kerana tidak mahu malu. Lari niat. Beri sekadar kemampuan. Jika tidak mampu, tidak mengapa. Tidak perlu berlumba, siapa paling banyak memberi kerana nak menunjuk-nunjuk.
5. Bagi ibu bapa, didik anak supaya beradab iaitu :
i. Jangan meminta-minta duit raya.
ii. Jangan buka sampul duit raya di hadapan pemberi duit raya.
iii. Jangan memperlekeh amaun duit raya yang diterima.
iv. Jangan buang sampul duit raya merata-rata.
v. Ucapkan terima kasih kepada pemberi duit raya.
6. Ibu bapa juga dinasihatkan untuk kawal dan bimbing anak-anak agar simpan dan uruskan duit raya yang terkumpul dengan betul agar tidak dibelanjakan ke arah yang tidak baik.
7. Duit raya boleh diberikan kepada sesiapa sahaja termasuk mereka yang bawah yang tanggungan nafkah kerana ia bukan zakat.
8. Pemberian duit raya di bulan Ramadan mendapat pahala gandaan di bulan Ramadan. Namun tidaklah menjadi kesalahan pemberian duit raya di bulan Syawal kerana mahu menggembirakan orang.
.
Muhamad Zuhaili bin Saiman
Comments
Post a Comment