Shopping Raya : Kerjasama Suami Dengan Isteri

 



Shopping Raya : Kerjasama Suami Dengan Isteri


1. Shopping raya ialah salah satu cara suami melayani isteri dalam perkara makruf. Malah nafkah suami membelikan baju baharu bagi isteri ialah asasnya 2 helai setahun. Jika lebih maka ia sunat dan ihsan.

2. Menjadi keutamaan untuk lelaki yang memandu kenderaan terutama kereta apabila pergi ke tempat shopping kerana hikmahnya :

i. Jika sesak, tiada parkir, maka isteri boleh turun membeli, manakala suami uruskan pencarian tempat parkir jika ada, jika tetap tiada, suami boleh berada di tepi jalan dan mengambil isteri apabila telah siap membeli belah.

ii. Semasa dalam perjalanan, suami boleh fokus memandu manakala isteri boleh fokus senarai barang pembelian.

3. Suami perlu memahami bahawa pertanyaan isteri ketika memilih barangan bukanlah pertanyaan secara hakikat, ia bersifat soalan. Beza pertanyaan dan soalan ialah :

i. Pertanyaan memerlukan jawapan kerana penanya tidak tahu. Seperti kaunter pertanyaan.

ii. Soalan pula ialah untuk menguji kerana pemberi soalan sudah memiliki set jawapan malah rubriks pemarkahan. Seperti soalan peperiksaan.

4. Suami perlu menyedari had kemampuan diri sendiri kerana bagi seorang isteri, suaminya adalah sempurna. Jika suami tidak meletakkan had kemampuan, maka jangan salahkan isteri berbelanja lebih dari had kemampuan suami. Sebab itu, apabila suami memberikan duit berbelanja berikan berdasarkan tahap kemampuan seperti rm300 maka dimaklumi hadnya ialah rm300, jadi isteri akan berbelanja paling maksima rm299. Begitu juga jika memberikan kad kredit atau debit, pastikan telah ditetapkan had limit.

5. Suami tidak perlu bersusah payah memilih, tetapi perlu bersetuju dengan cadangan isteri. Kerana isteri akan bertanya hanya untuk mendapatkan "iya" ke atas cadangannya. Sebab itu waktu membeli, suami carilah tempat kerusi, itu sudah memadai.

6. Antara pantang larang ketika suami berjalan bersama menemani isteri berbelanja ialah :

i. Jangan menguap. Seolah-olah menunjukkan bosan.
ii. Jangan kata penat. Seolah-olah suami tidak menikmati kegembiraan berjalan bersama.
iii. Jangan duduk depan untuk pandu isteri. Biasanya isteri yang tahu selok belok dalam kedai.
Cukuplah dahulu untuk yang ini.
*gambar sekadar hiasan.
😁

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments