11 Sept 2021 - Al-Fatihah Buat Prof Madya Dr Mohd Adib Ismail


 

11 Sept 2021 - Al-Fatihah Buat Prof Madya Dr Mohd Adib Ismail

Pagi hari ini mendapat berita dukacita pemergian Prof Madya Dr Mohd Adib Ismail. Sempat satu semester sewaktu menyambung pengajian peringkat Sarjana di UKM tahun 2013 tak silap, mengambil curahan ilmu daripada beliau. Subjek Ekonomi Islam.

Teringat lagi, minggu pertama, belasan pelajar yang daftar, namun minggu kedua sehingga akhir semestar hanya 3 orang sahaja, 2 lelaki dan 1 perempuan. Yela, subjek ekonomi Islam tidak sama perbahasannya dengan subjek kewangan Islam. Kena struggle lebih belajar, mungkin itu yang menjadikan hanya kekal 3 orang sahaja, berbaki memilih subjek lain pula, lebih kepada subjek undang-undang keluarga Islam.

Beliau sangat ceria dan penyampaian olehnya sangat begitu mudah untuk difahami. Alhamdulillah, kami bertiga dapat keputusan A dalam subjek beliau tersebut. Apabila telah memasuki semester menulis tesis sarjana, menyertai beberapa persidangan dan seminar sebagai pembentang, ada sekali terserempak dengan beliau dan disapa dengan soalan : buat tesis tajuk apa?

Aku jawab : mengenai helah riba dalam urusniaga jualan bertangguh emas fizikal.

Beliau senyum dan memberikan semangat untuk menyiapkan tesis sambil berkata : oo.. Menarik, current issue.

Hanya seketika pernah bersua dan berpeluang menimba ilmu dari beliau. Semoga Allah mengampuni beliau dan ditempatkan kalangan orang soleh di sisi Allah.

Al Fatihah.
اللهم غفر له وارحمه وعافه واعف عنه

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments