Al-Imam Al-Akbar Syeikh Dr Muhammad al-Fahham, Syeikhul Azhar Yang Dituduh Murtad, Anuti Kristian

 



Al-Imam Al-Akbar Syeikh Dr Muhammad al-Fahham, Syeikhul Azhar Yang Dituduh Murtad, Anuti Kristian


Hari ni meluangkan masa membaca beberapa artikel dan penulisan serta melihat beberapa video berkaitan dengan sejarah Syeikh dr Muhamma al-Fahham. Beliau merupakan Syeikhul Azhar yang ke-45 menggantikan Syeikh Hasan Ma'mun.

Beliau dilantik menjadi Syeikhul Azhar pada 17 September 1963 dan kemudiaan meletakkan jawatan pada Mac 1973 atas faktor usia dan kesihatan. Beliau menjadi Syeikhul Azhar di zaman pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasir.

Tarikh lahir beliau terdapat perbezaan, ada yang menyatakan 18 September 1894, dan ada yang menyatakan 13 Jun 1903. Yang tersebar di wikipedia ialaj 18 September. Namun yang dipilih oleh antaranya Dar Ifta Mesir ialah 13 Jun.

Dilahirkan di Iskandariah dan mendapat didikan agama sejak kecil di maahad di Iskandariah. Malah sejak kecil telah menghafaz al-Quran. Beliau juga dikenali dengan seorang yang sangat pintar sejak kecil. Meneruskan pengajian dalam sistem azhari sehingga graduasi dengan cemerlang tahun 1922.

Kemudian beliau memilih untuk terlibat dalam perniagaan. Berdasarkan bacaan antara sebabnya ialah beliau tidak minat terikat dengan kerja kerajaan. Namun kawan-kawan beliau menasihati beliau untuk kembali ke dunia ilmiah dan akademika atas kepintaran dan kecerdasan minda yang dimiliki sejak awal lagi.

Beliau kemudian menjadi guru sukan setelah lulus dalam ujian pada tahun 1926. Dan pada tahun sama pada bulan Oktober, dilantik untuk mengajar di Iskandariah sehingga beliau dipindahkan ke kuliah Syariah pada 1935 untuk mengajar ilmu mantik.

Pada tahun 1936 beliau ditemani isteri dan anak-anak ke Perancis bagi tujuan menyambung pengajian. Di sana beliau memperolehi diploma dari Alliance Francaise School di Paris pada tahun 1936. Beliau juga memperoleh diploma dari School of Living Oriental Languages ​​​​dalam kesusasteraan Arab pada tahun 1941, dan dalam pada tahun yang sama beliau memperoleh satu lagi diploma dalam dialek Lubnan dan Syria, dan diploma untuk kelayakan pengajaran bahasa Perancis dari Fakulti Sastera Universiti Purdue.

Beliau memperolehi PhD pada tahun 1946 dengan tajuk kajian إعداد معجم عربي فرنسي للمصطلحات العربية في علمي النحو والصرف".

Pulang dari Perancis, beliau mengajar di kuliah Syariah kemudian kuliah Bahasa dengan subjek perbandingan sastera serta nahu dam sorof. Beliau dilantik menjadi Dekan Kuliah Bahasa Arab pada tahun 1952 sehingga sampai tempoh pencen. Kemudian mendapat lanjutan dalam perkhidmatan sehingga tambahan 3 bulan untuk terus berkhidmat. Dan tamat perkhidmatan pada 1960.

Beliau juga kerap ke antarabangsa dalam berkongsi ilmu dengan mewakili pihak al-Azhar dalam bidang beliau seperti ke Nigeria, Mautitania, Saudi, Jazair, Indonesia dan lain-lain.

Pada 17 Sept 1969, dilantik menjadi Syeikhul Azhar. Zaman beliau ketika itu berhadapan dengan gerakan kristianisasi yang kuat sehingga mempengaruhi minda masyarakat Mesir. Beliau menggerakkan usaha melawan dakwah kristianisasi ni dan menggerakkan usaha penyatuan kalangan rakyat Mesir antara kalangan muslim dan penganut kristian bagi membina keharmonian senagai rakyat Mesir.

Beliau menjawab kembali penyelewengan buku kristianisasi yang merosakkan akidah umat Islam yang membawa kekeliruan antaranya :

i. Agama Islam adalah kesinambungan dari agama Kristian.
ii. Islam datang membenarkan konsep ketuhanan dalam kristian.

Jasa besar beliau semasa menjadi Syeikhul Azhar ialah benteng umat Islam dari penyelewengan gerakan kristianisasi dan menjadi penyeru kesatuan hidup harmoni kalangan rakyat Mesir sekalupun berbeza agama.

Apabila beliau meletakkan jawatan, maka tersebarlah bahawa peletakkannya itu kerana beliau sudah keluar dari Islam dan menganut kristian kerana dalam isu membawa anaknya yang sakit berubat di salah sebuah hospital di Perancis. Di situ ada insiden yang menyebabkan beliau anuti kristian.

Dan dakwaan Presiden Mesir menyuruh beliau beserta ahli keluarga keluar dari Mesir dan jangan pulang untuk jaga imej beliau yang merupakan bekas syeikhul azhar namun anuti kristian.

Walhal dakwaan di atas semuanya adalah rekaan, tidak benar. Sedang beliau meletakkan jawatan kerana faktor usia dan kesihatan. Dakwaan tersebut datang dari luar yang cuba nak mematikan karakter beliau.

Beliau malah dipilih sebagai anggota Majma' Bahasa Arab pada 1972 sehingga beliau meninggal dunia. Beliau meninggal dunia pada 30 Ogos 1980 di Iskandariah dan dikebumikan di sana.

Selepas peletakkan jawatan, jawatan Syeikhul Azhar diisi oleh al-Imam al-Akbar Syeikh Dr Abdul Halim Mahmud sehingga tahun 1978.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments