Ikatan suami-isteri bukan dibina atas saling menuntut (hak masing²) tetapi ia dibina atas kasih sayang dan saling bantu membantu. "Syeikhul Azhar"
Ulasan :
1. Setiap pasangan perlu memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab serta kewajipan masing-masing.
2. Keretakan rumah tangga memberikan kesan negatif kepada emosi, psikologi yang tidak hanya kepada pasangan suami isteri malah kepada anak-anak.
3. Kehidupan rumah tangga memerlukan ikatan atas kasih sayang dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Kita bukan menuntut kesempurnaan pasangan kita tetapi kitalah yang menyempurnakan pasangan hidup kita.
4. Layanan isteri kepada suami dan membesarkan anak-anak adalah syarat asas, dan begitu juga tanggungjawab suami keluar rumah (mencari nafkah) adalah tanggungjawab yang perlu dilunaskan.
5. Keruntuhan institusi rumah tangga adalah antara faktor berlakunya kerosakan generasi muda. Anak-anak yang membesar dalam suasana yang tegang akan mempengaruhi sikap anak-anak menjadi liar mencari tempat "teduhan" luar rumah tanpa saringan kepada siapa mereka berpaut.
6. Suburkan kasih sayang antara suami isteri. Al-Quran memerintahkan untuk berlaku baik dengan isteri.
7. Rasulullah SAW juga menunjukkan indikator orang yang terbaik adalah mereka yang berlaku baik kepada ahli keluarga mereka sendiri.
8. Ingat kembali akad nikah, ia bukan kecil, kerana dengan akad nikah itulah hubungan kelamin menjadi halal, sedangkan tanpanya kaedah asal ialah hukum asal bagi kemaluan wanita adalah haram (diharamkan hubungan kelamin yang bukan suami isteri).
9. Jika kenapa berlaku kes pergaduhan suami isteri? Banyak faktor, namun apa pun asas utama ialah kedua-dua perlu muhasabah kembali kepada agama. Semaikan kecintaan dengan kefahaman agama yang sahih.
10. Insha Allah rumah tangga yang diimpinkan sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran iaitu mawaddah (berkasih sayang) dan rahmah (belas ihsan).
.
Muhamad Zuhaili bin Saiman
Comments
Post a Comment