Keluarga Malaysia Teguh Bersama

 



Keluarga Malaysia Teguh Bersama


▪️
Keharmonian Masyarakat Bertunjangkan Prinsip Rukun Negara

Prinsip rukun negara membawa kepada kata kunci keharmonian masyarakat dalam Malaysia yang mempunyai latar belakang kaum serta etnik. Menjadi cabaran negara Malaysia untuk membentuk. Keharmonian dan mengekalkan keharmonian yang dikecapi.

Rukun negara yang dibina berasaskan aspek realiti dan pasak yang menyatukan. Bermula dengan kepercayaan kepada Tuhan yang dapat difahami bahawa negara Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat menganut agama yang berbeza. Majoriti beragama Islam malah Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Di samping itu, memberikan kebebasan penganut agama selain Islam mengamalkan kepercayaan dan amalan mereka.

Sekaligus, menolak kepercayaan yang tidak mempercayai tuhan iaitu athies serta ideologi seperti komunisme. Ia jelas apabila kepercayaan athies dan ideologi ini membawa kepada ketidakharmonian. Mereka yang tidak boleh ikut kata Tuhan maka lebih lagi la kalau hendak ikut kata manusia. Kalau undang-undang Tuhan pun mereka lawan, maka lebih lagi la undang-undang manusia. Di situ kata kuncinya.

▪️
Malaysia Berakar Umbi Asasnya Melayu

Pembentukan Malaysia adalah dengan gabungan dari Peesekutuan Tanah Melayu bersama Sabah, Sarawak dan Singapura pada 1963 dan kemudiaannya Singapura keluar pada tahun 1965. Sekalipun kalimah Malaysia, perkataan "Malay" itu sendiri merujuk kepada Melayu yang merupakan asas dan imej negara di samping mengekalkan bersama hak istimewa bumiputera dari Sabah dan Sarawak.

Jika membangunkan negara Malaysia dengan menghakis identiti Melayu itu adalah agenda jahat yang cuba menafikan sejarah Tanah Melayu serta asas pembentukan kepada negara Malaysia itu sendiri. Sebab itu, Melayu adalah kaum dan juga imej negara di peringkat nasional.

Sekalipun penerimaan kaum selain Melayu sebelum kemerdekaan dan menjadi syarat mereka sebagai warganegara dengan kemerdekaan yang diperolehi, namun ia tidak boleh menjadikan negara Malaysia ini tanpa imej Melayu. Sebab itu agenda Malaysia Malaysian yang mempunyai agenda sulit menafikan hak istimewa Melayu adalah tidak boleh diterima sama sekali.

Malah keadilan sama rata yang didakwa adalah penipuan sahaja kerana mereka hanya mahukan hak lebih sedangkan realitinya peratusan nisbah kaum tidak sama. Di sinilah jarum halus atas perkataan yang baik seperti "toleransi", "hak sama rata" dan pelbagai lagi sedangkan tujuannya jahat.

Sebab itu, apa jua agenda yang merobe sesuatu yang termaktub dalam Perlembagaan mesti ditolak dan ditentang bersama demi keharmonian dan kesejahteraan bersama di peringkat sosial mahupun nasional.

▪️
Cabaran Meletakkan Ketinggian Agenda Islam

Benar, agenda penyatuan itu penting. Namun penyatuan atas kepentingan selain Islam tidak akan bertahan lama. Kepentingan selain Islam, ia rapuh. Sedangkan agenda Islam adalah agenda Persekutuan selaras dengan imej negara.

Sekalipun tidak tertulis "rasmi" pada Perkara 3 dalam Perlembagaan Negara, namun ia tidak boleh memadamkan hakikat apabila Melayu ia mesti ditafsirkan bersama dengan Islam. Melayu ialah penganut Islam bagi tafsiran dalam negara ini. Ia hakikat menerusi tafsiran Perlembagaan, sejarah dan imej dahulu sehingga kini.

Usah jadikan agenda penyatuan namun agenda Islam terabai. Toleransi menjadikan hak hak berkaitan agenda dan kepentingan melibatkan Melayu dan Islam terhakis. Rakyat Melayu Islam jangan ada yang liberal sehingga malu nak mengangkat agenda Islam. Non muslim pula jangan ekstrim sehingga apa sahaja berkaitan Islam mereka mahu ganggu sekalipun ia tidak ada kaitan dengan hak melayu.

▪️
Teguh Bersama

Mahu teguh bersama biar pastikan atas paksi dan dasar yang teguh. Teguh bersama dengan :

i. Mengamalkan Rukun Negara.
ii. Menghormati dan memelihara sejarah asal pembentukan Malaysia.
iii. Menunaikan tanggungjawab selaku rakyat Malaysia dengan semangat etnisiti bukannya memainkan sentimen etnik masing-masing.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments