MASALAH AWAL & CADANGAN SOLUSI


 


Masalah awal dihadapi oleh mereka yang mahu sambung pengajian pasca siswazah (ijazah sarjana / ijazah falsafah kedoktoran) & cadangan solusi.

1. Menulis tak menepati metodologi penyelidikan.


Masalah ini selalunya dihadapi oleh graduan sarjana muda darinya universiti Timur Tengah. Selalunya, bukan semua. Ini kerana perbezaan subjek antara universiti yang berlainan orientasi pendidikan.

Biasanya yang tiada asas dalam kaedah penyelidikan ini atau subjek melibatkan metodologi penyelidikan, akan diwajibkan mengikuti kelas subjek ini.

Bagi graduan IPT di Malaysia, mereka telah didedahkan pada dua semester terakhir dan telah dipraktikkan sejak awal dengan kerja kurus serta penulisan ilmiah pada semester terakhir. Namun perlu digilap juga kerana tidak semua yang faham. Tapi setidaknya kelebihan mereka telah mendapat pendedahan awal dan dibiasakan.

Bagi yang memang berazam nak sambung, pastikan memahami subjek ini sama ada menerusi kelas percuma atau berbayar. Atau boleh je cari di youtube yang ada rakaman serta baca info-info sebagai makluman awal.

Dalam penyelidikan kena pastikan :

i. Kaedah penyelidikan tepat.
ii. Gaya penulisan mengikuti skema.
iii. Isi perbincangan yang sesuai dengan tahap sama ada sarjana atau PhD.
iv. Hasil kajian yang membuktikan kita layak bergelar dengan ijazah sarjana atau PhD yang diceburi.

2. Tidak pernah membaca tesis atau jurnal akademik.


Untuk menulis tesis, pelajar atau pengkaji perlu biasakan membaca tesis atau jurnal. Ia bertujuan :

i. Membiasakan corak dalam penulisan. Ayat yang digunapakai serta memahami selok belok cara penulisan.
ii. Tajuk penyelidikan kita tidak "ketinggalan" dari kajian lepas. Kadang kala kita rasakan ia "baharu" sedangkan ia telah dijawab oleh kajian lepas. Ia berlaku sebab kita tidak membaca tesis atau jurnal akademik.

Bila membaca tesis atau jurnal, kita jangan sekadar ambil tahu tetapi kena juga dalam minda memahami :

i. Apa variable dalam kajian ini?
ii. Apa reka bentuk kajian yang digunapakai?
iii. Bagaimana data diperolehi dan dianalisis?
iv. Apa "gap" kajian ini yang boleh kita sambung?

Tesis susah nak dapat dalam versi online, tetapi jurnal mudah. Untuk tesis yang payah diperolehi tu, kena ke perpustakaan universiti tersebut. Itupun tak semua boleh dibawa keluar, hanya untuk dibaca dalam perpustakaan itu sahaja. Usahakanlah macam mana sekalipun.

3. Pastikan sumber kewangan mencukupi.


Ini juga perkara penting. Biasanya bila yang sambung pasca siswazah ni, adalah mereka yang sudah mencari duit sendiri bukan lagi tajaan PaMa. Malah ada yang telah bekeluarga, jadi tanggungannya lebih besar.

Buat kiraan dan perancangan dulu. Biar dapat habis ikut masa, jangan lanjut tidak berkesudahan. Masa dah banyak guna, belanja pun semakin bertambah.

Bagi yang tahu sumber tajaan, boleh usahakan.

Ini realiti. Buat tinjauan dan pemerhatian di tempat yang kita hendak sambung dan berapa jumlah bayaran agar memudahkan kita merancang, menabung dan peruntukan perbelanjaan.

4. Kenal dahulu IPT yang kita hendak sambung di sini.


Yang hendak sambung, boleh selidiki dahulu latar belakang IPT. Antara yang perlu tahu ialah :

i. Apa program yang ditawarkan peringkat sarjana atau PhD ni?
ii. Apa jenis pengajian ynag ditawarkan sama ada coursework, research atau mixed mod?
iii. Apa syarat untuk viva dan graduate? Biasanya melibatkan syarat penerbitan. Berapa banyak dan tahapnya apa?
iv. Siapa pakar dalam bidang yang kita hendak kaji? Biasanya ada disediakan senarai pakar setiap bidang.

5. Kena displin dan jaga jadual.


Siapa nak sambung, kena sedia awal-awal. Kena displin dan jaga masa. Sibuk memang kita sibuk namun susun jadual. Kita bukan zaman pra siswazah tetapi pasca siswazah. Sibuk dengan mencari duit, keluarga, masyarakat dan sebagainya.

Kena pastikan sentiasa kita yang hubungi Penyelia, jangan sampai Penyelia yang mulakan dahulu.

Kena peruntukan masa bertemu Penyelia. Bila bertemu tu bukan dengan "kosong" iaitu tiada sebarang progres. Kita yang sambung belajar bukan Penyelia yang sambung belajar. Ingat tu..

Seminggu kena ada masa membaca dan menulis. Jangan bertangguh. Kena ada walau sedikit.

...

5 ini dahulu, jika belum sedia 5 perkara ini, dinasihatkan jangan sambung lagi. Persiapkan dahulu 5 ini, sambung, insha Allah dipermudahkan urusan.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman



Comments