1 - 10 Zulhijjah


 


1 - 10 Zulhijjah


1. Terdapat 3 tafsiran mengenai apakah yang dimaksudkan dengan وليال عشر pada ayat ke-2 dalam surah al-Fajr. Ia seperti berikut :

i) merujuk kepada 10 hari pertama bulab Zulhijjah. Pandangan Ibn Abbas, Ibn Zubair da Mujahid. Ini lebih tepat.

ii) merujuk kepada 10 hari pertama bulan Muharram. Pandangan Abu Jaafar bin Jarir

iii) ada yang merujuk kepada 10 hari pertama bulan Ramadan.

2. 10 hari pertama di bulan Zulhijjah adalah 10 hari terbaik. Ibn Abbas menyebutkan :

ما من أيام العمل الصالح أحب إلى الله فيهن من هذه الأيام " - يعني عشر ذي الحجة - قالوا : ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال : " ولا الجهاد في سبيل الله ، إلا رجلا خرج بنفسه وماله ، ثم لم يرجع من ذلك بشيء " .

Maksudnya :
"Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali." - Riwayat al-Bukhari, Abu Daud, Ibn Majah dan al-Tirmizi

3. Puasa pada 1 - 8 Zulhijjah adalah kerana galakan memperbanyakkan ibadah di 10 hari awal Zulhijjah ini. Manakala puasa pada 9 Zulhijjah adalah kerana puasa sunat hari Arafah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW serta dinyatakan oleh Baginda ganjarannya :

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

Maksudnya :
Puasa pada hari Arafah aku mengharapkan Allah akan mengampuni dosa-dosa tahun lepas dan tahun akan datang. - Riwayat Muslim

4. Pada Hari Arafah juga adalah hari sebaik-baik berdoa. Rasulullah SAW bersabda :

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para Nabi sebelumku katakan adalah;
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Riwayat al-Tirmizi

5. Disunatkan juga pada 10 hari Zulhijjah ini perbanyakkan zikir, tasbih, tahmid dan tahlil secara umum. Ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Maksudnya :
Tidak ada hari yang paling besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang aku lebih suka melain dari beramal padanya pada hari hari ini (10 awal Zulhijjah) maka perbanyakkan padanya tahlil, takbir dan tahmid. - Riwayat Ahmad

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments