Beramal Dengan Hadith Dhaif Dalam Berhukum
Dalam membicarakan mengenai hadith, perlu cermar kerana hadith merupakan masdar kedua dalam hukum pensyariatan. Menafikan secara total tidak boleh, longgar tanpa dosplin sehingga mereka-reka pun tidak boleh.
Asasnya para ulama dalam membahagikan tingkatan hadith kepada sahih, hasan dan dhaif. Hadith sahih ialah hadith yang bersambung sanad dan perawinya dinilai adil dan dhabit sehingga ke jalur perawi akhir.
Hadith hasan pula terbahagi kepada dua iaitu :
1. Hadith yang mana dalam dalam sanadnya terdapat perawi yang kurang kelayakan (dari hadith sahih), namun dia bukanlah sering atau terkenal dengan orang yang melakukan banyak kesalahan / kesilapan, serta tidak ditohmah dengan sifat pendusta, teks riwayatnya juga ada periwayatan dari sudut yang lain, maka menjadikan riwayatnya tadi terkecuali atau terkeluar dari status syaz atau munkar.
2. Hadith yang mana perawinya dikenali sebagai orang yang benar dan amanah, namun tidak sampai tahap perawi hadith sahih dari sudut kekuatan hafazan dan penelitian. Tidak dikira dengan riwayatnya itu secara sendirian sebagai syaz.
Manakala bagi hadith dhaif pula ialah hadith yang tidak memiliki ciri-ciri yang ada pada hadith sahih dan hasan.
Beramal dengan hadith dhaif pada asalnya ialah tidak harus kerana ia bukan secara mutawatir yang menjadikan yakin/pasti/muktamad, dan ia juga secara ahad yang menjadikan secara zhann.
Dalam hal tertentu, ada perbincangan ulama yang memungkinkan beramal dengan hadith dhaif, kerana ia walaupun dhaif pada status riwayatnya namun penggunaannya dalam hal ini tidak lemah pada perbincangan hukum fiqh.
Antaranya :
1. Tidak wujud hadith sahih dalam sesuatu bab atau isu yang menyanggah akan kewujudan hadith dhaif yang membicarakannya.
2. Talaqqa Ummah bil Qabul (diterima oleh umamah dengan penuh penerimaan).
Contoh hadith yang berbunyi bermaksud : tidak ada wasiat kepada penerima waris. Imam al-Syafie menyatakan menerimanya secara penuh sehingga menjadikan ia hukum yang menasakhkan ayat al-Quran mengenai hukum dalam wasiat.
3. Wujud hal yang waspada.
Contoh terdapat hadith dhaif yang memakruhkan sebahagian urusniaga jual beli, maka al-Nawawi menyebut secara galakkan untuk meninggalkan hal tersebut walaupun berbeza dengan Ibn al-Arabi al-Maliki yang tidak mengamalkan hadith dhaif secara mutlak.
4. Galakkan dalam perkara melibatkan fadhilat untuk beramal.
.
.
.
Terjemah santai dan olahan.
Muhamad Zuhaili bin Saiman.
Comments
Post a Comment