Memilih Tenaga Pengajar
Dalam kerancakkan pengajaran atau kuliah agama, sudut positif kita dapat lihat penerimaan kalangan masyarakat semakin luas dan diterima di mana-mana. Maka peluang memberikan kefahaman mengenai Islam sangat berpotensi dan lebih meluas.
Namun kadang kala objektif kefahaman agama secara sahih terbantut disebabkan tenaga pengajar yang tidak memahami displin dalam pengajaran sama ada pengajaran bilik kuliah secara khusus atau pengajaran majlis umum.
Dalam hal ini, perlulah kita memilih tenaga pengajar agar kita mendapat kefahaman yang apa yang benar dan sewajarnya. Pastikan 3 perkara ini :
1) pastikan tenaga pengajar yang bukan setakat "penglipur lara" dan yang suka bercakap sesuatu yang bersifat "double meaning". Akhirnya nanti apa yang diingati oleh mahasiswa hanyalah "cerita" berkenaan bukannya diskusi ilmiah yang dijalankan.
Andai lawak yang diselitkan cukuplah sekadar bukan berpanjangan. Ambil nasihat Saiyiduna Ali :
"Lawak itu umpama garam, maka masukkan sekadar dalam ucapanmu." - kitab fiqh al-Lahw wa al-Tarwih oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi.
2) pastikan tenaga pengajar yang menjauhi sikap mengangkat diri sendiri dengan banyak bercakap mengenai "aku" seperti aku begini.. aku belajar begini.. aku tidur lama itu.. dan lain lain.
Hal ini menyelewengkan matlamat asal belajar iaitu untuk mengenal Allah dan melaksanakan syariatNya. Bukannya intima' syakhsi. Penyelewengan matlamat merupakan perkara yang menjauhkan manusia dari jalan dakwah. - kitab Toriq al-Dakwah Bayn al-Asolah wa al-Inhiraf oleh Syeikh Mustafa Masyhur.
3) pastikan pemikiran tenaga pengajar yang jelas dan membawakan perbincangan yang menjurus kepada amal. Bukan tenggelam kepada angan-angan mahupun mimpi khayalan.
Ini kerana ilmu itu imam, manakala amal itu makmum. Ilmu yang tidak membuahkan amal, hanya omong kosong. Jauhi tenaga pengajar yang omong kosong. Carilah tenaga pengajar yang membimbing kepada amal menegakkan kebenaran Islam, menentang taghut. Displin ini boleh difahami dengan rujuk kitab Nazorat fi Risalah al-Ta'lim dalam memahami usul 20.
.
Muhamad Zuhaili bin Saiman
Comments
Post a Comment