Adakah perlu tukar lirik lagu "1 Muharram detik permulaan..."?


Adakah perlu tukar lirik lagu "1 Muharram detik permulaan..."?


1. Lirik lagu / nasyid tersebut adalah baik dan mempunyai nilai yang pengajaran dari peristiwa agung Hijrah Rasulullah SAW.


2. Hanya dipolemikkan adalah pada lirik "1 Muharram detik permulaan, perpindahan Nabi dan umat Islam", hanya kerana menyatakan Rasulullah SAW keluar berhijrah pada bulan Safar iaitu 27 Safar bukan pada 1hb Muharram.


3. Sebenarnya tiada masalah, kerana lirik tersebut menyebut "detik permulaan", dan ia boleh difahami dengan :


i. Bulan Muharram adalah bulan tercetusnya perancangan untuk berhijrah setelah selesai Baiah Aqabah ke-2 pada Zulhijjah. Hanyasanya Rasulullah SAW menunggu izin dari Allah yang kemudian turunnya wahyu izin berhijrah pada bulan Safar.


ii. 1hb Muharram juga merujuk kepada "masuknya tahun baharu" di mana kiraan tahun dalam taqwim Islam yang diadakan pada zaman Sayiduna Umar bin al-Khattab ialah perkiraan dengan tahun berlakunya peristiwa Hijrah Rasul. Mengingati tahun baharu, mengingati peristiwa Hijrah Rasul yang besar kesannya kepada dakwah dan politik umat Islam. 


4. Apa yang perlu diubah ialah minda ynag suka bermainan polemik dalam perkara-perkara yang telah pun diselesaikan sekian lama oleh para ulama terdahulu. Hanya kita yang kurang lagi membaca dan belajar, maka menjadikan semua apa yang dah berjalan dengan baik ini hendak ditukar ikut selera kita. Walhal telah selesai dan bukan isu pun.


5. Tak perlu tukar lirik. Boleh nasyid, jangan lupa hayati pengajaran kandungannya. Yang lebih utama, beramal sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

.


Muhamad Zuhaili bin Saiman

 

Comments