5 TIP AWAL SEBELUM SAMBUNG PHD



Untuk sahabat² yang hendak sambung pengajian di peringkat akademik khususnya PhD, beberapa tips sebagai PERSIAPAN AWAL sebelum benar² berdaftar bagi "mengelakkan masa berlalu begitu sahaja".

1. Kenalpasti universiti yang kita daftar.

Sama ada ia tergolong dalam kalangan RU (Research University / Universiti Penyelidikan) atau bukan. Bagi peribadi saya ada beza penekanan dari sudut metodologi penyelidikan dan juga output penyelidikan yang dihasilkan.

Ini kerana, tidak semua hanya berpada dengan RnD tetapi universiti juga mengharapkan output tersebut dapat memasuki pasaran industri, output sebegini tidak sekadar RnD tetapi RnDnC (Research, Developement and Commercialize).

2. Semak dahulu syarat viva.

Buat kajian tesis bukan hanya tesis sahaja yang perlu siap. Tetapi menjadi syarat juga untuk Penerbitan dan Jurnal Terindeks. Saya tidak pasti sama atau tidak setiap universiti, elok disemak terlebih dahulu.

Ada kes, seorang pelajar PhD dah siap tesis PhD tetapi tidak dapat viva lagi kerana syarat tidak lengkap iaitu mesti ada 2 jurnal terindek (paling tidak bukti diterima walau belum disiar). Kena ingat untuk proses penerimaan jawapan Jurnal terutamanya (berbeza dengan Penerbitan) tidak makan masa sekejap, mengambil masa juga, ia juga bergantung pada tahap impak penerbitan jurnal tersebut.

3. Cuba kenali terlebih dahulu pensyarah yang pakar / expert dalam bidang kajian yang hendak dikaji.

Ini memudahkan proses kenalan hubungan agar tidak kekok berinteraksi serta senang mendapat bimbingan yang tepat dengan kepakaran bidang yang dikaji.

Sangat penting penyelia (SV) kerana bimbingannya adalah potensi tesis dapat disiapkan dengan baik. Namun jangan bergantung 100% kepada SV, usaha pelajar itu lebih penting, kerana buka kita sahaja pelajar yang diselia oleh SV tersbeut tetapi banyak lagi.

Pastikan setiap kali datang berjumpa, apabila telah daftar jangan datang "tangan kosong". Pelajar perlu ada sesuatu untuk dibentang, dihujahkan kepada SV sebelum berpindah ke bab yang baharu. Pelajar perlu jelas apa, kenapa dan mengapa yang dia rangka dalam penyelidikan bagi setiap bab apabila bertemu dengan SV.

4. Cuba spesifik dalam tajuk penyelidikan dan justifikasi isu yang ditumpu.

Penulisan tesis tidak sama dengan penulisan artikel atau buku dakwah. Penulisan tesis ialah sampel kes yang dibukukan berdasarkan penguasaan kemahiran metod kajian yang dipilih.

Adalah lebih baik, ketika daftar "sudah ada" bayangan tajuk sebelum proses seterusnya kemaskini sebelum defense proposal bagi disahkan untuk melakukan kajian.

5. Memahami orientasi bidang pengajian dan penyelidikan universiti tempatan.

Antara yang perlu difahami awal ialah memahami perbezaan orientasi bidang pengajian dan penyelidikan universiti tempatan itu sendiri.

Setiap universiti di tempatan dan luar negara ada perbezaan orientasi tersendiri. Sebab itu, jangan pelik, ada universiti tempatan minta diringkas perbahasan definisi berbeza dengan universiti luar khususnya di Timur Tengah yang menerima perbahasan definisi yang panjang walau sehingga 50 muka surat sahaja hanya perbincangan definisi.

Sebab itu, sangat penting juga penyelidik kena mampu menjelaskan "apa kepentingan kajian" yang dilakukan selain menjadi korpus ilmu dan meraih pahala. Apa kepentingan kajian ini, di mana output yang dihasilkan mampu diimplementasikan. Tidak sekadar dakwa ia "bermanfaat" namun perlunya disebutkan secara jelas dan realistik, ouput kajian ini akan memberi manfaat kepada pihak siapa, dan di mana boleh diimplimentasikan.

Sedikit perkongsian dengan 5 point. Semoga bermanfaat kepada semua yang baru hendak memulakan pengajian di tahap Sarjana khususnya PhD.

Apa pun, jangan lupa berdoa kepada Allah SWT.
.

Dr Muhamad Zuhaili bin Saiman
Graduasi PhD UKM 2019
*kenangan selepas ber "viva"

Comments