MEMILIH DAN MEMBACA ARTIKEL ATAU JURNAL

MEMILIH DAN MEMBACA ARTIKEL ATAU JURNAL


1. Tentukan dahulu fokus isu yang berkaitan dengan apa yang ingin anda tahu atau ingin dirujuk dalam penulisan anda. Boleh rujuk pada bidang tajuk atau kata kunci di bawah abstrak.

Contoh jika anda mengkaji "faktor penetapan uruf bagi kadar zakat barang kemas di Malaysia : pengaruh ke atas pembelian barang kemas sebagai satu pelaburan", maka kajian anda secara general berkenaan zakat, emas, barang kemas, fatwa-fatwa negeri berkenaan penetapan uruf kadar zakat.

.
2. Tentukan limitasi artikel menerusi tahun terbitan.

Bergantung pada tahap penulisan anda. Jika penulisan anda berimpak tinggi, biasanya kurang dari lima tahun. Ini kerana lebih 5 tahun, boleh "dianggap" kurang kemaskini pengetahuan pembacaan sehingga "tiada carian terkini dilakukan".

Jika artikel ilmiah biasa atau penulisan buku dakwah atau fiqh umum, maka tiada masalah.

.
3. Susun keutamaan giliran bacaan. Tahun terbit / Tahap penerbitan / Rangkaian penerbit / Kekuatan pengaruh penulis.

Kadang kala artikel terbaru telah menganalisis dan merumuskan kandungan perbahasan yang lepas. Malah kajian terbaru telah memberikan intepertasi terhadap tektual klasik dalam mengolah kefahaman yang selari dengan isu semasa berlaku.

Jadi, artikel yang terbaru atau kekuatan penulisan terkini kadang kala telah membantu kita bagi menjimatkan masa dengan pengistilahan terkini terkait dengan isu semasa yang kita cari.

Sehubungan itu, data terbaru berkenaan perbezaan penetapan kadar uruf zakat barang kemas boleh dipadatkan beserta dengan ringkasan padat perbahasan ulama mengenai hukum zakat barang kemas tanpa panjang lebar.

Ingat menulis artikel jurnal tidak sama gaya susunan dengan penulisan ilmiah buku. Anda perlu "padatkan" di samping kekuatan sumber rujukan yang kuat, kerana limitasi artikel jurnal 10-20 mukasurat sahaja standardnya, mengikut syarat yang dikenakan.

.
4. Sebelum baca keseluruhan, boleh "warming up" bacaan abstrak agar dapat gambaran awal "keseluruhan kandungan dan corak pengkaji / penulis" akan isu beserta kandungan yang ditulis.

Ini penting kerana dengan membaca abstrak, asasnya anda akan dapat mengetahui dari artikel / jurnal tersebut :

- latar belakang kajian
- permasalahan kajian
- objektif kajian
- metodologi kajian
- jangkaan dapatan kajian

Ia akan membantu anda dalam bacaan yang bersifat "eagle's eye" tanpa perlu satu huruf ke satu huruf.

.
5. Selepas baca keseluruhan dengan menumpukan fokus dan limitasi carian yang dimahukan, jika rajin buat carian di senarai rujukan akan rujukan yang sangat hampir dan berpotensi dengan fokus isu anda untuk menambahkan lagi maklumat yang boleh ditampung bagi penulisan anda.

Kadang kala rujukan bagi artikel / jurnal dibaca dianggap remeh, sebenarnya bukan. Kita boleh "meluaskan" penerokaan bacaan dengan tambahan dari senarai rujukan yang terkait dengan topik dipilih.

Cari senarai rujukan yang terkait dalam bacaan, kemudian buka atau cari rujuk tersebut untuk tambah input. Ini kerana penulis artikel / jurnal yang dibaca hanya menyatakan pada limitasi fokus kajian ia sahaja. Jadi ada lagi input lain yang bukan dalam limitasi kajian ia tetapi mungkin berpotensi kepada limitiasi fokus kajian kita.

.
6. Jangan lupa buat jadual analisis perkembangan proses jika isu yang dikaji itu mengalami perbezaan pandangan, perubahan operasi pelaksanaan dan ketetapan terkini dari keputusan-keputusan pihak berautoriti setempat.

Jadual yang dibuat adalah bagi meminimakan isu "terlepas pandang" agar tidak wujud kelompongan yang mendedahkan kelemahan anda ketika mendapatkan rujukan carian dalam penulisan anda.

Terutama jika perkara yang dikaji mengalami perubahan-perubahan ketetapan semasa.

.
Dr Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments