Membentangkan Permasalahan Kajian : Betul Ke Masalah atau Andaian?

MEMBENTANGKAN PERMASALAHAN KAJIAN : BETUL KE MASALAH ATAU ANDAIAN?





Antara perkara penting dalam melakukan penyelidikan terutama ketika proses awal membuat proposal ialah kemampuan pelajar membentangkan permasalahan kajian (problem statement).

Ini kerana asasnya tanpa permasalahan kajian, maka apa tujuan penyelidikan ini? Tanpa permasalahan kajian, maka tidak timbul persoalan. Tanpa persoalan tidaklah wujud objektif yang disenaraikan.

Dalam satu pembentangan, ketika dipertanggungjawab menjadi penilai, seorang student membentangkan proposal penyelidikan yang berkaitan kajian ke atas pengurusan zakat di satu institusi.

Selepas pembentangan sekitar 15 minit, saya pun bertanya :
"Apa masalah kajian yang hendak dikaji"

Pelajar ini pun bentangkan 1,2 dan 3 permasalahan yang sebagaimana ditulis.
Saya tanya kembali "Ini masalah atau andaian?"

Terpinga-pinga pelajar tersebut lantas bertanya kembali untuk mendapatkan penjelasan "oh, saya rasa ini masalah bukan andaian, kenapa Dr tanya begitu ya?"

Saya terangkan "Jika masalah kajian, mesti ada sumber dan datanya. Dalam proposal yang dibentangkan ini gambaran "permasalahan kajian" diwujudkan tanpa ada sumber yang dinyatakan. Sebab itu awak jawab "saya rasa" , so ia bersifat andaian bukan permasalahan kajian.

Saya sambung lagi : "kena pastikan permasalahan kajian ada sumbernya, jika tiada sumber ia hanya andaian dan boleh jadi tohmahan tak berasaskan. Sebab itu amat penting dalam penyelidikan bersifat akademik ada sumber yang ditulis petikannya."

Sebagai contoh kita menulis untuk permasahan kajian ialah "terdapat isu korupsi dalam pengurusan dan pentadbiran ..bla .. bla..", jadinya korupsi tadi muncul berasaskan apa? andaian kita atau ada sumbernya? Jika tiada sumber, ia akan jadi andaian, paling bimbang ia akan jadi tohmahan.

Jadi dalam penyelidikan akademik, pastikan setiap perkara yang bersifat kenyataan dan memaparkan data KENA pastikan ada sumber dan dipetik dari mana.

Pelajar tadi angguk tanda faham.

Alhamdulillah...

The problem statement must be from the facts. Collect data from sources and write the citation of each statement. Without data, problem statements are only assumptions.

Apabila jelas wujud problem statement yang sah, baru ada persoalan nak dikaji. Inilah jantung kepada penyelidikan.

Comments