e Book CORETAN NURANI SURAH AL-AHZAB


 

e Book CORETAN NURANI SURAH AL-AHZAB


eBook bersaiz A5 setebal 192 halaman keseluruhannya ini mengenai Surah al-Ahzab yang merupakan surah ke-33 daripada 114 surah yang terdapat di dalam al-Quran. Surah ini mengandungi sebanyak 73 ayat keseluruhannya. Surah al-Ahzab termasuk dalam kategori Surah Madaniyyah iaitu whayu yang diturunkan selepas peristiwa Hijrah Rasul yang memberikan penekanan skop dan fokus kepada pensyariatan hukum hakam fiqh dan perundangan dalam Islam.

Dinamakan dengan al-Ahzab kerana pada ayat 9 sehingga 27 menceritakan perihal peperangan al-Ahzab yang berlaku di zaman Rasulullah SAW pada tahun ke-5 Hijrah. Peperangan al-Ahzab memberikan maksud pakatan kumpulan-kumpulan musyrikin Mekah dan mereka yang berkomplot bersama mereka untuk memerangi Islam dan menghancurkan negara Madinah yang ditadbir oleh Rasulullah SAW.

Selain peperangan al-Ahzab, pengajaran yang penting juga antaranya ialah :

1. Kedudukan isteri-isteri Rasulullah dan Baginda SAW sendiri ke atas orang beriman.
2. Hukuman zihar.
3. Adab di rumah Rasulullah SAW.
4. Perihal amanah ke atas manusia selaku khalifah.
5. Perihal syaksiah muslimah dan para isteri dalam memelihara maruah.
6. Pensyariatan selawat ke atas Rasulullah SAW dan larangan menyakiti Baginda SAW.

Serta banyak lagi pengajaran yang terdapat menerusi 73 ayat yang terkandung dalam surah ini. Insha Allah, pembahagian ayat-ayat akan memudahkan pembaca mendapatkan pengajaran secara asas dan jelas untuk pembentukan pemikiran yang sahih, pengamalan dan pengajaran sebagai panduan dalam kehidupan untuk memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat.


Penulis : Dr Muhamad Zuhaili bin Saiman

no eISBN : 978-967-25684-8-3


Harga Asal : 15 

Harga Promosi : 12



1. Preview buku dan lihat ISI KANDUNGAN di link berikut : https://drive.google.com/uc?export=download&id=1NhwYzv6zgvtHu3JdjU3QZs5VZJCnGTyU



2. Tempahan pembelian, boleh terus melalui link berikut : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd6u1i26zLKEDwVbFlPPe_dMju148vGcmwnmxzFZYqfHdHIDA/viewform?usp=sf_link


3. Setelah selesai tempahan atau sebarang persoalan, terus whatsapp di 0167200697 (Muhamad Zuhaili) atau tekan link berikut : http://www.wasap.my/60167200697/beliebook

 


Comments