Hasil penyelidikan kita tahap yang mana?

 


Hasil penyelidikan kita tahap yang mana?


Bagi sesetengah pelajar pascasiswazah terutamanya PhD, mereka perlu tahu hasil penulisan tesis penyelidikan mereka akan menghasilkan apa?

Ini kerana setiap penyelidikan tidak sama hasilnya. Dan kadang kala kita rasa pelik kenapa tajuk tesis kita ditolak awal ketika permulaan cadangan tajuk tesis. Sebabnya, lain universiti lain citarasa yang ditentukan.

Pelajar PhD perlu tahu tahap penyelidikan mereka dalam menghasilkan sesuatu di penghujungnya. Adakah hasil penyelidikan itu :

1. Idea.
2. Penciptaan.
3. Inovasi.
4. Reka bentuk.

Basically, paling umum ialah idea. Dan ia memang sesuai bagi tahap pelajar pascasiswazah dalam mengetengahkan idea mereka bagi membuktikan mereka telah kuasai metodologi penyelidikan ke atas sesuatu sample kajian.

Idea ini lebih umum dan ringan berbanding dari penciptaan, inovasi dan reka bentuk. 3 lagi kriteria biasanya ditekankan dalam geran-geran penyelidikan yang dibiayai termasuklah pertandingan-pertandingan penyelidikan.

Ini kerana 3 lagi hasil iaitu penciptaan, penyelidikan dan reka bentuk selain ia mesti mempunyai nilai novelty, ia juga mesti mempunyai kekuatan bagi standard komersial.

IPTA / IPTS zaman sekarang sedang menuju ke arah RnDnC, tidak lagi hanya RnD. Research, Developement and Commercialize. Ini dapat dilihat kekuatan penyelidikan yang ada di gedung menara gading ini akan dipastikan wujudnya jaringan industri. Maka teori tidak hanya tinggal teori yang dipelajari. Tetapi teori sebagai cetusan praktikal bagi pembaharuan yang mahu dijalankan di peringkat industri atau medan.

Sehubungan itu, setelah selesai PhD, asas pengetahuan dan idea adalah basic, maka boleh terjun lagi ke dalam latihan diri meningkatkan kepakaran bagi melonjakkan tahap penyelidikan ke arah penyelidikan yang hasilnya pula :

1. Penciptaan.
2. Inovasi.
3. Reka bentuk.

Sebab itu bagi saya ijazah kedoktoran falsafah atau PhD ini adalah peringkat akhir pembelajaran akademik tetapi ia merupakan anak tangga pertama bagi dunia penyelidikan. Benarlah, belajar tidak pernah habis. Hanya berubah tahap pembelajaran sahaja untuk meningkatkan tahap thaqafah / intelektual.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments