ILMU DAN KHILAF YANG BERPANJANGAN


 

ILMU DAN KHILAF YANG BERPANJANGAN


Antara buku yang saya bacakan di masjid / surau ialah 30 Wasiat Imam al-Syafi'i. Teks nasihat sangat mudah difahami dan sarat dengan kepentingan dalam memastikan kehidupan beragama yang diredha Allah.

Wasiat pertama yang diletakkan ialah berkenaan dengan ilmu. Memberikan gambaran pada susunan tersebut, apa jua yang kita lakukan ialah mestilah dengan panduan suluhan ilmu. Islam juga dikenali dengan agama ilmu kerana Islam meletakkan kewajiban belajar ke atas setiap umat Islam.

Asasnya ilmu dikategorikan ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Asasnya fardhu itu wajib namun yang membezakan ialah status kewajiban itu sama setiap individu muslim iaitu fardhu mahupun perlu ada kelompok umat Islam yang belajar dan kuasai iaitu fardhu kifayah.

Jangan mengabaikan fardhu ain kerana ia memastikan kita hidup sebagai hamba Allah yang menjalani syariat yang lurus dengan akhlak yang terpuji.

Jangan pula merendahkan ilmu fardhu kifayah kerana ia tetap fardhu namun membezakan pada kifayah, ke atas sekelompok bukan atas setiap individu. Sebab itu jika langsung tiada yang pelajari dan kuasai, umat Islam tetap berdosa kerana mengabaikan fardhu kifayah.

Selain mempelajari content ilmu, kita juga perlu pelajari adab dalam berkhilaf kerana ilmu sangat luas, khilaf sepatutnya mencambahkan pengetahuan bukan membawa kepada pergaduhan.

Antara sebab berlakunya khilaf ialah :

1. Kita berbincang kerana nak menang, bukan nak cari kebenaran.
2. Di minda kita ialah kita adalah kebenaran manakala yang bersalahan kita ialah kebatilan.
3. Kita terkeliru dengan pokok masalah yang menjadi topik khilaf, kita anggap ia masalah dasar sedangkan ia sebenarnya hanya cabang.
4. Kita mempertahankan hujah kerana ada kepentingan tertentu, bukan mahu mempelajari hujah dari pihak yang kedua.
5. Kita menganggap semua nas yang diperbincangkan ialah qat'ie sedangkan bukan.
6. Kita nak tunjuk hero, maka malu nak mengalah sekalipun dalam hati dah mengiyakan.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments