KENAIKAN HARGA BARANG DAN LANGKAH CADANGAN

 



KENAIKAN HARGA BARANG DAN LANGKAH CADANGAN

Harga ialah kadar yang dinilaikan atas sesuatu barangan. Harga ditentukan secara asasnya ialah dengan mengambil kira :

1. modal dan kos lepas
2. keuntungan yang disasarkan
3. relevan antara tawaran dan permintaan
4. kualiti fungsi dan kehebatan innovasi teknologi

Peningkatan harga sesuatu barangan asasnya sama ada salah satu kategori :

1. Stok terhad, permintaan melambung.

- jika berlaku kerana sabotaj maka haram ke atas pensabotaj seperti sorok barang. Perlukan tindakan pelaporan dari saksi dan penguatkuasaan tegas dari pihak berkuasa.

- jika berlaku kerana nature maka ia tidaklah diharamkan cuma kerajaan perlu bertindak mengawal keadilan dan kebajikan dua pihak antara pelanggan dan pembeli seperti pemberian subsidi, penetapan harga siling dll.

- jika berlaku kerana faktor global disebabkan barangan import, perlu kepada galakkan industri tempatan bagi menampung sehingga kurang kebergantungan barangan import.

2. Wujud pihak manipulasi atau campur tangan orang tengah

- jika secara manipulasi, perlu kepada pemantauan dan penguatkuasaan, gangguan harga yang menyebabkan lonjakan adalah memberi kesan negatif. seperti monopoli oleh satu pihak atau gabungan pihak tertentu yang bermotifkan kepentingan peribadi yang memberikan kesan negatif kepada negara dan rakyat. lebih parah jika monopoli ia berterusan disebabkan rasuah yang berleluasa.

- Perlu ada satu mekanisme yang menghapuskan "orang tengah" yang menjadi campur tangan peningkatan harga yang tidak terkawal dan tidak relevan. "orang tengah" yang dimaksudkan ini ialah kronisme yang mewujudkan banyak rangkaian level bagi sub sesuatu barangan dengan kos tertentu yang akhirnya sampai ke pengguna / pelanggan dengan harga yang telah dibercampur "kos tambahan" yang merupakan keuntungan kronisme.

3. Kejahilan masyarakat yang menjadikan sesuatu barangan trending tak tentu pasal yang akhirnya harga melonjak.

- kejahilan masyarakat dalam menjadikan sesuatu barangan trending juga penyebab kos harga naik. Ini perlu diselesaikan dengan ilmu didikan pengurusan kewangan dan gaya hidup dari perspektif syariah kepada masyarakat.

- kejahilan ini perlu diubati dengan seruan kepada hakikat kehidupan di dunia dan persiapan ke akhirat.

4. Pengamalan sistem kewangan berteraskan wang fiat.

- hakikat yang melibatkan sistem kewangan berteraskan wang fiat ialah inflasi. Di sini perubahan harga yang "meningkat" antaranya kerana kadar inflasi. Nilai duit tidak sama sekalipun amaunnya sama disebabkan harga barangan berubah.

- di sini keseimbangan pendapatan dengan peningkatan harga barangan keperluan yang dibelanjawakan amat penting. Kerajaan perlu memikirkan bagaimana menyeimbangkan dengan beberapa perkara :

i. peningkatan gaji minima, perubahan pendapatan selaras dengan perbelanjaan masa kini.
ii. subsidi barangan keperluan, penetapan siling dalam situasi penting serta perancangan galakkan industri tempatan dalam penghasilan produk fokus utama negara.
iii. sistematik cukai lebih esifien dalam memastikan agihan lebihan kekayaan kepada sumbangan sosial yang komprehensif bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan pertengahan mudah jejas.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments