Catatan sempena ceramah Nuzul al-Quran





 Catatan sempena ceramah Nuzul al-Quran


1. Al-Quran adalah kalamullah. Lihat ketegasan Imam Ahmad bin Hanbal mempertahankan al-Quran itu qadim bukan baharu, sehingga beliau dipenjara, diseksa.

2. Al-Quran sekalipun diturunkan dalam Bahasa Arab tetapi ia bukan bahasa Arab manusia atau makhluk. Ia tetap Kalamullah. Maka hanya al-Quran yang bahasa Arab dibaca dengan bertajwid, sedangkan kitab-kitab arab lain tidak perlu bertajwid sekalipun hadith Rasul.

3. Jika sekadar baca lancar pada sebutan tanpa tajwid seolah hanya baca perkataan Bahasa Arab bukan membaca al-Quran. Ini bacaan al-Quran secara bertajwid itu perintah Allah, diterima oleh Rasulullah SAW dan dibacakan oleh Baginda SAW kepada para sahabat.

4. Jadi, bertajwid adalah kerana meletakkan kedudukan al-Quran yang selayaknya melebihi kitab-kitab Arab yang lain. Bertajwid tanda kita memuliakan al-Quran itu sendiri.

5. Dikecualikan bacaan pada ayat al-Quran pada bacaan bertajwid apabila bacaannya :

i. Iqtibas ayat al-Quran dalam keadaan warid zikir dan juga doa.
ii. Membaca tekstual ayat al-Quran pada pengajaran.

6. Mulianya al-Quran sehinggakan tidak boleh memegang mushaf dalam keadaan tidak suci sama ada hadas kecil apatah lagi hadas besar.

7. Muliakan al-Quran. Jangan sekadar lihat pada konteks "mushaf" itu tetapi hakikat al-Quran itu adalah Kalamullah.

8. Tanggungjawab kita terhadap al-Quran ialah :

i. Beriman
ii. Membaca
iii. Mempelajari dan memahami makna
iv. Beramal keseluruhannya

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments