Cukup terinspirasi...


 


Cukup terinspirasi...


Hari ni bertugas sebagai pencatat minit bagi viva calon PhD. Tajuk yang menarik berkaitan pemuliharaan alam dan kitar semula.

Apa yang memberikan inspirasi, calon berjaya menamatkan perjuangannya ini walaupun sudah 10 tahun. Tempoh yang cukup lama. Malah bukan semua nampu bangkit kembali meneruskan sehingga ke tahap viva sekalipun.

Kesibukan di usia bekerjaya pastinya ialah cabaran utama menyambung pengajian peringkat sarjana mahupun PhD.

Selesai perbincangan antara pemeriksa mencapai kata sepakat keputusan yang dipeorlehi ialah LULUS dan minor correction iaitu pembetulan dalam tempoh sebulan.

Dengar calon tak henti-henti ucap hamdalah dna syukur kepada Allah. Penyelia pun masa berucap turut sama terharu, gembira calon yang di bawah didikannya berjaya menamatkan walau tempoh yang lama.

Yang penting jangan berhenti. Penat, berehat seketika, bangkit kembali. Rebah sekalipun, kumpul tenaga, bangkit semula.

Aku yang pencatat minit pun rasa terinspirasi dengan kegigihan ynag ditunjukkan.

Calon ambil PhD bukan sebab nak kerja kerana memang telah bekerja sejak lama. Bukan juga kerana nak naik gaji, kerana beliau juga kerja bukan yang biasa.

Benarlah, jika siapa yang hayati dan enjoy perjalanan PhD, dia akan tahu bahawa ia bukan soal sijil, semata-mata kerja, atau skop gaji. Ia lebih dari itu.

Yang penting, ia boleh memberi inspirasi pada generasi selepasnya untuk terus belajar dan belajar.

Tips penting :
1. Ada keinginan yang kuat.
2. Ada penyelia yang membimbing.
3. Ada cita-cita yang ingin dicapai.

Insha Allah, jalan sudah ada, hanya perlu "enjoy" sehingga tamat. Kalau yang lain berlari, tak mengapa jika kita berjalan. Asalkan terus dan jangan sesekali berhenti terus.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments