Al-Imam al-Akbar, Syeikh Dr Muhammad Fahham - Syeikhul Azhar (ii)


 

Al-Imam al-Akbar, Syeikh Dr Muhammad Fahham - Syeikhul Azhar (ii)


Hari ni masih terkesan lagi dalam hati, sejak semalam membaca kisah mengenai Syeikhul Azhar Syeikh Dr Muhammad Fahham. Ini kerana, banyak juga tersebar isu beliau murtad kerana anuti Kristian di saat akhir beliau dan tuduhan palsu itu menyatakan beliau meletakkan jawatan sebagai Syeikhul Azhar pada Mac 1973.

Sebab itulah mungkin, wujudnya usaha tarikh memperingati beliau dilantik menjadi Syeikhul Azhar pada 17 September 1969. Sekaligus sempena peringatan itu menjawab balik tuduhan palsu lagi jahat ke atas beliau. Bukan ringan tuduhan tersebut, sangat berat kerana melibatkan akidah, apatah lagi beliau sebagai Syeikhul Azhar yang mempunyai kedudukan tinggi sebagai orang agama di seluruh dunia Islam.

Beliau dilantik menjadi menjadi Syeikhul Azhar pada zaman Presiden Jamal Abdul Nasir, yang menggantikan Syeikh Hasan al-Makmun yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang undang-undang kerana sebelum ini Syeikh Hasan al-Makmun pernah menyandang Ketua Hakim di Mahkmah Tinggi.

Syeikh Dr Muhammad al-Fahham menjadi Syeikhul Azhar pada zaman kemunduran Mesir kerana Israel menguasai bukit Golan di wilayah Syria selepas perang 167 dengan bantuan Amerika Syarikat. Di mana ketika itu Israel melawan dengan Syria, Mesir dan Jordan. Pada tahun sekitar tahun itu dan 1969 juga gerakan kristianisasi dan pembaptisan sangat kuat di Benua Asia dan Afrika.

Terdapat dua buah buku yang nak merosakkan pemikiran dan akidah umat Islam dan bertujuan menghamcurkan hubungan rakyat Mesir antara penganut Islam dan Kristian. Dua buku yang mengundang fitnah tersebut ialah :

1. «الحوار المسيحي الإسلامي»
2. و«دراسات قرآنية»

Syeikh Dr Muhammad al-Fahham berjaya menjawab segala kekeliruan.

Beliau juga giat melakukan usaha-usaha mengajak kepada penyatuan kalangan rakyat Mesir untuk hubungan keharmonian dengan melakukan perjuangan dengan paderi-paderi. Malah juga menyeru antara hubungan ummah dalam dunia Islam dengan dunia luar. Beliau pergi ke Iran dan beliau juga selaku pihak yang ada autoriti dalam agama Islam dengan kedudukan itu pergi ke Rusia yang ketika itu dikuasai oleh Kesatuan Soviet. Walaupun lada asalnya disyarat kepada beliau apabila datang ke Rusia mesti menziarahi kubur tokoh Komunis tetapi beliau enggan dan tolak. Namun beliau tetap dapat memasuki dan menziarahi wilayah di Kazakhtan dan beberapa wilayah umat Islam yang lain.

Adapun usia semakin lanjut menghampiri 78 tahun (jika berdasarkan tahun lahir 1894) beliau sudah mempunyai masalah kesihatan yang menjadikan beliau mempunyai kekangan untuk melakukan kerja-kerja terutamanya ziarah ke luar negara bagi dakwah, perkongsian ilmu serta hubungan global antara ummah.

Lantas beliau meletakkan jawatan yang mana ketika itu Presiden Mesir ialah Anwar Sadat. Peletakan jawatan beliau digantikan dengan Syeikh Dr Abdullah Halim Mahmud yang terkenal dengan pakar Falsafah Islam dan Taswuf. Dan tidak lama selepas itu Mesir mendapat kemenangan dalam perang 6 Oktober pada 1973.

Walaupun tempoh antara Sept 1969 - Mac 1973, berhadapan zaman kemunduran Mesir ekoran penguasaan Israel ke atas Bukit Golan serta hebat gerakan kristianisasi dan pembaptisan, namun Syeikhul Azhar ketika itu Syeikh Dr Muhammad al-Fahham telah banyak berjasa dengan usaha-usaha yang dilalukan.

Cucu beliau ada menceritakan bahawa sebelum kewafatan beliau, di mana beliau tinggal di Iskandariah di Jalan Abi Qur di Ibrahimiyah, dan Menteri di tempat tersebut menukar nama jalan tersebut kepada Jalan ad-Duktur Muhammad al-Faham sebagai penghormatan kepada beliau.

Sebelum wafat juga selepas peletakkan jawatan, Presiden Anwar Sadat juga memberikan anugerah tertinggi sebagai penghormatan.

Mungkin beliau tidak ditakdirkan oleh Allah menjadi Syeikhul Azhar sewaktu kemenangan Mesir dalam Perang 6 Oktober 1973, namun usaha yang beliau lakukan memudahkan laluan kepada generasi selepas itu yang dipimpin oleh Syeikhul Azhar, Syeikh Dr Abdul Halim Mahmud. Apatah lagi di zaman beliau, serangan dakyah kristianisasi dan pembaptisan berjaya beliau tepis dengan antara usahanya cetakan dan edaran buku buku ringkas dalam menolak kekeliruan yanh timbul. Serta menerusi siaran di radio dalam slot إن الدين عند الله.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments