Buat Artikel Yang Berkaitan Tajuk Tesis


 

Buat Artikel Yang Berkaitan Tajuk Tesis

Bila sambung pengajian peringkat pasca siswazah sama ada master atau PhD, calon perlu tahu yang selain menyiapkan tesis, mereka juga perlu memenuhi syarat penerbitan. Syarat ni berbeza dan sentiasa dikemaskini ikut universiti.

Penerbitan master lebih ringan berbanding calon PhD. Asasnya master kalau dahulu (tahun 2013 zaman saya ambil master) ialah 2 penerbitan umum, dan memadai dengan penerbitan dari penyertaan kolokium dan persidangan anjuran fakulti. Tetapi masa PhD penerbitan pula ialah penerbitan 2 jurnal berwasit atau terindeks. Kalau sekarang, mungkin dah berubah, kena rujuk.

Kegagalan menyiapkan penerbitan, calon tidak akan boleh graduasi kerana ia syarat. Malah masa saya sambung PhD ada seorang calon PhD luar negara, dah siap tesis dan 1 jurnal berwasit sahaja, masih tidak boleh viva kerana tidak cukup syarat. Asasnya untuk viva PhD mesti ada bukti jurnal telah "diterima" dan perlu dibuktikan jurnal telah "diterbitkan" sebelum hantar tesis lengkap kulit keras (ni kira dah selesai semua dan hanya tunggu konvo jela).

Sekalipun tidak disyaratkan artikel atau jurnal tersebut tajuk apa, namun sebaiknya ia mestilah berkaitan dengan tajuk yang sedang dikaji dalam tesis. Ini kerana artikel atau jurnal tersebut sebagai bukti :

1. Perkembangan penyelidikan semasa kita sementara menyiapkan tesis penuh.
2. Apabila artikel atua jurnal tersebut diterima dan diterbitkan, ia menjadi bukti, dapatan kita berkaitan tesis telah melalui saringan dan mendapat iktiraf menerusi penerbitan berkaitan tajuk dalam tesis kita.

Jadi kalau tesis kita berkaitan dengan emas contohnya, maka buat artikel yang berkaitan, namun bukan copy and paste bulat-bulat dari tesis yang sedang dibuat. Ia mestilah olahan berbeza dan mempunyai analisa tersendiri walaupun dapatan ada hubung kait.

Jadi calon yang membuat penyelidikan tahap master atau PhD mereka perlu lalui untuk memastikan saringan penyelidikan mereka tanpa sedar ialah :

1. Saringan menerusi defense proposal. Ada universiti mensyaratkan sebelum defense proposal perlu lalui kolokium supaya tajuk proposal telah dilumatkan dan mendapat komen penilai untuk tambah baik.
2. Menerbitkan artikel penerbitan atau jurnal sebelum viva tesis yang dah siap. Artikel ni syarat asas bagi melayakkan calon diterima viva.
3. Selain itu, sebelum viva, tesis akan diuji dahulu dengan teks similarity menerusi saringan plagiat. Jika di bawah 30%, maka layak viva. Jika 30% dan ke atas diberi peluang sekali lagi untuk buta perubahan agar diuji sekali lagi. Ia bagi memastikan ketulenan dan idea asli dari calon.
4. Viva tesis. Ini saringan terakhir sebelum melayakkan seseorang itu berjaya graduasi. Ada yang lulus cemerlang dan ada yang lulus dengan pembetulan sama ada minor atau major. Biasanya kalau method penyelidikan tak kuat dan bermasalah, memang major correction.
5. Cuma kena ingat, sebelum layak serahkan tesis untuk viva, calon perlu dapat pengesahan kelulusan dari SV. Jadi sepanjang penyelidikan saringan dari SV adalah berterusan bermula dengan penyediaan proposal sehingga akhir.

Jom, sambung belajar.
😉
.
Muhamad Zuhaili bin Saiman.

Comments