Hari ini genap setahun pemergian almarhum Prof Madya Dr Mohd Adib Ismail

 



Hari ini genap setahun pemergian almarhum Prof Madya Dr Mohd Adib Ismail


Beliau merupakan pensyarah yang mengajar subjek Ekonomi Islam. Mengambil sambil ini dengan almarhum pada tahun 2013 semasa semester kedua dalam pengajian peringkat Sarjana di UKM.

Minggu pertama ramai yang mengambil subjek ini. Minggu kedua, ramai yang gugur subjek ini dan bertukar ke subjek berkaitan fiqh kekeluargaan. Yang hanya tinggal 3 orang sahaja termasuk diri ini. 2 lelaki dan seorang muslimah.

Ya, subjek ekonomi tidak sama dengan muamalat. Setiap subjek ada perbahasan yang khusus. Subjek fiqh muamalat diajar oleh Dr Ahmad Dahlan bin Salleh, yang kemudiannya menjadi penyelia utama semasa Sarjana dan PhD.

Walaupun kami bertiga, kelas diajar oleh almarhum penuh dan padat dengan perbincangan. Tetap bersemangat. 2 jam penuh rasanya. Bayangkan 3 orang sahaja, memang payah la nak mengelamun dalam kelas apatah lagi tidur ,confirm kantoi nanti.

Antara yang masih diingati semasa dalam kelas ialah ketika membahaskan mengenai teori keuntungan, almarhum menjelaskan bahawa keuntungan maksimum dalam Islam tidak boleh sama keuntungan maksimum dalam kapitalis. Almarhum juga mengupas mengenai perbincangan keuntungan patut (reasonable profit) dan minta para pelajarnya (3 orang ni ) baca satu bahan bacaan yang ditulis oleh Prof Madya Dr Sanep Ahmad sebagai bahan rujukan tambahan dan mesti dihabiskan baca!. 


Banyak sangat perbincangan yang menarik dengan almarhum.

Semoga ilmunya terus mengalir.

Coretan mengenai almarhum pada tahun lepas, sewaktu mendapat perkhabaran sedih pemergian almarhum : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4417940551585630&id=100001091872894

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments