Rektor Baharu di Universiti al-Azhar

 



Rektor Baharu di Universiti al-Azhar


1. Prof Dr Salamah Dawud dilantik sebagai rektor baharu di Universiti al-Azhar. Beliau menggantikan Prof Dr Muhammad al-Mahsarawi yang telah capai umur bersara pada Rabu, semalam.

2. Beliau menghafaz al-Quran di usia muda. Memperolehi ijazah sarjana muda di al Azhar dalam bidang Bahasa Arab. Kemudian meneruskan pengajian pada bidang yang sama dalam pengkhususan Balaghah dan al-Naqad. Dan menggenggam ijazah Falsafah Kedoktoran dalam bidang yang sama pada 1998.

3. Pengalaman bertugas sebagai pendidik pada bermula pada 1989 sebagai pembantu pengajar dan dilantik sebagai penolong guru di Maahad al-Azhar di daerah Itai Barud. Beliau dinaikkan pangkat ke Penolong Professor pada 2002.

4. Beliau juga pernah bertugas (dipinjamkan) di Universiti Ummul Quran di cawangan Qunfuzah sebagai Prof Madya Dr dari tahun 2003-2014. Dan menjadi Professor pada tahun 2015 di Maahad al-Azhar di daerah Itai Barud, tempat asal beliau.

5. Dilantik menjadi naib Dekan bahagian Pendidikan dan Hal Ehwal Pelajar pada tahun 2016 dan kemudiannya sebagai Dekan pada tahun 2019.

6. Dan tugasan asasi sebagai ahli akademik juga beliau banyak menulis buku serta artikel di samping telah menyelia banyak pelajar di bawah beliau yang telah berjaya graduasi sebagai pelajar master dan PhD termasuklah pelajar dalam dan luar negara.

7. Sepanjang penglibatan dalam pengajaran dan pendidikan, beliau juga banyak memegang jawatan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran serta hal ehwal pelajar seperti jawatankuasa pembangunan kurikulum untuk pelajar antarabangsa di Al-Azhar, jawatankuasa menyediakan buku untuk pengajaran bahasa Arab bagi pelajar bukan berbahasa Arab, jawatankuasa rancangan dan kurikulum Universiti Al-Azhar, jawatankuasa penyediaan rancangan pengajian Jabatan Balaghah bagi pelajar pascasiswazah dan sebagainya.

8. Tugas pensyarah sememangnya tidak terlepas dari 7 skop asas yang penting iaitu :

i. Pengajaran dan pembelajaran.
ii. Penyelidikan, penulisan dan penerbitan.
iii. Kepimpinan
iv. Seliaan pelajar
v. Penasihat dan pembangunan hal ehwal pelajar.
vi. Pembangunan kokurikulum dan akademik
vii. Perkongsian kepakaran bersama masyarakat dan institusi sama ada industri mahupun pinjaman sebagai pensyarah ke universiti dalam dan luar negara.

9. Para pelajar khususnya dalam bidang Bahasa Arab boleh cari tulisan beliau untuk mempelajari ilmu yang menjadi kepakaran beliau.

10. Mujahadah dalam mendalami ilmu dan tugasan mengembangkan ilmu adalah jihad yang perlu dimainkan oleh setiap pencinta ilmu.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments