Syeikh Dr Abdul Halim Mahmud, Syeihul Azhar Berjiwa Sufi Namun Tegas Berhadapan Pemerintah

 



Syeikh Dr Abdul Halim Mahmud, Syeihul Azhar Berjiwa Sufi Namun Tegas Berhadapan Pemerintah


Syeikh Dr Abdul Halim Mahmud antara Syeikhul Azhar yang dikenali ramai secara meluas. Beliau seorang berjiwa sufi dan di zamannya kelihatan hubugan baik bersama Syeikh Solih Jaafari, Tarikat Jaafariyah.

Beliau juga dikenali kerana zaman beliau menjadi Syeikhul Azhar pada Mac 1973 menggantikan Syeikh Dr Muhammad al-Fahham yang meletakkan jawatan atas faktor usia lanjut dan kesihatan, pada Oktober 1973 Mesir diberikan kemenangan melawan Yahudi. Ia faktor apabila Beliau berkata kepada Presiden Mesir, Anwar Sadat dan tentera Mesir menyatakan bahawa beliau bertemu dengan Rasulullah SAW dalam mimpi dan mendapat pesan Baginda SAW untuk kaedah mengalah tentera Yahudi ini.

Perkara ini disebutkan oleh beliau secara terbuka dalam siaran langsung yang turut dihadiri oleh sejumlah ulama dan menyambut dengan laungan takbir.

Beliau dilahirkan pada tajun 1910 dan menghafaz al-Quran serta mendapat didikan agama sejka kecil. Kemudian mendapat didikan di al-Azhar dan seterusnya melanjutkan pengajian PhD di Universiti Sorbonne, Perancis pada tahun 1940. Tesis beliau mengenai Falsafah Islam. Tesis beliau mendapat kepujian yang tinggi dan kemudiannya dicetak dalam bentuk buku dalam Bahasa Perancis.

Beliau banyak memurnikan falsafah dan tasawuf Islam. Banyak buku dan kajian ilmiah yang dilakukan. Beliau menerangkan konsep falsafah Islam dalam berhadapan dengan ancaman pemikiran dari pemikiran Barat. Malah beliau sendiri mempertahankan falsafah Islam bukan dicedok dari Falsafah Yunani.

Walaupun jiwa beliau adalah jiwa sufi kerana imej mesra dengan tarekat namun beliau sangat tegas terhadap pemerintah bagi memelihara keaslian Islam dan kedudukan al-Azhar.

Pada tahun 1974, beliau protes terhadap kerajaan yang mahu kurangkan kuasa al-Azhar dengan menjadikan al-Azhar di bawah bidang kuasa Kementerian Wakaf. Ketetapan kerajaan itu berada di zaman Presiden Anwar Sadat. Beliau protes dengan meletakkan jawatan. Tidak ke pejabat Masyaikh Azhar dan tidak mengambil gaji diberikan. Akhirnya Presiden Anwar Sadat mengikut kehendak beliau dengan tidak mengurangkan kuasa al-Azhar dan hal ehwal al-Azhar.

Beliau juga tegas membantah ketetapan perundangan yang merosakkan hal ehwal kekeluargaan dalam Islam yang ketika itu meletakkan berkaitan hal talaq dan poligami. Beliau tegas keharusan dalam Islam itu hukum, ia tidak boleh dibuat undang-undang untuk diubah. Adapun jika indivdiu tersebut contoh tidak mahu berpoligami itu urusan peribadi, namun untuk membuat ketetapan undang-undang yang ubah hukum, itu tidak diboleh. Akhirnya draft perundangan tersebut dibatalkan.

Beliau juga pernah memarahi Menteri Pendidikan dan Pelajaran ketika itu, Mustafa Helmi kerana menerima cadangan dari Baba Shanoda untuk diwujudkan silibus baru berkaitan perkongsian nilai baik antara Islam dan Kristian untuk dipelajari di sekolah oleh pelajar muslim dan kristian atas alasan membentuk perpaduan atas nama rakyat Mesir. Ia cadangan bagi menggantikan subjek asas iaitu pendidikan agama. Beliau menolak kerana cadangan tersebut menjadikan unsur akidah tidak dipelajari. Kesan generasi akan datang tidak tahu soal berkaitan akidah.

Beliau meninggal dunia pada 17 Oktober 1978, selepas pembedahan pulang dari mengerjakan Haji.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman.

Comments