Syeikh Hasunah al-Nawawi : Syeikhul Azhar Yang Pernah Dipecat

 


Syeikh Hasunah al-Nawawi : Syeikhul Azhar Yang Pernah Dipecat


Syeikh Hasunah al-Nawawi dilahirkan pada 1839 masihi. Beliau antara tokoh ulama al-Azhar yang hebat. Antaranya ialah sewaktu menjawat sebagai Syeikhul Azhar, beliau juga dilantik menjadi mufti Mesir.

Menghafaz al-Quran sejak kecil kemudian mendapat didikan agama sejak dari maahad al-Azhar dan terus sambung pengajian ke al-Azhar.

Syeikh Hasunah al-Nawawi dilantik menjadi Syeikhul Azhar pada akhir Jun 1895 menggantikan Syeikhul Azhar sebelumnya, Syeikh al-Anbabi yang letak jawatan ekoran sakit. Syeikh Hasumah al-Nawawi sebelum ni menjadi wakil bagi al-Azhar sewaktu Syeikhul Azhar ketika itu, Syeikh al-Anbabi menjadi Syeikhul Azhar sakit.

Ini adalah lantikan kali pertama beliau sebagai Syeikhul Azhar sebelum dipecat dan dilantik semula pada 30 Jan 1907. Pada lantikan kali kedua beliau hanya memegang jawatan Syeikhul Azhar lebih kurang 3 tahun sahaja kemudian meletakkan jawatan pada 1910.

Beliau dipecat oleh pemerintah ketika itu Khidiwiah Abbas Helmi II pada tahun 1899. Syeikh Hasunah al-Nawawi tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Undang-undang (Parlimen) membentangkan cadangan untuk melantik dua hakim daripada penasihat Mahkamah Rayuan Sivil, untuk mengambil bahagian dalam keputusan hakim Mahkamah Agung Syariah.

Apabila beliau dipecat, maka dilantik Syeikh Abdul Rahman Qutb al-Nawawi yang merupakan sepupu beliau. Dan dilantik Syeikh Muhammad Abduh sebagai mufti.

Syeikh Hasunah al-Nawawi meninggal dunia pada 18 Mac 1925 pada usia 86 tahun.

.
Muhamad Zuhaili bin Saiman

Comments